Foto Via Insider

Kita berada pada zaman serba canggih dan moden, malah nak berniaga pun kena ada idea yang kreatif dan lain dari yang lain. Sebagaimana pandangan CEO Meta,  Mark Zuckerberg sebelum ini , di masa hadapan kerja dengan lebih kreativiti akan menjadi semakin penting.

ARTIKEL BERKAITAN : Sukar Dapat Pekerjaan, Mark Zuckerberg Nasihat Agar Jadi Kreatif

Aiskrim ‘Orang Terkaya Di Dunia’ Tarik Perhatian Warga New York. Kreatif Sungguh!
Foto Via Insider

Sejak kecil lagi kita semua biasa dengan Aiskrim, yang merupakan sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim, digabungkan dengan perasa dan pemanis. Terbaru, sebuah trak bergerak menjual aiskrim tampil dengan idea menarik untuk pelanggannya.

Malah, idea kreatif pembuat aiskrim ini berjaya apabila ia dapat menarik perhatian orang ramai apabila aiskrim “Eat the Rich” memaparkan wajah lelaki terkaya di dunia. Aiskrim ini telah dijual di beberapa lokasi seperti New York City, Santa Monica dan California.

Untuk info, setiap jenis perisanya dinamakan sempena nama lima bilionair iaitu Elon Musk, Mark Zuckerberg (pengasas Facebook), Jeff Bezos (Pengerusi Eksekutif Amazon), Bill Gates (pengasas Microsoft) dan Jack Ma (pengasas syarikat Alibaba).

Ingin membuatkan ia lagi nampak mengiurkan, namanya setiap aiskrim ini disebut sebagai Munch Musk, Suck Zuck, Snack on Jack, Gobble Gates dan Bite Bezos.

IKLAN
Aiskrim ‘Orang Terkaya Di Dunia’ Tarik Perhatian Warga New York. Kreatif Sungguh!
Foto Insider

Aiskrim itu dijual pada harga AS$10 (RM44) dan ia dikatakan agak mahal walaupun mengambil kira kos sara hidup di bandar tersebut.

Menurut jurujual trak aiskrim itu, Munch Musk telah menjadi aiskrim terlaris. Manakala aiskrim ini terbukti popular kerana habis dijual pada hari Selasa lepas di New York.

Walaupun produk ini terjual dengan baik, MSCHF akan menghentikan projeknya pada hari Rabu dan tidak ada rancangan untuk mengembangkannya.

IKLAN

Trak aiskrim itu akan bergerak dari Brooklyn ke Manhattan dan akan turut singgah di Los Angeles.

Untuk hari terakhir penjualan pula, MSCHF akan membuka trak aiskrim terebut di New York City, Washington Square Park dan Hollywood Boulevard di Los Angeles dari 11 pagi hingga 6 petang.

IKLAN

Sumber : 1

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI