Esok merupakan hari yang istimewa buat rakyat Malaysia.
Di samping perlaksaan total lockdown di seluruh negara bermula 1 Jun ini, esok juga menandakan pelancaran platform penstriman baharu Disney+ Hotstar di Malaysia!
Sebagai info, Disney+ Hotstar Malaysia merupakan platform hiburan baharu di bawah kelolaan Disney yang akan membawakan lebih daripada 800 buah filem blockbuster dan 18,000 (!) episod bagi tontonan semua.
Ads
Ini termasuklah filem dan siri kegemaran Disney, Disney+ Originals, filem dan siri Marvel serta filem dan siri popular terbitan produksi Malaysia dan Asia.
Selain itu, kami juga teruja untuk menonton kandungan lain daripada siri Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan macam-macam lagi.
Disney+ Hotstar boleh dilanggan terus DI SINI atau melalui Disney+ Hotstar dengan memuat turun di peranti Android atau iOS pada harga RM54.90 saja selama tiga bulan. Not bad at all. Bagi pelanggan Astro Movies Pack pula, pakej khas akan disediakan untuk korang.
Sempena pelancarannya esok, Disney+ Hotstar akan menampilkan persembahan istimewa daripada Aina Abdul dan Alena Murang secara langsung di akaun Facebook Disney Plus Hotstar MY pada jam 8 malam ini.
Dua orang anak seni berbakat ini akan menyanyikan lagu-lagu Disney kegemaran korang seperti Let it Go (Frozen), Speechless (Aladdin), Refection (Mulan) dan How Far I’ll Go (Moana).
Pastikan korang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan mereka berdua pada malam ini DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 March bukan sehaja Hari Wanita Sedunia namun merupakan minggu Kesedaran Garam Sedunia juga.
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian kaum budaya dan makanan yang sedap-sedap. Jadi bahan perisa tu memang makanan kita kan. Tak cukup masin? Tambah garam. Tak cukup lagi?? Tambah aje. Sampai satu tahap makanan tu dah tak rasa seperti yang sepatutnya dek sebab letak garam banyak sangat.
Sumber Gambar : Pexels
Bersempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang disambut hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru agar rakyat Malaysia mengambil beberapa langkah mudah bagi mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan harian. Antaranya :
Kenali nama lain bagi garam dalam makanan, seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate dan Monosodium Glutamate, membaca label dan bandingkan maklumat kandungan natrium sebelum membeli makanan.
Hadkan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu teh sehari, termasuk garam beriodin bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan strok
Garam dalam masakan tu boleh, tapi berpada-pada. Lebih garam boleh menyebabkan macam-macam jenis penyakit. Nak tahu?
1. Penyakit jantung
Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir dua per tiga daripada seluruh kes strok dan separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.
2. Penyakit ginjal
Sama seperti penyakit jantung, penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.
Penyakit ginjal dan hipertensi berhubung kait dengan kitaran yang berkesinambungan. Ia kerana, ginjal berperanan dalam metabolisme garam di tubuh.
Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam di tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul di tubuh, dan menyebabkan naiknya tekanan darah.
Sumber : Pexels
3. Osteoporosis
Jumlah kalsium yang keluar melalui urin akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam di tubuh. Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.
Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.
4. Kanser
Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser perut.
5. Hipernatremia
Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. Penyakit ini merupakan gangguan akut yang terjadi saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.
Akibatnya, pengumpulan garam berlaku. Saat sodium di darah mengumpul, akan terjadi gangguan metabolisme di tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul di organ tubuh, termasuk otak. Hal ini bisa menyebabkan kejang, koma, bahkan membawa maut.
6. Gangguan saraf
Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.
Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf tetap normal. Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu. Hal sama dengan fungsi saraf, yang juga akan mengalami gangguan.
Untuk info, dengan tema ‘Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi’ Minggu Kesedaran Garam Sedunia di Malaysia berlangsung dari 8 hingga 14 Mac.
Sumber : Astro Awani, Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali pelakon popular Korea Selatan, Lee Dong Wook muncul dengan naskah baharu, tidak sukar untuknya menarik penonton daripada pelbagai peringkat umur untuk setia menonton setiap episod tanpa gagal.
Hhm, apa agaknya rahsia di sebalik pengaruh Dong Wook ini selain – of course – bakat lakonannya yang digemari ramai?
Kata Dong Wook sewaktu sidang media drama terbarunya, Bad and Crazy yang kini boleh ditonton di platform penstriman iQiyi, setiap watak yang ditawarkan kepadanya haruslah mempunyai keistimewaan tersendiri dan berlainan daripada watak-watak yang pernah dijayakannya.
Lee Dong Wook bersama Wi Ha Jun semasa sidang media Bad and Crazy. Ihsan Foto : iQIYI Malaysia
Sebagai contoh dalam siri Bad and Crazy, ia menceritakan tentang karakter Dong Wook, Ryu Su Yeol yang merupakan detektif dalam misi mereka untuk menentang isu rasuah dalam kalangan ahli polis. Beraksi di samping Wi Ha Joon, pada awalnya Su Yeol hanya fokus pada keinginan materialistik. Namun setelah berdepan beberapa situasi (no spoilers from us!), dia akhirnya berubah menjadi seorang yang lebih berdedikasi terhadap sistem keadilan dan juga peranan keluarga dalam hidupnya.
Menerusi karakter Su Yeol ini, Dong Wook juga harus membawakan sisi ‘split personality’ yang dihadapinya. Kongsinya, “Karakter ini mengawal tingkah lakunya. Walaupun berdepan cabaran, ia akhirnya memudahkan Su Yeol untuk memilih jalan benar.
“Saya enggan memainkan karakter sama, dalam genre yang sama. Bosanlah begitu, Sebab itu saya suka mencabar diri memainkan karakter berbeza setiap masa; sambil mempelajar perkara baru yang membuat saya puas.
“Untuk kekal menjadi ikutan bukan mudah. Tiada rahsia kecuali keikhlasan saya terhadap kerja (sebagai pelakon). Saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Saya bernasib baik kerana penggiat industri dan peminat saya menyukai sisi diri saya itu, ia juga penyebab saya berada di masa saya ada sekarang.”
Lee Dong Wook ingin memberikan yang terbaik dalam setiap projek yang disertainya. Ihsan Foto : iQIYI Malaysia
“Peminat saya sering menggesa saya untuk ‘take things easy’ tapi dengan bekerja keras dan terus-menerus mencabar kemampuan diri inilah yang membuatkan saya gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya dalam sidang media tersebut.
Menerusi Bad and Crazy juga, Dong Wook berdepan banyak babak melibatkannya. Bayangkan sajalah, dia muncul dalam 80 peratus babak pada setiap episod. Ia sekaligus memerlukannya berada di set untuk tempoh paling lama berbanding pelakon dan kru yang ada.
Biarpun perkara tersebut memberikannya cabaran (selain perlu menghafal gerak-geri aksi menembak), Dong Wook tetap profesional atas dasar minat mendalam untuk seni lakonan.
Haa bukan mudah tau untuk berjaya hingga ke tahap Dong Wook. Di sebalik sisi glamor yang selalu dikaitkan dengannya, hanya dia yang mengerti jerih perih yang terpaksa dilalui.
Tonton 12 buah episod Bad & Crazy menerusi platform iQIYI hari ini. Selain Lee Dong Wook, Bad & Crazy turut dibintangi oleh Wi Ha Jun (Squid Game), Han Ji-eun (Be Melodramatic) dan Cha Hak Yeon (ahli kumpulan VIXX).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertarungan pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi menyaksikan Aliff Aziz dinobat menjadi juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi.
Kemenangan ini mungkin sudah dijangka kerana melihatkan konsistensi yang dilakukan oleh penyanyi kelahiran Singapura ini, namun saingan sengit tetap diberikan oleh lima lagi finalis GV8.
Aliff menyampaikan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir pada persembahan solo dan bergandingan bersama Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova, seterusnya berentap dengan Aweera di pusingan battle menerusi lagu Bangun nyanyian Aman Ra.
Namun, disebalik tabir yang berlaku ketika berlangsungnya finale GV8 malam tadi, sebuah video yang menunjukkan Aliff Aziz mengetuai bacaan doa sebelum konsert akhir menarik perhatian ramai.
Video ini telah dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai aliffaziz_familia dan rata-ratanya memuji tentang perubahan yang dilihat pada penyanyi lelaki itu.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Aliff Aziz dan diharap kemenangan ini menjadi titik tolak agar kariernya dalam bidang nyanyian diteruskan lagi dan semoga Aliff terus istiqamah menjadi individu yang lebih baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.