
Trend minuman popular, Boba Milk Tea akhirnya membuat kemunculan pertamanya di dalam sistem pengangkutan awam.
Di atas kapal terbang, no less. Kelas kau!
Syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia Thailand serta AirAsia X Thailand mengumumkan menu terbaru mereka di atas pesawat iaitu minuman Boba Tea, melalui akaun Facebook dan Instagram.

Wow. Nampaknya Boba Milk Tea bukan saja trend yang digemari di Malaysia tetapi juga di negara jiran. Cabang AirAsia tersebut menjadi yang pertama dalam ‘keluarga’ AirAsia untuk menawarkan Boba Tea pada harga BAHT 75 ataupun RM10.
Tak adalah mahal sangat kan berbanding menu atas pesawat lain.

Untuk pengetahuan, bubble yang digunakan diperbuat Konjac iaitu tanaman popular di rantau Asia Tenggara.
Ia dilaporkan membantu mengurangkan kadar gula dan kolestrol. Tak adalah pelanggan takut-takut nak order Boba Milk Tea atas faktor kesihatan.
Buat masa ini, masih belum ada ura-ura pesawat AirAsia dan AirAsia X dari Malaysia menawarkan Boba Milk Tea.
Tapi kalau ada dalam masa terdekat ini, memang terbaiklah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gara-Gara Ganja ‘Halal’ Di Thailand, Pelancong Malaysia Dinasihati Berhati-Hati Pilih Makanan

Korang yang pernah ke Thailand pasti merindui syurga ‘street food’ dan lokasi membeli-belah di sana yang sentiasa sibuk dengan pelancong luar termasuk dari kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Begitupun, kini timbul kegusaran dalam kalangan pelancong Malaysia di Thailand memandangkan juadah makanan di negara jiran itu mungkin boleh mengandungi ganja yang menyebabkan seseorang itu disahkan positif ujian dadah.
Ini setelah Lembaga Narkotik Thailand sebelum ini telahpun mengeluarkan ganja daripada senarai dadah yang dilarang di negara mereka. Orang ramai dibenarkan pula untuk menanam tumbahan ganja di kediaman bagi kegunaan sendiri.
Lapor Reuters, Thailand ialah negara pertama di rantau Asia Tenggara yang meluluskan ganja pada tahun 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.
ARTIKEL BERKAITAN : Thailand Beri Kebenaran Tanam Ganja Di Rumah Untuk Tujuan Perubatan

Mengulas tentang kerisauan pelancong Malaysia ini, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rakyat perlu memaklumkan kepada kedai makan di sana mengenai larangan mengambil ganja yang masih dikuatkuasakan oleh negara Malaysia.
“Yang pentingnya kita ikut undang-undang kita, tapi apabila melawat ke negara itu, sebagai orang luar kita kena ikut undang-undang di sana,” jelasnya kepada pemberita.
Ganja dikhuatiri digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan masakan di Thailand selepas rakyatnya dibenarkan menanam pokok ganja bagi kegunaan sendiri.
Kini, kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dipertingkatkan kerana dikhuatiri lebih mudah untuk mendapatkan ganja di negara jiran itu.
“Perancangan utama kita sememangnya akan memperketat dan meningkatkan kawalan di pintu masuk yang bersempadan dengan Thailand dan saya akan umumkan tak lama lagi berkenaan rancangan itu,” tegas Hamzah.
Namun bagi korang yang mempunyai perancangan untuk melepasi sempadan ke sana, janganlah takut pula. Pihak keselamatan di sempadan tidak akan menahan rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand. Cuma apabila ditahan dan keputusan ujian saringan air kencing adalah positif, maka dia kena jawablah sebab apa positif,” tegas beliau.
BACA LAGI : Lelaki Ini Kongsi Cara Masuk Ke Thailand Selepas Pandemik Guna ‘Border Pass’ – REMAJA
Sumber: Utusan Malaysia
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Kali Pertama, Sejarah Telah Berulang! Tun Dr Mahathir Kalah Teruk PRU Ke-15, Hanya Terima 4,566 Undi Sahaja

Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad,97, menerima kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung semalam. Bertanding di parlimen Langkawi, Mahathir telah dikalahkan oleh Mohd Suhaimi Abdullah dari Bersatu yang meraih sebanyak 25,463 undi.
Namun tahukah anda kekalahan bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh ini bukanlah yang pertama. Beliau pernah dikalahkan pada PRU tahun 1969 di parlimen Kota Setar.
Ketika itu kerusi tersebut telah dimenangi oleh ahli politik popular Yusof Rawa atau nama sebenarnya Yusof bin Abdullah yang mewakili Pan-Malaysian Islamic Party atau kini dikenali sebagai Pasti Islam Se-Malaysia (PAS). Dalam persaingan sengit kira-kira 53 tahun lalu itu, Yusof Rawa menang dengan majoriti 989 undi.

Kekalahan yang dihadapi oleh Mahathir sedikit mengejutkan kerana beliau sekadar berada di kedudukan keempat dari keseluruhan lima calong bertanding. Lebih malang, beliau juga hilang wang deposit.
Pelbagai faktor yang menyumbang kekalahan mantan Perdana Menteri yang digelar Bapa Pemodenan Malaysia ini. Salah satunya adalah tsunami penyokong Perikatan Nasional selain satu faktor lagi mungkin terletak pada usia beliau yang sudah dilihat terlalu tua untuk menjalankan tugas sebagai ahli parlimen.
Walaupun begitu, jasa dan keringat yang dicurahkan sepanjang bergelar ahli politik dan Perdana Menteri harus dihargai dan diingati. Terbinanya Malaysia yang moden hari ini adalah antara usaha pintarnya suatu ketika dahulu memacu negara ke arah yang lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ibu Tak Ada Duit Nak Beli” Ditanya Kenapa Tak Beli Kasut Baru, Jawapan Pelajar ini Undang Rasa Sebak Netizen

“Kenapa kakak tak beli kasut baru?”
“Sebab ibu tak ada duit…”
Itulah jawapan salah seorang pelajar perempuan ketika ditanya seorang guru mengapa dia tidak memiliki kasut sekolah yang baharu sekaligus mengundang rasa sebak orang ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua Graduan Berbeza Bangsa Kongsi Satu Pentas Terima Anugerah Pelajaran DiRaja UM

Guru… selain bertanggungjawab dalam memberi pendidikan yang terbaik buat para pelajar, guru juga diibaratkan sebagai ibu bapa kita di sekolah. Ia kerana, mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu malah menjaga kebajikan para murid terutama yang memerlukan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok @TcerNana baru-baru ini, seorang guru dilihat menghadiahkan kasut sekolah baharu kepada anak-anak muridnya di sekolah.
Guru yang dikenali sebagai Teacher Nana itu meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan kasut anak muridnya yang berwarna hitam sudah lusuh, pudar dan terkoyak di beberapa bahagian.

Sejurus itu, dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sepasang kasut baharu jenama All America kepada dua orang anak muridnya. Dalam video itu, kedua-dua murid tersebut menunjukkan reaksi yang sangat teruja selepas menerima hadiah kasut baharu pemberian guru mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak selepas mendengar luahan oleh murid-murid tersebut selain tindakan hati murni guru berkenaan turut menerima pujian ramai dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.
“Sedih sangat-sangat. Bila anak-anak itu cakap tiada duit… kemudian Alhamdulillah, moga teacher Nana maju jaya dan dimurahkan rezeki,” komen seorang pengguna.

“Semoga murah rezeki teacher serta Allah makbulkan segala doa teacher,” komen juga pengguna lain.
“Alhamdulillah, tahniah teacher. Zaman sekarang ini susah dah nak jumpa teacher yang seperti ini,” tulis seorang netizen.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

