Aib! Semasa Pelajar MRSM Tidur, Lelaki Ini Ceroboh Curi 86 Telefon Bimbit

Share

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ke tanah.

 

Siapa sangka ada juga insan yang sanggup melakukan perbuatan mencuri barangan pelajar sekolah menengah.

Seorang lelaki telah diberkas atas tuduhan menceroboh masuk ke tiga buah kampus Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Antara barangan curi yang dirampas daripadanya adalah 86 biji telefon bimbit, enam unit laptop, lima kad pengenaan yang dipercayai milik pelajar, satu kad pelajar dan lima beg hitam.

Gambar Hiasan.

Ia selepas pihak polis berjaya menyelesaikan dilema pencuri barang milik pelajar MRSM di Perak kebelakangan ini.

Suspek dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 33 tahun dan ‘obses’ untuk mencuri di MRSM Lenggong, MRSM Pasir Salak dan MRSM Felda Trolak (kesemuanya di Perak) dengan menceroboh masuk ke bangunan asrama semasa para pelajar sedang nyenyak tidur.

Akhirnya suspek berjaya diberkas di Baling Kedah selepas laporan polis dibuat oleh warden asrama MRSM Felda Trolak pada bulan November lepas.

MRSM FELDA Trolak.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, “Suspek dipercayai memecah masuk asrama pelajar dengan memotong pagar di belakang blok asrama. Siasatan mendapati ia dilakukan secara berseorangan.”

Dalam pada itu, suspek turut mempunyai kemahiran membaiki telefon bimbit dan komputer riba. Sebahagian daripada komponen dalaman barangan yang dicuri telahpun dijual olehnya.

Pun boleh! Korang careful lah ya bila pulang ke asrama pada awal tahun hadapan.

Sumber ASTRO AWANI

 

 

IKLAN