ainsSiapa yang tidak kenal dengan Albert Einstein? Seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang dianggap sebagai ahli sains teragung pada abad ke-20.
Einstein juga dikatakan manusia paling genius pernah dilahirkan di atas muka bumi ini dan banyak teori beliau mencetuskan fenomena sejarah dalam dunia sains yang diguna sehingga ke hari ini.
Namun, tahukah korang cerita disebalik sejarah ahli saintis ini yang otaknya pernah dicuri dan hilang selepas kematian beliau pada umur 76 tahun?
Kenapa dan bagaimana ia boleh berlaku? Jom kita ikuti perkongsian cerita yang telah dibuat oleh ahli fizik yang dikenali sebagai Zamir Mohyedin ini.
Pada 17 April 1955, Einstein telah dihantar ke hospiral di Princeton kerana mengadu sakit dada. Keesokan harinya pada pukul 1 pagi, Einstein dilaporkan meninggal dunia kerana saluran aorta pada jantungnya yang pecah.
Einstein meninggal pada usia 76 tahun. Ketika beliau meninggal, otaknya telah dicuri dan hilang selama 50 tahun. Orang yang mencurinya ialah Dr. Thomas Stolz Harvey kerana beliaulah yang ditugaskan mengkaji punca kematian Einstein setelah Einstein meninggal dunia.
7 jam selepas kematian Einstein
7 jam selepas mengenal pasti punca kematian Enstein, Thomas Stolz telah melakukan autopsi pula ke atas otak Einstein. Namun, apa yang memeranjatkan, Stolz sebenarnya bukanlah seorang pakar bedah otak ataupun pakar otak sekalipun.
Stolz mendakwa dia mendapat kebenaran untuk melakukan autopsi tersebut. Namun, sehingga ke hari ini, surat kebenaran yang didakwa langsung tidak dijumpai. Ketika melakukan autopsi, Stolz telah mengeluarkan otak Einstein dari kepala, mengukur, menimbang berat dan mengambil gambar-gambar otak Einstein.
Selepas itu, beliau merendamnya di dalam cecair formaldehyde. Tidak cukup dengan itu, Stolz turut mengeluarkan biji mata Einstein dan kemudian diserahkan kepada doktor mata Einstein bernama Henry Adam. Selebihnya, barulah Stolz menyerahkan jasad Einstein bagi tujuan pengebumian.
Ads
Wasiat Einstein
Apa yang dilakukan oleh Stolz benar-benar bertentangan dengan apa yang diwasiatkan oleh Einstein. Sebelum meninggal, Einstein telah memesan agar tubuhnya dibakar bersama-sama dengan otaknya sekali. Einstein berwasiat begini sebab dia tak mahu dirinya dijadikan pemujaan.
Peristiwa ini menyebabkan Stolz hampir dibuang kerja dari Hospital Princeton. Namun beliau berjaya menyelamatkan kerjayanya apabila mendakwa hal autopsi tersebut mendapat kebenaran (retroactive permission) daripada anak lelaki Albert Einstein iaitu Hans Einstein.
Namun, apabila pihak hospital meminta otak Einstein daripada Stolz, beliau enggan menyerahkannya sebaliknya beliau telah lari dari Hospital Princeton. Selepas dunia mengetahui otak Einstein dimiliki oleh Stolz, ramai telah meminta sebahagian daripadanya bagi tujuan penyelidikan.
Ramai penyelidik ingin mengkaji otak Einstein bagi mengetahui rahsia kepintaran luar biasa yang dimiliki oleh manusia seperti Einstein. Adakah kecerdasan, kepintaran dan kepandaian lahir disebabkan oleh genetik atau semata-mata usaha berterusan dari individu itu sendiri?
Saintis berharap persoalan ini dapat dirungkaikan apabila mereka membedah dan menyelidiki otak Einstein kelak.
Ads
Setelah itu, Stolz telah pergi ke Universiti Pennsylvania di mana dia telah mengerat otak Einstein kepada 240 bahagian. Sebahagiannya diserahkan kepada Dr. Zimmerman (sebanyak 6 bahagian) dan sebahagian lagi turut di hantar kepada saintis yang lain.
Ada satu ketika, Stolz telah menghantar sebahagian otak Einstein kepada seorang saintis di Barkeley dengan menggunakan bekas mayonis! Manakala selebihnya disimpan ke dalam 2 bikar yang dipenuhi dengan formalin.
Terdapat beberapa kemungkinan mengapa Stolz melakukan autopsi tersebut. Antaranya kerana beliau telah dipesan oleh Harry Zimmermann sendiri. Namun dakwaan ini ditolak oleh Zimmermann.
Selepas 40 tahun berada dalam simpanan
Selepas 40 tahun otak Einstein berada dalam simpanan Stolz, tidak ada satu pun kertas penyelidikan yang dikeluarkan olehnya. Kesudahannya, setelah 40 tahun kemudian Stolz telah membawa otak Einstein di dalam bekas tupperware untuk dipulangkan kepada cucu Einstein bernama Evelyn.
Ads
Namun, Evelyn tidak mahu menerimanya. Evelyn juga turut memarahi Stolz apabila beliau secara tidak sengaja tertinggal bekas otak Einstein di rumahnya. Setelah Stolz meninggal dunia pada tahun 2007, otak Einstein telah disimpan oleh warisnya supaya diserahkan bagi penyelidikan.
Pada tahun 2010, pewaris kepada Stolz telah menyerahkan otak Einstein kepada National Museum of Health & Medicine di Washington. Selain dari National Museum of Health & Medicine, serpihan otak Einstein juga boleh dilawati di Mutter Museum, Philadelphia.
Otak Einstein sebenarnya lebih kurang dengan manusia
Kajian setakat ini mendapati, saiz otak Einstein sebenarnya lebih kurang saja dengan manusia biasa. Cuma yang membuatkan dia cerdik ialah hubungan saraf yang begitu kuat antara bahagian-bahagian otak. Hal ini meningkatkan daya pemikirannya dan meningkatkan daya kecekapan otak.
Selepas Einstein meninggal dunia, tubuhnya dibakar dan di mana abunya dibuang, tiada siapa yang tahu. Sama seperti Genghiz Khan yang tidak diketahui di mana mayatnya. Otaknya saja pun orang dah tercari-cari. Entah-entah kalau batang tubuhnya ada, boleh jadi tempat pemujaan.
Selain itu, walaupun saiz otak Einstein lebih kurang macam manusia biasa, tetapi perkadaran saiz di bahagian² tertentu agak tak seimbang dan berlainan dari manusia biasa. Ada bahagian yang lebih tebal, ada bahagian yang besar sikit. Ini menunjukkan kadang genius itu dari lahir.
Begitulah sedikit sebanyak tentang kisah bagaimana otak ahli sains ini dicuri. Macam-macam yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab semata-mata ingin membuat kajian atas kebijakan Albert Einstein.
Kita sering mendengar tentang tempat-tempat percutian yang bercuaca agak sejuk seperti di Cameron Highlands, Genting Highlands dan Kundasang. Namun, mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa Bukit Larut, Taiping juga antara tarikan kawasan dingin yang korang boleh lawati.
Bukit Larut adalah resort bukit tertua di Malaysia yang ditumbuhi dengan bunga liar dan kehijauan yang subur tanpa dicemari dengan binaan pusat membeli-belah atau taman tema. Selain daripada udara dan persekitaran yang menyegarkan, suhunya yang sejuk juga merupakan tarikan utama disini.
Dengan suhu sekitar 10 hingga 15 darjah celsius sepanjang tahun, korang dapat menikmati aktiviti yang menyeronokkan tanpa banyak berpeluh. Antara aktiviti yang korang boleh lakukan adalah jungle trekking sambil mendengar kicauan burung, menjelajah kolam Burma yang berhampiran kaki bukit dan melawat kebun teh di tanah tinggi. Atau mungkin korang boleh sahaja berjalan-jalan sambil menikmati udara segar.
Nah, apa lagi guys. Bagi korang yang tercari-cari port lepak sebagai weekend getaway, rasanya Bukit Larut antara lokasi pilihan yang sesuai dan luar daripada kebiasaan. Jika dah selalu ke Cameron dan Genting Highlands, mungkin kali ni boleh ambil udara di tempat lain pula. Hiks!
Selain itu, lokasinya yang tidak jauh dari ibu kota juga memudahkan korang untuk berkunjung ke sana. Lebih kurang 3 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke
Taiping. So, why not kan?
Setiap tahun, masyarakat India memperingati perayaan Diwali atau Deepavali. Peringatan ini dirayakan pada bulan Aswayuja menurut kalender Caka Hindu, yang jatuh sekitar bulan Oktober hingga November. Pada tahun ini, perayaan Diwali jatuh pada hari Khamis, 31 Oktober 2024.
Diwali adalah perayaan kemenangan kebaikan (dharma) atas keburukan (adharma). Kebaikan dilambangkan dengan cahaya, manakala kejahatan digambarkan dengan kegelapan. Oleh itu, perayaan ini sinonim dengan lampu dan cahaya.
Perayaan Diwali diadakan dengan pelbagai tradisi. Antara lain, menyalakan cahaya, berkongsi kudapan manis dengan keluarga, membersihkan rumah, menerangi rumah, dan banyak lagi.
Selain mempunyai tradisi tertentu, perayaan Diwali juga mempunyai beberapa fakta unik yang menarik untuk diketahui. Berikut adalah fakta unik mengenai perayaan Diwali atau Deepavali:
Dirayakan Selama 5 Hari
Perayaan Diwali dirayakan selama lima hari berturut-turut. Uniknya, setiap hari mempunyai makna yang berbeza. Hari pertama yang dipanggil Vasu Daras ditujukan kepada lembu, haiwan yang dianggap suci oleh umat Hindu. Hari kedua, Dhan Teras, memperingati kemunculan Dewa Dhanvantari dari lautan. Hari ketiga, yang dikenali sebagai Naraka Chaturdashi, adalah puncak perayaan Diwali.
Pada hari ketiga pula, perayaan diadakan dengan membuat Rangoli, dekorasi dari beras, tepung, dan rempah. Hari keempat atau Laksmi Puja diisi dengan pemujaan kepada Dewi Lakshmi dan Dewa Ganesha. Akhirnya, hari kelima atau Bali Patipada memperingati Dewi Khrisna yang mengangkat Bukti Govadhana untuk menyelamatkan rakyat dan lembu dari banjir.
Seperti yang diketahui, festival Deepavali cukup dikenali dengan cahaya dan lampu yang terang. Dalam perayaan ini, masyarakat akan menerangi seluruh kota dengan sumber cahaya dari lampu minyak tradisional India atau diya, lentera, dan lain-lain. Selain itu, mereka juga menyalakan bunga api untuk meriahkan perayaan.
Perayaan Lintas Agama
Festival cahaya ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu, tetapi juga oleh penganut agama Buddha, Sikh, dan Jainisme. Umat Hindu merayakan Diwali untuk menyambut kepulangan Rama ke Ayodhya setelah mengalahkan Rahwana. Umat Buddha memperingatinya sebagai hari ketika Kaisar Ashoka memeluk agama Buddha.
Penganut Jain merayakannya untuk mengenang hari Mahavira mencapai Nirwana. Sementara itu, penganut Sikh memperingatinya untuk mengenang kepulangan Guru Har Gobind Ji dari penjara Kaisar Jahangir.
Pesta Meriah
Perayaan Deepavali diramaikan dengan pesta yang meriah. Dalam pesta tersebut, masyarakat biasanya bertukar hadiah dan mendoakan kebahagiaan keluarga atau sahabat. Selain itu, mereka juga menyalakan petasan di malam hari untuk meriahkan suasana sekaligus mengusir roh jahat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: GOOGLE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim perayaan Aidilfitri tentunya ada waktu terbaik untuk kita semua pulang ke kampung halaman bagi meraikan hari kemenangan umat Islam tersebut.
Taktkala majoriti daripada kita baru sahaja tamat menempuh trafik sesah dari luar bandar menuju ke ibu kota pada hujung minggu lepas, tidak kurang juga ada yang memilih untuk ‘terbang’ ke luar negara sempena cuti panjang ini.
Jom lihat destinasi pilihan oleh tujuh selebriti tempatan ini!
*Jealousy alert, be warned*
Hairul Azreen & Hanis Zalikha sekeluarga di Maldives
Pasangan bahagia ini memang tidak kekok meraikan bulan Syawal di luar negara. Seperti kebiasaan, pulau peranginan Maldives menjadi pilihan Hairul dan Hanis selepas meraikan 1 Syawal di ibu kota. Kali ini, mereka bersama-sama si comel Yusuf Iskandar, 7 dan Alisa Aisyah, 4 ke sana bagi menikmati perairan biru serta makanan laut segar pada waktu malam. Menariknya, Hairul seakan memberi petunjuk bahawa Hanis kini sedang berbadan dua. Sekiranya benar, tahniah REMAJA ucapkan!
Dini Schatzmann & Janna Nick di Tokyo & Osaka, Jepun
Ibarat musim honeymoon untuk para selebriti, pasangan pelakon Dini Schatzmann dan Janna Nick juga menjadi bulan Syawal sebagai waktu terbaik untuk melepaskan diri daripada kekangan kerja dengan menjadikan Jepun sebagai destinasi pilihan. Biarpun terlepas musim bunga Sakura yang selalunya berkembang mekar sekitar bulan Mac dan April, Dini dan Janna tetap menikmati momen bersama di sana.
Mek Yun di Tokyo, Jepun
Tidak ketinggalan memilih Jepun ialah pempengaruh versatil, Mek Yun yang kini berada di Tokyo. Mek Yun sempat memperagakan persalinan kebaya sempena Aidilfitri lepas di laluan pejalan kaki popular di Shibuya. Comel lote!
Daiyan Trisha di Kemboja
Korang sendiri menjadi saksi betapa sibuknya jadual pelakon, penyanyi dan penulis buku, Daiyan Trisha sepanjang tahun lepas. So it makes sense that she wants some time alone with her whole family. Menjadikan Kemboja sebagai destinasi pilihan, Daiyan dilihat memanfaatkan peluang untuk ke sana bersama keluarga menerusi momen-momen di lokasi tarikan pelancong.
Yaya Zahir di Seoul, Korea Selatan
Kehadiran pengacara dan pempengaruh, Yaya Zahir di Seoul selepas meraikan Syawal di Kuala Lumpur tempoh hari mungkin disebabkan oleh faktor kerja. Yaya berada di sana bagi menghadiri acara khas bersama jenama beg premium, Rimowa. Namun sudah alang-alang ke sana, Yaya sendiri tidak melepaskan peluang untuk beronda di sekitar Myeondong, Seoul bagi melepaskan gian terhadap makanan yang dijual di tepian jalan.
Jurusolek selebriti terkenal, Syed Faizal Syed Noh bikin warganet cemburu apabila beliau memilih kota cinta, Paris sebagai destinasi pilihan bagi menyambut Aidilfitri. Selain melawat ke lokasi tumpuan pelancong seperti Menara Eiffle, Syed turut berkesempatan mengunjungi muzium-muzium grandeur yang terletak di sana.
Nana Sheme di Perth, Australia
Amboi! Ibarat beraya di perantauan, Nana Sheme dan suami, Zikri Zakaria serta ahli keluarga yang lain memilih Perth, Australia sebagai destinasi Aidilfitri. Penyanyi Hantu Atau Buaya itu berada di sana selama 12 hari bagi membuat kelainan pada tahun ini.
Haa, Syawal kan berbaki tiga minggu lagi. Mungkin ada di antara korang yang ingin beraya di destinasi yang lebih berhampiran, seperti Bangkok Thailand?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.