Pejam celik, pejam celik, siri variety popular Korea iaitu Running Man bakal menayangkan episod ke 542 sejak mula ke udara!

 

Cepat kan! Kami masih teringat episod terawal rancangan tersebut yang menjemput beberapa selebriti K-Pop dan K-Drama seperti Jessica Jung, Nickhun 2PM dan Son Dam-bi.

Selama ini, Running Man juga pernah berpeluang untuk menjemput bukan saja selebriti dari Korea Selatan. Malah beberapa nama besar dari luar bidang hiburan juga pernah menyertainya sebagai tetamu undangan.

 

Aigoo! Tom Cruise Bakal Jadi Tetamu Khas Untuk Episod Baru Running Man

IKLAN

 

Ini termasuklah pemain bola lisut profesional iaitu Choo Shin-soo dan Ryu Hyun-jin (episod 119), Jackie Chan (episod 135) dan pemain bola sepak, Park Ji Sung (episod 95-97 dan episod 152-154).

 

Kemunculan Istimewa

Namun, tiada siapa yang menjangkakan Running Man juga akan menjemput selebriti Hollywood gred A sebagai tetamu undangan akan datang!

 

IKLAN

Aigoo! Tom Cruise Bakal Jadi Tetamu Khas Untuk Episod Baru Running Man

 

Khabar angin yang sudah kedengaran sejak beberapa hari yang lalu akhirnya bakal direalisasikan! Running Man akan disertai oleh pelakon filem Mission: Impossible: Fallout termasuklah Tom Cruise, Henry Cavill (pernah berlakon untuk Superman) dan Simon Pegg (pernah berlakon untuk Star Trek).

Berita tersebut telah disahkan oleh pihak produksi dan stesen televisyen, SBS. Baru-baru ini, SBS telah memuat naik video teaser yang menampilkan Tom Cruise semasa mereka sedang menjalani sesi penggambaran untuk episod 542.

IKLAN

 

 

Kemunculan Tom Cruise, Henry Cavill dan Simon Pegg ini adalah sebahagian daripada misi promosi filem terbaru Mission: Impossible di Korea Selatan.

Untuk filem yang akan ditayangkan pada 27 Julai ini, Ethan Hunt (Tom) akan menentang Solomon Lean (Sean Harris) yang berjaya melarikan diri. Henry Cavill pula akan melakonkan watak agen CIA, August Walker.

Episod Running Man istimewa ini pula akan ditayangkan pada 22 Julai. Tak sabarnya, AIGOO!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI