Musim pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia sejak tahun lalu telah memberi kesan mendalam buat sektor pendidikan negara.
Selain daripada jadual pelajar dan cara pembelajaran yang bertukar 180 darjah, satu lagi perkara yang menerima impak daripada kehadiran wabak tersebut adalah tradisi majlis konvokesyen yang terpaksa ditangguh ke satu tarikh baharu. Lebih malang sekiranya pihak universiti memutuskan untuk mengadakan majlis konvokesyen secara maya sahaja.
Disebabkan itulah, penyanyi Nurul Aina Abdul Ghani atau Aina Abdul begitu gembira dan bersyukur setelah dia berpeluang juga untuk menyertai majlis konvokesyennya yang berlangsung pada hujung minggu ini.
Aina, 28 telah menamatkan pengajian dalam jurusan Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Biarpun kadangkala bergelut dengan soal masa kerana perlu membahagikan masa di antara belajar dan bekerja, pengorbanan tersebut nyata berbaloi.
Katanya kepada rakan media, ada masanya dia terasa letih kerana perlu menggerakkan dua cabang tersebut pada waktu yang sama. Malah pada penghujung 2014, Aina perlu melakukan pengorbanan terbesar iaitu untuk menangguhkan pengajian kerana sedang menyertai program realiti, Mentor Legend pada waktu itu.
Ads
Majlis yang sepatutnya diadakan pada tahun lalu setelah Aina menamatkan semester terakhirnya terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik, seperti yang menimpa hampir kesemua pelajar di Malaysia. Apapun, Aina tetap bersyukur kerana dapat melibatkan diri dalam sebuah majlis konvokesyen semalam dan secara rasminya, menggenggam segulung ijazah sarjana muda.
“Saya sedar menyanyi saja tidak mencukupi. Saya harus melengkapkannya dengan ilmu.”
“Lagipun, saya belajar dalam bidang muzik juga, jadi banyak yang saya aplikasikan dari apa yang saya pelajari ke dalam kerjaya harian saya,” jelasnya yang cantiik mengenakan busana ‘wrapped dress’ berwarna hitam putih bersama sepasang but kulit putih.
Kejayaan Aina ini turut disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti seperti Neeta Manisha, Khai Bahar, Idayu, Ramona Zam Zam, Sherry Ibrahim, Syamel, Aisha Retno, Bella Astillah dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya malam ini bukanlah rezeki buat Farisha Iris menempah tiket ke episod finale Big Stage 2020.
Sebagai satu-satunya peserta perempuan yang tinggal pada peringkat separuh akhir malam ini, ramai sebenarnya yang telah meletakkan Farisha sebagai ‘peserta wajib ada’ bagi episod akhir minggu hadapan. A shoo-in contestant, kata orang.
Namun, undian peminat nyata tidak menyebelahinya apabila Farisha berada di kedudukan terendah walaupun markah daripada juri menyebelahinya di kedudukan kelima, satu tangga lebih tinggi daripada Dinie Rashid.
Bercakap dengan Radin dan Isha di belakang pentas bagi segmen Big Stage +, Farisha bagai telah menjangkakan penyingkirannya pada malam ini berdasarkan kepada pungutan mata yang diperolehinya pada setiap minggu.
“Saya bukan jenis yang yakin saya boleh masuk ke final. Bila lihat markah orang lain, saya telah memberitahu kepada diri sendiri untuk bersedia dari segi mental dan fizikal sepanjang minggu ini, sekiranya apa-apa terjadi pada malam ini.
“Susah nak jangka rezeki. Apapun, the real competition is after Big Stage, InsyaAllah.
“Buat minggu hadapan, saya memilih Azzam, Usop dan Fadh sebagai peserta Top 3 saya,” simpul Farisha.
Bagi korang, siapakah yang akan memenangi Big Stage musim ketiga ini?
Di antara Usop, Azzam Shah, Fadh Majid, Dinie Rashid dan Qody Rani, juaranya adalah di antara mereka berlima.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Mia Sara baru-baru ini mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar dan namanya bagi melakukan kegiatan scam atau penipuan
Mia yang berkongsi hal itu menerusi akaun Tiktok miliknya semalam berkata pihak berkenaan menggodam emel dan juga akaun media sosial seperti X, Telegram dan Youtube.
Kredit: Mia Sara Nasuha
“Saya tak boleh nak akses emel, Twitter (X), Telegram dan YouTube. Sebab dia ambil emel saya jadi dia gunakan sosial media saya untuk scam orang lain. Saya memang tak dapat akses lagi,” katanya.
Beberapa tangkap layar mesej perbualan mangsa-mangsa scammer yang menggunakan nama pelakon itu juga turut dikongsikan.
Kredit: Mia Sara Nasuha
Mia Sara juga meminta orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya mereka menerima mesej tersebut secara peribadi. Jelasnya lagi, pihak scammer tersebut menawarkan kelas dan urusan jual beli akaun yang menggunakan namanya.
“Mana-mana pihak yang dapat notis atau mesej daripada Twitter (X) dan Telegram. Saya pun tak pakai Telegram dan kalau ada orang kata saya buka kelas ke apa, itu bukan saya.” – Mia Sara
“Itu orang lain yang guna nama dan muka saya,” ujarnya.
Menurutnya, dia juga menerima aduan daripada beberapa pengikut di media sosial mengenai kegiatan tersebut. Disebabkan itu, Mia memohon maaf kepada semua mangsa scammer berkenaan memandangkan hal ini terjadi diluar kawalannya.
Jelasnya lagi, laporan polis akan dibuat agar orang ramai tidak tertipu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja tidak hafal bait lirik lagu I Am The Best dari kumpulan K-Pop tersohor suatu ketika dahulu, 2NE1? Memang hit habis setiap lagu yang mereka keluarkan!
Meski sudah lama tidak mengeluarkan muzik baharu buat peminat, bekas ahli K-Pop terkenal, Park Bom masih kerap berkongsi perkongian kehidupan sehariannya di laman media sosial.
Baru-baru ini dia menunjukkan sokongannya untuk kemunculan semula (comeback) bekas ahli 2NE1, Sandara Park di laman akaun Instagramnya. Awhhhh…sangat sweet!
Baru-baru ini juga, vokalis utama kumpulan K-Pop ini sempat berkongsi beberapa set swafoto terbarunya di akaun Instagram peribadinya.
Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu yang kelihatan sedikit menghairankan berkaitan swafoto tersebut sehinggakan para peminat mula risau akan kesejahteraan penyanyi tersebut.
Dalam foto tersebut, beliau memakai celak tebal dan solekan yang kelihatan kurang sesuai dengan rupa parasnya. Bahkan ada yang berpendapat bahawa dia menggunakan ‘filter’ yang kuat di aplikasi Snow.
Hal ini turut menyebabkan sesetengah netizen mengalami kesukaran untuk mengecam rupa parasnya pada mula kerana dia kelihatan sangat berbeza di dalam gambar swafoto tersebut.
Beberapa komen pada perkongsian tersebut meminta agar Park Bom untuk tidak menggunakan ‘filter’ tersebut kerana dia sudah pun kelihatan cantik tanpanya, manakala yang lain berpendapat penampilan solek yang berbeza lebih sesuai untuknya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.