Kalau sebelum ini, ramai yang suka ‘bersandarkan’ zodiak dan jenis darah seseorang untuk lebih mengenali personaliti sebenar mereka. Tapi sejak kebelakangan ini pula, muncul trend baru yang mana kalau nak tahu bagaimana sikap seseorang itu, perlu tahu apakah jenis MBTI mereka.
MBTI atau Myers-Briggs Type Indicator ini awalnya hanya untuk mengenali personaliti diri kita for fun sahaja. Sama seperti zodiak, jenis darah, bulan lahir dan sebagainya. Akan tetapi untuk beberapa penganut contohnya seperti orang Islam, kita tidak dibenarkan untuk mempercayai hal seperti itu bulat-bulat sebab ia sama seperti tilik nasib dan lain-lain.
Kredit: Kpop Map
Baru-baru ini muncul pula trend di mana, ada sesetengah pihak sebagai contoh majikan yang sedang mencari pekerja, hanya akan memilih pemohon berdasarkan jenis personaliti MBTI tertentu.
Awalnya, trend ini sangat menjadi obsesi kebanyakan majikan di Korea Selatan tapi dengan kepesatan teknologi media sosial pada masa kini. Ada beberapa syarikat termasuklah di Malaysia sendiri sudah mula mengikut trend ini.
Asalnya, MBTI dipelopori dari idea asal teori konseptual yang dicadangkan oleh pakar psikiatri Switzerland, Carl Jung. Ujian ini menggunakan empat fungsi psikologi utama iaitu sensation (sensasi), intuition (naluri), feeling (perasaan) dan thinking (pemikiran).
Ads
Kemudian berdasarkan penilaian itu, kita boleh mengenalpasti 4 elemen tingkah laku yang utama iaitu Introversion/Extraversion, Sensing/Intuition, Thinking/Feeling, Judging/Perception. Oleh itu, ujian MBTI memecahkan personaliti seseorang kepada 16 kategori.
Kredit: Best Personality Test
Nak tahu personaliti untuk keseronokan diri sendiri tak salah pun tapi kalau sampai ada bakal majikan yang memang dah tolak pemohon awal-awal hanya disebabkan calon itu sebahagian daripada MBTI yang kurang menarik itu susah juga kan?
Ads
Bukan setakat itu, pernah juga tular satu iklan kerja kosong di Korea yang mana calon perlu membuat ujian MBTI terlebih dahulu. Jika keputusan mereka jatuh di bawah jenis INFP, INTP, INTJ, ENTJ dan ESFJ. Ha! Siap sedialah untuk kena reject!
Kredit: X MBTI Memes
Disebabkan fenomena ini, sebuah survey telah dijalankan dan ternyata 60.6% menolak MBTI sebagai kayu ukur ketika memohon kerja, manakala lagi 39.4% memberikan respon yang positif.
Ads
Hal ini memang kurang menyenangkan banyak pihak atas beberapa alasan. Antaranya layanan berat sebelah yang diberikan oleh pihak majikan. Walau bagaimanapun, kerelevanan MBTI dan cara kerja setiap individu pun tidak boleh disamakan kerana keputusan MBTI dengan personaliti sebenar seseorang belum tentu sama dan seiring.
Kredit: CMG Agency
Selain itu, daripada majikan melihat dan menghakimi MBTI calon pekerja. Bukankah lebih baik kalau mereka dinilai berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan juga beberapa hal lain?
Penilaian melalui MBTI ini juga agak bersifat peribadi dan rasanya ada banyak lagi cara untuk menguji calon sehingga majikan jumpa pekerja yang layak, setuju tak?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejadian alam yang menimpa beberapa negara baru-baru ini menimbulkan persoalan. Jika sebelum ini viral dimedia sosial apabila di Texas, Amerika Syarikat kini mengalami ribut salji sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang selain jutaan terputus bekalan elektrik.
Terkini, dunia dikejutkan dengan berita Gunung Hijau di Libya dilanda sajli buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun.
Keadaan yang jarang berlaku yang bermula pada Isnin, dilihat sebagai titik mula pendamaian di negara yang sedang bergolak dengan perang saudara itu.
“Kami harapkan sajli ini akan membawa petanda baik kepada negara ini dan menyatukan rakyat.
“Kita lihat ramai penduduk berkunjung ke kawasan Sidi Mohamed Al-Hamri ini untuk menikmati keadaan salji di sini,” kata seorang penduduk Bayda, Mohammed Saleh.
Walaupun kejadian iklim ini menggembirakan rakyat di sana kerana ia jarang terjadi, namun ramai yang khuatir akan perubahan iklim sedrastik ini.
Menurut Pusat Meterologi Kebangsaan Libya, cuaca sejuk di bawah paras beku telah dicatatkan di beberapa bandar pada Isnin, termasuk Al-Bayda, Yefren, Nalut, Al-Marj, Gunung Hijau dan Gunung Nafusa.
Di Mesir pula, beberapa pelabuhan utama terpaksa ditutup akibat cuaca sejuk terutamanya di Hurghada dan Sharm El-Sheik. Hujan batu dan sajli turut pula dilaporkan di Alexandria, Beheira dan Pelabuhan Said, menurut Lembaga Meteorologi Mesir (EMA).
Jika satu hari nanti tiba giliran Malaysia pula yang memperolehi salji, korang jangan terkejut pula. Hiks!
Tapi buat masa ini, korang kena berhati-hati dengan musim panas yang sedang melanda negara kita sekarang.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kemerosotan perniagaan yang teruk di seluruh dunia terutamanya di kalangan jenama premium.
Menurut laporan Food Business News hari ini, jenama terbaru yang terkesan akibat situasi semasa ialah jenama coklat premium dari Belgium, Godiva.
Godiva telah mengumumkan penutupan operasi kesemua 128 buah cawangan stornya di Amerika Utara termasuklah kafe dan butik di sana pada musim bunga tahun ini.
Untuk pengetahuan, Godiva masih dianggap baharu di benua tersebut. Kafe pertamanya baru saja dibuka pada April 2019 di New York. Siapa sangka, kurang 2 tahun kemudian, ia akan ditutup kelak.
Pengumuman penutupan stor di Amerika Utara ini tidak membawa kesan yang sama terhadap stor Godiva di Malaysia. Bagaimanapun sejak 12 Januari lalu, Godiva Malaysia telahpun menutup operasi beberapa stor fizikal mereka kecuali stor di Genting Highlands. Namun, coklat Godiva masih boleh dibeli secara atas talian.
Seperti yang korang ketahui, banyak sebenarnya jenama premium yang terpaksa mengecilkan skala perniagaan mereka atau lebih drastik, menutup terus cawangan di beberapa negara.
Ini merupakan 8 jenama fesyen yang terpaksa bertindak sedemikian sejak tahun lalu.
Cath Kidston
Hari ini juga merupakan hari yang malang buat Cath Kidston yang menjadi pilihan ramai pembeli perempuannya apabila kesemua 60 buah stor mereka di serata United Kingdom diumumkan akan ditutup. Malaysia bernasib baik kerana stor jenama tersebut masih beroperasi seperti biasa.
Arcadia Group (Pemilik Jenama Topshop, Topman, Dorothy Perkins, Miss Selfridge)
Buat masa ini, Arcadia Group mempunyai kira-kira 22 buah stor di luar negara termasuk di Malaysia. Biarpun masih belum ada pengumuman penutupan stor atau pemberhentian pekerja setakat ini, Ketua Pegawainya mengeluarkan kenyataan Disember lalu bahawa mereka sedang melakukan yang terbaik untuk melindungi para pekerja mereka.
Tentunya, korang masih ingat penutupan stor Esprit di semua negara di luar China termasuklah Malaysia pada akhir Jun, tahun lalu. Ini berikutan jualan yang kurang memberansangkan.
Banyak sebenarnya jenama lain yang sedang dalam fasa berjaga-jaga. Ini termasuklah jenama popular di Malaysia seperti ZARA, Victoria’s Secret, Guess dan H&M.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin bagi sesetengah generasi muda ada yang tidak berapa mengenali sosok pelakon, Ezany Nizariff yang pernah popular dan sering muncul di kaca televisyen menerusi drama-drama rantaian sebelum ini. Namun kini, kelibat aktor berusia 51 tahun itu sudah jarang membintangi mana-mana drama.
Menerusi laman sosial TikTok, pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu menjawab persoalan peminat dan warga internet yang sudah lama tidak melihat kelibatnya dalam industri hiburan.
Menjawab kepada persoalan yang diajukan, Ezany atau nama sebenar Mohd Zani @ Mohd Zohri Mohd Nizariff menjelaskan beliau kini mempunyai beberapa pekerjaan dan hanya akan berlakon jika ada masa yang sesuai.
“Ada beberapa pekerjaan yang perlu saya lakukan dan uruskan. Saya hanya berlakon jika ada kelapangan dan waktu yang sesuai, InshaAllah”
Kredit: BebasNews
Ezany yang popular menerusi drama Tanah Kubur dan Amukan Pocong itu kini berkhidmat sebagai seorang pengarah akademik di sebuah universiti selepas berjaya memperoleh lesen mengajar dari salah sebuah universiti yang berpangkalan di United Kingdom (UK).
“Sekarang saya adalah pengarah akademik dan mempunyai lesen dari London Examinations Board di UK. Saya peroleh lesen tersebut selepas jalani program sijil dan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan E-Dagang,” katanya.
Menurutnya lagi, lesen ini boleh digunakan di pelbagai negara seluruh dunia. Selain itu, Ezany juga menjelaskan beliau kini sibuk memenuhi undangan dalam program meningkatkan produktiviti pekerja.
Kredit: Instagram @ezanynizariff_official
“Saya dijemput untuk menjadi pensyarah bagi beberapa universiti dan kolej serta menjalankan program latihan untuk syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan lagi produktiviti pekerja mereka,” jelasnya.
Perkongsian Ezany itu telah tular di media sosial dan meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya kagum melihat beliau yang tetap mementingkan pendidikan di samping kerjayanya sebagai seorang pelakon sebelum ini.
Sekadar info, Ezany Nizariff sebelum ini melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Gloucestershire University United Kingdom.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.