Nama Aizat Amdan bukan nama asing dalam industri muzik tempatan. Pernah cipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air, Aizat kembali jadi perhatian apabila beliau mengumumkan bakal bertarung dalam sukan Muay Thai Oktober ini.
Sejak kebelakangan ini, ramai peminat tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Aizat, terutamanya selepas beliau mengambil keputusan untuk menyepi dari dunia seni.
“Lebih setahun saya diamkan mengenainya. Tapi saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang saya akan bertarung dalam pertarungan Muay thai amatur pertama saya pada 12 Oktober ini.
“Latihannya dia tak kelakar. Rutin pagi petang berlatih, balik tidur. Doakan semoga semua berjalan lancar. Kalau anda semua nak tengok latihan dia macam mana, esok saya mulakan berkongsi di Instagram Story,” kata Aizat.
Ads
Aizat
Menerusi video-video yang dikongsikan, ternyata basah lencun Aizat berlatih bersungguh-sungguh sempena debut pertarungan Muay Thai tidak lama lagi.
Rata-rata komen dari rakan dan peminat Aizat turut memberikan sokongan jitu dan mendoakan kemenangan beliau.
Moga Aizat berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut sukan Muay Thai amatur pertamanya.
Pernah tak korang terfikir berapa pendapatan ikon Kpop? K-Pop merupakan industri yang sangat besar bukan sahaja di Korea, malah beberapa selebriti mereka juga turut mendapat perhatian di seluruh dunia.
Dilaporkan dari South China Morning Post, ini adalah senarai idola wanita K-Pop terkaya pada tahun 2021.
Ha, korang tahu tak siapa idol wanita paling kaya di Korea?
Jom kita lihat..
7. BLACKPINK Lisa
Foto Via Instagram Lisa BLACKPINK
BLACKPINK Lisa dilaporkan menjadi salah satu idola wanita K-Pop terkaya dengan bilangan peminat yang kuat di Thailand. Nama sebenar pemiliknya, Lalisa Manoban, telah menjadi bintang iklan penyedia AIS di negara asalnya.
Di luar aktiviti dengan BLACKPINK, Lisa juga aktif berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal, termasuk Adidas, Celine, dan Bulgari. Nilai bersihnya dilaporkan sekitar 10-14 juta dolar.
6. Yoona Girls’ Generation
Yoona SNSD Foto: dok. Instagram Yoona/Y Magazine
Yoona telah bekerjasama dengan Girls ‘Generation sejak 14 tahun yang lalu. Dia juga terjun ke dunia lakonan dan ‘meletop’ dengan Kdrama The K2 dan Love Rain.
Dilaporkan Yoona tersenarai sebagai salah satu wanita K-Pop terkaya, Yoona mendapat julukan ‘CF Queen’ kerana banyak tawaran iklan. Nilai bersih pendapatan bekas kekasih Lee Seung Gi ini ialah sekitar 25 juta dolar.
5. Suzy
Suzy Foto: Via Instagram skuukzky
Seperti Yoona, Suzy adalah salah satu idola wanita K-Pop terkaya yang mencuba nasib dalam bidang lakonan. Selepas Miss A dibubarkan, Suzy semakin kerap dilihat di kaca televisyen, membintangi banyak kdaram dengan rating yang tinggi seprti Uncontrollably Fond, Vagabond, dan baru-baru ini Start Up. Berapa pula pendapatan bekas kekasih Lee Min Ho ini?
Dilaporkan Suzy memiliki pendapatan bersih sekitar 25 juta dolar. Fuh...
4. BoA
BoA Foto: Via SM Entertainment
BoA mendapat jolokan ‘Queen of KPop’, setelah berada di industri hiburan selama dua dekad, dia juga telah mengeluarkan banyak album dalam pelbagai bahasa.
Di luar dunia nyanyian pula, BoA turut menjadi juri di beberapa rancangan televisyen seperti KPop Star dan Street Woman Fighter. Pendapatan BoA ini dianggarkan 25 juta dolar.
3 Sandara Park
Sandara Park. Credit: Pascal Le Segretain / Getty
Sandara Park dibesarkan di Filipina, dan turut memulakan karier di sana. Dia telah mengeluarkan album dan membuat penampilan sulungnya sebelum menjalani tempoh pelatih di YG Entertainment.
Setelah 2NE1 dibubarkan, Sandara Park menjadi ikon yang diinginkan di Filipina dan Korea Selatan. Dia turut menguruskan saluran YouTube TV DARA dengan 1.3 juta pelanggan. Nilai pendapatan bersihnya dianggarkan 30 juta dolar.
2. Lee Hyori
Lee Hyori Foto Via : Instagram
Lee Hyori telah berada di industri hiburan Korea selama 23 tahun. Salah seorang idola wanita K-Pop terkaya. Ahli kumpulan Fin.K.L ini juga terkenal dengan kecantikan semula jadi dan banyak tawaran iklan.
Pemilik nama samaran ‘Nation’s Fairy’ ini turut mempunyai siri tersendiri di Netflix, Hyori’s Bed and Breakfast. Nilai pendapatan bersih isteri kepada producer Lee Sang Soon ini dianggarkan bernilai 30-40 juta dolar.
IU
IU Foto Via All Kpop
Pada masa ini, IU memegang gelaran idola wanita K-Pop paling kaya. Bukan hanya sekadar pelakon, pemilik nama Lee Ji Eun ini memiliki banyak hak royalti dari menulis lagu untuk albumnya sendiri, artis lain, serta sejumlah filem dan drama Korea.
Wajah IU juga telah menghiasi banyak iklan di Korea Selatan antaranya Samsung, Sony Korea, dan Binggrae. Dia juga pernah membintangi sejumlah drama Korea dengan rating yang tinggi seperti Hotel del Luna dan My Mister. Nilai bersih pendapatan IU dianggarkan 31-45 juta dolar.
Cantik, popular dan kaya. Memang untung betul jadi mereka ini. Rasanya mesti ramai yang terkejut kan tengok pandapatan selebriti Korea Selatan ini. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman menerusi satu sesi live di platform TikTok dilihat membuat jualan ‘clear’ almari.
Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun hanya menjual pakaian terpakai seksi miliknya kepada orang bukan beragama Islam kerana enggan menanggung dosa sekiranya digayakan wanita Muslim.
“Saya buka dres ini kepada orang bukan Islam sahaja. Orang Melayu yang beli, saya tidak mahu tanggung dosa.
“Nanti ada pula orang kata saya jual baju tak panjang dan orang lain akan pakai baju ini,” tuturnya.
Menerusi siaran langsung yang sama, Norreen turut membatalkan hasrat untuk menjual sehelai gaun pendek warna biru yang dikatakan mempunyai banyak memori buat dirinya.
Selain dia enggan menjual gaun berkenaan kerana agak ia agak mencolok mata.
“Saya beli dres ini ketika bercuti ke Bali. Siapa yang pernah tengok saya pakai akan tahu macam mana kainnya boleh diregangkan.
“Baju ini banyak kenangan sangat. Tidak jadi jual baju ini, rasa serba salah. Tak baiklah,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Norreen telah menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej berhijab, baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan komen menerusi perkongsiannya, pengikut dan kenalan rapat mendoakan pelakon itu agar kekal istiqamah dengan penampilan baharunya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi remaja Naim Daniel sebelum ini pernah berkongsi teaser nyanyian semula lagu ‘berhantu’ My All daripada penyanyi tersohor Mariah Carey dengan lirik bahasa Melayu yang dihasilkannya sendiri.
Pada 1 Mei lalu, Naim telah melancarkan versi penuh lagu yang diberi judul Malam di laman YouTubenya. Lagu tersebut turut menggandingkan penyanyi lelaki, Firdaus Rahmat yang juga merupakan penerbit bagi lagu rakaman semula ini.
Rata-rata pendengar memuji nyanyian semula Naim Daniel dan Firdaus Rahmat dan menyifatkan bahawa liriknya sangat deep menyentuh jiwa.
Sebelum ini, penyanyi popular negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Liza Hanim dan juga Siti Sarah turut pernah menyanyikan lagu My All dalam bahasa Melayu di sebuah persembahan pentas kira-kira 15 tahun lalu.
Apa-apa pun kedua-dua versi bahasa Melayu lagu My All ini memang mantap. Masing-masing menyanyikan dengan style mereka tersendiri.
Tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!