Nama Aisar Khaled kembali sensasi apabila tular menerusi rakaman video media sosial yang memperlihatkan Aisar berada di lokasi bencana di Bali, Indonesia.
Keberadaan Aisar di Denpasar, Bali dipercayai untuk mengagihkan barangan bantuan kepada penduduk yang terkesan akibat bencana banjir di sana.
Begitupun, Aisar dan pasukannya ditempelek pula oleh beberapa individu tempatan yang meminta mereka beredar disebabkan menganggu operasi pembersihan pasca banjir di sana.
Difahamkan, pihak berkuasa telahpun memperuntukkan lokasi untuk pemberian bantuan, namun ia bukanlah di lokasi yang dikunjungi oleh Aisar.
Dalam situasi ini, sesetengah pihak yang melihat kehadiran jurukamera dan personaliti luar seperti pihak Aisar sebagai gangguan dan bukannya pertolongan untuk masyarakat di sana. Tidak kurang juga yang mengkritik Aisar kerana kurang sensitif dengan situasi setempat di sana.
Ads
Meninjau di ruang komen, ramai warganet menyatakan hasrat agar usaha murni Aisar untuk membantu mangsa bencana dihulurkan kepada rakyat Malaysia sendiri yang sedang berdepan bah di Sabah, sekarang.
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri
“Rakyat Sabah lebih memerlukan, renungkanlah.”
Ads
“Berbaktilah di tanah air sendiri. Di Sabah ni saja ribuan rakyat perlukan bantuan asas.”
“Bagus balik di Malaysia, Aisar. Sini di Sabah ada banyak yang memerlukan bantuan.”
“Balik berbakti dekat Malaysia jela dik. Rakyat sini pun masih ramai yang susah dan mangsa bencana yang masih tumpang rumah orang yang memang hilang semua harta benda.”
Ads
Sebagai konteks, Bali baru-baru ini dilanda salah satu bah terburuk dalam sejarahnya apabila ia membabitkan enam buah wilayah dengan lebih 15 kematian dicatatkan setakat ini. Manakala, ribuan penduduk telah dilaporkan kehilangan tempat tinggal.
Manakala di Sabah pula, bencana bah yang melanda enam daerah termasuklah Beaufort, Membakut, Penampang, Papar, Putatan dan Sipitang hari ini dilaporkan telah bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat dari 2,919 orang ke 3,134.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah turut memaklumkan mangsa-mangsa di Sabah kini ditempatkan di 27 Pusat Perpindahan Sementara (PPS).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kekal dengan reputasi cemerlang sebagai pusat pendidikan akauntan apabila dua penuntutnya baru-baru ini merangkul pencapaian luar biasa dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Menerusi perkongsian UiTM di laman Facebook rasminya, Danish Zafran Bazam (22) mengungguli kertas Advanced Financial Management (AFM) dan memperoleh tempat kedua di dunia manakala Amin Zulharis (21) meraih tempat keempat global dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR).
Terdahulu, Danish Zafran telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah bagi kertas Performance Management (PM) pada Mac 2023, dan kejayaan itu diikuti dengan pencapaian cemerlangnya sekali lagi sebagai pemenang anugerah bagi peperiksaan September 2024 melalui kertas AFM.
“Walaupun sukar, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa menyambung pengajian ACCA adalah satu anugerah dan saya beruntung dapat belajar di UiTM”
“Saya percaya dengan keyakinan diri yang tinggi, usaha yang konsisten, fokus dalam sesi kuliah serta tidak segan bertanya kepada pensyarah banyak membantu saya dalam kecemerlangan akademik,” katanya.
Sementara itu, Amin yang memulakan pengajian ACCA selepas SPM dengan menyertai program Foundation in Accountancy (FIA), mengakui bahawa cabaran terbesar yang dihadapinya adalah melawan rasa malas.
“Saya sentiasa mengingatkan diri tentang tujuan saya untuk mengekalkan disiplin. Motivasi utama datang daripada kesedaran tentang kos tinggi untuk mengikuti kursus ACCA dan saya menghargai pengorbanan kewangan yang keluarga saya lakukan untuk pendidikan saya,” katanya.
Sekadar info, fakulti itu akan mengorak langkah bagi mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan jumlah graduan profesional dalam bidang perakaunan negara kepada 60,000 orang menjelang 2030. Semoga pencapaian seperti ini menjadi contoh pada anda di luar sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan beberapa laporan kes buli melibatkan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sejak kebelakangan ini, Kementerian Pertahanan berkata pihaknya akan mengambil beberapa langkah bagi membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian daripada berulang.
Ini termasuklah menambah lebih ramai warden yang menjaga penuntut agar kawalan keselamatan sesama mereka atau di antara penuntut dengan pihak lain dapat ditingkatkan.
“Di peringkat Kementerian Pertahanan, kita telah bincangkan dari awal lagi dalam kes sebelumnya bahawa, kita perlu tingkatkan hubungan antara warden dan pelajar dengan menambah bilangan warden.
“Kita juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden buli yang berlaku di UPNM. Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Tambah Timbalan Menteri Pertahanan itu lagi, sekiranya terdapat laporan polis yang dibuat melibatkan insiden buli di UPNM, ruang kerjasama akan diberikan sepenuhnya bagi membantu siasatan berdasarkan undang-undang.
Sebagai info, dua insiden buli di UPNM telah dilaporkan pada rangka masa lebih kurang sama melibatkan penuntutnya, baru-baru ini.
Kes pertama melibatkan seorang pegawai kadet ALK-UPNM yang dicederakan oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap pada bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.
Semalam, kes kedua telahpun dilaporkan setelah seorang pelajar Tahun Satu UPNM mengalami keretakan pada bahagian tulang belakang dan tulang rusuk akibat dipijak oleh seniornya di tepi padang kawad institusi tersebut.
Terbaru, individu yang didapati membuang sampah di tempat awam bakal berdepan hukuman lebih tegas apabila Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 mula dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Januari 2026.
Menerusi pelaksanaan akta berkenaan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 selain Perintah Khidmat Masyarakat selama tempoh maksimum 12 jam sebagai langkah penguatkuasaan dan pencegahan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed memaklumkan bahawa undang-undang tersebut terpakai kepada semua pihak tanpa sebarang pengecualian, termasuk pelancong asing yang berada di negara ini.
Kredit foto: Jurnalis Shah AlamGambar sekadar hiasan (Kredit foto: KKM)
Tambah beliau, pendekatan perintah khidmat masyarakat diperkenalkan bukan semata-mata untuk menghukum, sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan awam.
Pada masa yang sama, langkah itu juga dilihat sebagai satu inisiatif jangka panjang untuk membentuk sikap masyarakat supaya tidak lagi membuang sampah secara sewenang-wenangnya, sekaligus mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selesa.
“Kami ada anggota yang akan pantau dan berada di kawasan-kawasan awam sama ada dalam bentuk penyamaran. Tolonglah jaga dan buang sampah dalam tong disediakan dan jangan buang merata-rata,” katanya.
Gambar sekadar hiasan (Kredit foto: KKM)
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu melibatkan semua pihak termasuk pelancong asing dan kanak-kanak bagi memastikan pelaksanaannya bersifat menyeluruh, dan ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sisa dan kebersihan awam.
Sementara itu, antara bentuk perintah khidmat masyarakat yang boleh dikenakan kepada pesalah termasuk aktiviti mengutip sampah, mencuci tandas serta longkang, selain diwajibkan memakai ves khas tertera perkataan ‘khidmat masyarakat’ sepanjang tempoh hukuman dijalankan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.