Terbaru, jaguh sukan badminton negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin membuktikan kebangkitannya di pentas antarabangsa apabila merangkul gelaran juara Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025, sekaligus menambah koleksi trofinya selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun lalu.
Pemain perseorangan profesional lelaki negara itu mempamerkan prestasi cemerlang dengan menewaskan pemain India, Pranay Katta dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan St Joseph, Colombo.
Kemenangan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam ranking dunia, malah membuktikan bahawa pemain yang kini berusia 25 tahun itu mampu bersaing di peringkat tertinggi.
Kejuaraan ini merupakan yang kedua buat Aidil dalam kariernya, selepas meraih gelaran juara Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023 juga bukti bahawa Aidil mampu meraih kejayaan walaupun beraksi sebagai pemain profesional.
Ads
Sepanjang kejohanan, Aidil menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara berjaya menewaskan pemain tuan rumah, Viren Nettasinghe di peringkat separuh akhir sebelum menundukkan Pranay Katta di final.
Menerusi kejayaan ini, Aidil membawa pulang hadiah wang tunai AS$17,500 (kira-kira RM78,091), sekaligus menjadi suntikan semangat untuk beliau terus melakar kejayaan pada masa depan.
Ads
Kredit: Facebook ShuttleHard
Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut berterima kasih kepada jurulatih perseorangan wanita negara Jeffer Rosobin atas dedikasi dan khidmat baktinya kepada badminton negara.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky, melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan Jeffer berkata: “Jeffer telah menjadi ahli yang berharga dalam barisan kejurulatihan kami, membawa kepakaran dan komitmennya kepada program junior.
Ads
“Bimbingannya telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ramai pemain yang berpotensi. Walaupun kami sedih melihat beliau pergi, kami menghormati keputusannya dan mendoakan yang terbaik untuk beliau dan keluarganya.”
Jeffer sebelum itu melepaskan jawatan jurulatih perseorangan wanita negara. atas komitmen keluarga. Beliau menyertai BAM pada Oktober 2023 sebagai Ketua Jurulatih Junior sebelum ditugaskan semula ke jabatan perseorangan wanita senior pada Oktober tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) kini akan dikenali sebagai Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) setelah Kementerian Pengajian Tinggi meluluskan usul agar gedung pendidikan itu dijadikan sebagai universiti sepenuhnya.
Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC berkata pencapaian yang dikecapi institusi pendidikan tersebut yang telah ditubuhkan sejak 53 tahun lalu merupakan satu pencapaian atas kerja keras dan rekod cemerlang yang ditonjolkan.
“Sejak 53 tahun lepas, institusi ini telah berkembang pesat dengan diperakui dan diiktiraf atas kecemerlangannya dalam pendidikan serta latihan, terutama dalam bidang pengurusan dan teknologi. Berlandaskan asas yang kukuh ini, TAR UMT bersedia untuk memainkan peranan lebih besar bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui sempadan,” katanya kepada wartawan yang menghadiri majlis pengumuman tersebut.
Sempena dengan penaiktarafan sebagai universiti, Datuk Seri Wee Ka Siong turut melancarkan pertandingan mencipta logo TAR UMT yang berasaskan falsafahnya ‘Melangkaui Pendidikan’. Pertandingan yang berlangsung hingga 11 Mei ini, menawarkan hadiah utama bernilai RM10,000, diikuti tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000.
Dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman memiliki lebih 28’000 penuntut yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia bahkan luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalui kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.
Sumber Gambar : Reuters
Pakaian kucing atau mengayakan kucing bukan satu perkara yang pelik malah tinjauan penulis mendapati ada je yang bijak membuat ‘duit’ dengan hobi ini.
Seorang bekas guru di Bogor, Indonesia sanggup meninggalkan bidang pendidikan untuk menceburi bidang fesyen dan menjadi pereka fesyen untuk si ‘bulus’ peliharaannya ini.
Sumber Gambar : reuters
Itulah yang dilakukan oleh Fredi Lugina Priadi, seorang lelaki yang berusia 39 tahun. Sebelum ini dia pernah menceburi pelbagai jenis perniagaan namun menjadi pereka fesyen bagi si bulus lagi menguntungkan.
Menurut laporan Reuters, pelbagai jenis pakaian buat si comel bulus itu untuk digayakan. Antaranya pakaian seragam, super hero seperti Thor dan juga pakaian tradisional islam.
Fredi berkata, pada mulanya idea itu datang daripada saudaranya yang mencintai kucing dan dia menganggap idea itu pelik namun apa yang terjadi sebaliknya kerana permintaan terhadap pakaian kucing agak tinggi.
Selain itu, Fredi memperoleh anggaran RM870 sebulan bagi menjual sekurang-kurangnya empat helai sehari setelah hampir tiga tahun menjalani perniagaan tersebut.
Meskipun ia kelihatan comel, namun ada juga segelintir warganet memberi komen yang negatif mengatakan ia sesuatu yang agak kejam, namun ia tidak mematahkan semangat Fredi untuk terus berusaha dalam memajukan perniagaanya.
Menarik juga, so korang yang nak mula berniaga boleh la ‘ceduk’ idea dari Fredi ini.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut dengan meriah selepas negara melepasi era endemik tidak bermaksud masyarakat harus melepaskan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga penjarakan sosial dan kesihatan peribadi.
Ini memandangkan gejala wabak COVID-19 dilihat masih belum berakhir sepenuhnya apabila terdapat lonjakan jumlah jangkitan kebelakangan ini di seluruh dunia.
Ia susulan subvarian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai Arcturus di mana ramai pakar gusar sekiranya penularannya di negara-negara seperti India dan terbaru, Singapura akan merebak ke Malaysia tidak lama lagi.
Laporan Berita Harian semalam mendapatkan pandangan Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar yang berkata, asas genetik Arcturus masih berpandukan kepada Omicron.
Kajian makmal pula mendapati Arcturus mempunyai gejala sama seperti beberapa varian sebelum ini seperti demam, sesak nafas dan batuk.
Begitupun, satu gejala unik yang ada pada Arcturus dan tiada pada varian sebelum ini adalah gejala konjunktivitis iaitu kondisi mata yang menjadi merah. Gejala ini lebih kerap dilihat berlaku pada kanak-kanak, namun golongan dewasa juga tidak terlepas daripadanya.
Sumber Foto: National World
Tambah Prof Dr Sazaly, Malaysia tidak terkecuali untuk terdedah dengan mana-mana varian baharu sama ada secara semulajadi ataupun disebabkan merebak dari negara luar; biarpun tiada kes yang dicatatkan setakat ini berpunca daripada Arcturus.
Tambah membimbangkan kini adalah disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang hujung minggu ini. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dan terus berhati-hati mencegah jangkitan wabak sewaktu beraya.
Sekiranya korang mempunyai gejala-gejala yang dinamakan di atas tadi, dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!