
Penyayi pop r&b Indonesia, Afgansyah Reza telah pun melancarkan single terbarunya M.I.A bersama bintang K-pop terkenal, Jackson Wang. Penyanyi berusia 32 tahun itu baru sahaja memuat naik lagu terbarunya itu di laman YouTube, dan setakat ini, ia sudah mempunyai lebih daripada 100,000 tontonan.
Afgan juga membuat perkongsian menerusi laman Instagram dengan menyatakan bahawa rahsia kolaborasi ini telah disimpan lama kerana ia sudah disiapkan pada tahun lalu.
Namun, akibat pandemik COVID-19 mereka terpaksa menunda untuk melancarkan single terbaru tersebut.
Jackson Wang turut meninggalkan komen dalam hantaran Instagram tersebut.


Rata-rata peminat menyambut baik berita gembira ini dan mengucapkan tahniah buat Afgan.




Sama-sama kita nantikan muzik video M.I.A ini. Mesti gempak kan?
Tahniah Afgan dan Jackson Wang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Beauty With Brains”, 7 Selebriti Punya “Otak” Geliga & Berjaya Dalam SPM

Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019, baru bermula hari ini. REMAJA yakin ramai antara korang pembaca setia kami yang sedang berjuang dan bertungkus-lumus memberikan yang terbaik demi masa depan masing-masing.
Kepada yang menduduki SPM tahun ini, good luck REMAJA ucapkan!

Di kesempatan ini, REMAJA sempat rangkulkan beberapa orang selebriti yang berjaya dalam SPM mereka. Siapa kata golongan selebriti tidak bijak?
1. Najwa Latif

Tahun: 2012
Keputusan: 4A
Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor
Najwa Latif merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor telah memperoleh 4A dalam peperiksaan SPM 2012.
Penyanyi Cinta Muka Buku itu mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain. Terbaru, Najwa Latif juga baru menamatkan pelajaran diperingkat Sarjana.
2. Mira Filzah

Tahun: 2010
Keputusan: 8A
Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.
Bukan calang-calang pelajar, pelakon drama bersiri 3 Gadis Manis itu pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM sekitar tujuh tahun lepas.
3. Ezlisa Loy

Tahun: 2013
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras
Ezlisa Loy atau nama sebenarnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 21, merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2).
Ezlisa memperoleh A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah manakala B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia.
4. Soo Wincci

Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama
Soo Wincci juga antara selebriti Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Penyanyi itu memperoleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.
Soo Wincci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Malah, dia turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.
Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.
5. Neelofa

Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi
Noor Neelofa Mohd Noor, 28, atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi. Memperoleh
keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006, Neelofa antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.
Bukan setakat SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).
Pelakon kelahiran negeri Kelantan itu kemudiannya melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.
6. Wani Kayrie

Tahun : 2017
Keputusan :7A
Sekolah : Sekolah (P) Sri Aman, Petaling Jaya,
Walaupun sentiasa sibuk dengan acara nyanyian sepanjang tahun lalu. penyanyi Wani Kayrie ternyata bijak membahagikan tugasan sekolah dan karier selepas dia berjaya mendapat keputusan 7A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
7. Janna Nick

Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: MRSM Pendang, Kedah
Nurul Janna Muner, 21, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah itu memperoleh 6A dan 2B dalam peperiksaan tersebut.
Apa-apa pun all the best untuk korang yang jawab SPM tahun ni okey! Lepas SPM nanti banyak lagi benda yang korang akan jumpa dan belajar untuk jadi seorang manusia yang berjaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
25 Under 25: Gelaran ‘Rapper Berbaju Kurung’ Beri Tekanan Pada BUNGA?

She is bold, confident & definitely funny!
Bunga Isme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani pernah mencuri perhatian dunia setelah muncul dalam artikel The New York Times dan video Bloomberg sebagai seorang penyanyi rap wanita.

Sebagaimana kita tahu, genre rap bukanlah sesuatu yang asing di bumi Malaysia, sering mendapat tempat dihati anak muda, remaja tidak kurang juga golongan kanak-kanak dan orang dewasa. Apa tidaknya, bait-bait lirik yang diturunkan di dalam lagu-lagu rap kebiasaannya memberi kesan yang mendalam terhadap diri penyanyi dan juga pendengar.Betul tak?
Dengan imej yang ‘unik’ sebagai seorang rappers tentunya kita ingin mengenali dengan lebih rapat dengan anak kelahiran Perak ini. REMAJA sempat menjemput Bunga Isme untuk sesi fotografi dan temuramah untuk isu 25 under 25 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
16 Baris
Mula mencipta nama selepas muncul video Youtube bertajuk ’16 Baris’ bersama Joe Flizzow merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan oleh dirinya. Untuk maklumat semua, video Youtube bertajuk ’16 Baris’ bersama Joe Flizzow sehingga kini sudah mencecah dua juta tontonan. Wow!

Selain itu, pencapaian gadis ini di mata antarabangsa juga memberi inspirasi buat generasi muda berhijab diluar sana untuk tampil menyerlahkan bakat terpendam. Membawa imej berbaju kurung dan dilengkapi dengan tudung, ianya sedikit sebanyak dapat membantu penerimaan orang ramai terhadap penyanyi lagu rap wanita yang sebelum ini dimomokkan sebagai genre yang kasar.
Bunga juga kini mula berjinak menceburkan diri dalam bidang lakonan selepas membintangi telefilem Aku, Bunga arahan Kabir Bhatia dan dibintangi bersama Ben Amir dan Naim Daniel.
Trademark Baju Kurung
Menurut Bunga, beliau memang akan mengunakan baju kebanggaan orang melayu terutamanya bagi wanita iaitu baju kurung ketika membuat persembahan kerana itu merupakan trademark beliau. Untuk menjadi penyanyi rap wanita tidak semestinya perlu berkelakuan seperti lelaki dan juga samseng jadi tiada masalah untuk dia memakai baju kebangsaan Malaysia ini.
“Saya memang suka pakai baju kurung yang tradisonal dan lama-lama macam kurung kedah, kurung Pahang”, ujar pelajar UiTM Seremban ini.
Menariknya lagi, Bunga Isme sempat berkongsi punca beliau memilih nama pena ‘Bunga’ sebagai simbol wanita.

Idea Mengarang Puisi
Bunga mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang gemar mengarang puisi. Jadi idea menulis ini selalunya akan datang pada waktu malam dan selalunya saya akan meminta pandangan orang lain untuk mendapatkan idea yang lagi bagus terutamanya kawan baik saya, Amzar Sabri. Walau bagaimanapun, Bunga tidak menafikan bahawa terdapat cabaran yang perlu dihadapinya di musim pandemik ini terutamanya untuk membuat persembahan.
Dua tahun di industri muzik, Bunga bersyukur dan bangga dengan dirinya. Sebelum ini pun saya cari duit sendiri, saya pernah kerja di mall jadi promoter sebab tak nak susahkan ibu bapa dan keluarga.Bunga mengimpikan untuk terus mengembangkan kariernya sehingga ke seluruh dunia dan mempunyai perniagaan sendiri.
Walaubagaimana pun, akhir kata banyak lagi yang perlu dipelajari dalam muzik dan bukan sahaja dalam pembikinan lirik kerana saya pun baru menapak dalam bidang muzik tanahair ini. REMAJA ucapkan all the best dan moga sentiasa success di masa akan datang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow! Mata & Bahu Sakit Tapi 2 Atlet Remaja Ini Masih Menangi Match Di Sukma

Kalau kita sakit mata dan terkehel bahu, dah mengadu nak ambil MC. Tapi tidak mereka berdua ini.
Mereka merupakan 2 atlet dari sukan berbeza, jantina berbeza dan background berbeza. Namun, satu perkara sama yang terpaksa mereka hadapi semalam di acara Sukan Malaysia (SUKMA) adalah mengetepikan kecederaan masing-masing di atas gelanggang.
Mata Cedera Terkena Bulu Tangkis
7 tahun dulu, atlet badminton dari Terengganu iaitu Shahzan Shah Misfahul telah kehilangan sumber penglihatan kanannya partially selepas pesaingnya secara tak sengaja membalas bulu tangkis sehingga terkena matanya itu.

Cuba bayangkan, rasa kecewa pada remaja yang ketika itu baru berusia 14 tahun. Mestilah down. Namun katanya, jurulatihnya menyeru agar tak putus asa semudah itu, lebih-lebih lagi selepas penat lelah dan pengorbanan yang diberikan.
“Saya tak boleh main macam dulu. Sometimes, saya terlepas shot. 9 bulan saya lalui training dan rehab untuk kembali bermain sepeti normal. Everything from the scratch,” katanya mengimbas kembali.
Semalam, Shahzan memulakan pusingan pertama badminton perseorangan di SUKMA Perak dan mengatasi Sim Wee Peng dari Johor dengan skor 21-16, 21-16.
“Of course, saya selalu nak menang. Tapi saya terus bermakn badminton kerana rasa cinta pada sukan ni. Saya pun mendapat ilham dari Lee Chong Wei kerana dia juga mula berjaya setelah usia 21 tahun, seperti usia saya sekarang.”
Angkatan 92kg Untuk Emas
No pain, no gain baby.
Atlet angkat berat Sabah, Elly Cascandra Engelbert telah memecahkan rekod 10 tahun SUKMA dalam acara clean & jerk bawah 53kg semalam.
Atlet berusia 18 tahun ini, bagaimanapun perlu lakukan comeback daripada kecederaan bahu dan belakang badan pada tahun lepas.

“Saya juga pernah terfikir untuk berhenti selepas cedera. Tapi jurulatih dan keluarga terus berikan sokongan. Jadi pingat (emas) ni adalah untuk mereka,” kata Cascandra.
9 bulan perlu diambil untuk kembali ke tahap prestasi yang sama. Nampaknya pengorbanan itu nyata berbaloi!

“Target saya selepas ini adalah Sukan SEA di Filipina pada tahun depan. Dan tentunya pertandingan besar yang lain.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

