Semua peminat Aedy Ashraf sudah tahu akan tahap fitness mantap yang dimiliki oleh pelakon kegemaran mereka itu.
Malah sepanjang usia 20-annya, pemilik nama penuh Mohammad Addy Ashraf Rosmadi ini boleh dikategorikan sebagai di antara selebriti lelaki tempatan yang paling menitik beratkan penjagaan fizikal tubuh badan dan stamina.
Begitupun, hanya beberapa bulan kebelakangan ini, banyak mata mula sedar akan perubahan fizikal Aedy yang dilihat semakin fit dan terbentuk.
Haa, rupa-rupanya Aedy mempunyai alasan mengapa dirinya perlu memastikan fizikal berada pada tahap terbaik.
Kongsi Aedy kepada REMAJA semasa ditemui di sebuah acara di ibu negara, tahun 2022 banyak memakan masa dari sudut persediaan fizikal tubuhnya demi menjayakan watak dalam sebuah filem aksi yang telahpun menamatkan penggambarannya sekitar bulan November-Disember lalu.
Patutlah fit semacam!
“Sebelum menamatkan penggambaran drama Kerana Cinta Itu Ada, saya terlebih dahulu menamatkan satu lagi pengggambaran untuk sebuah filem aksi.
“Banyak masa saya sepanjang tahun 2022 digunakan sebagai tempoh persediaan so that everything looks on point.
“Jujurnya, projek aksi seperti yang amat dekat dengan jiwa saya, cuma hanya sekarang saya baru berpeluang.”
“Saya memang suka aktiviti lasak ini, sejak kecil pun saya sudah lompat-lompat. Panjat-panjat. (Ketawa) Cuma saya tidak pernah mendapat peluang beraksi lasak di hadapan kamera dan tunjukkan keberanian demi kerja.
“Bila dah dapat ‘merasa’; saya sangat teruja, gembira dan tidak sabar untuk orang tonton apa yang saya mampu buat,” katanya yang kini sedang menghiasi skrin televisyen menerusi slot Akasia bersama gandingannya, Nabila Razali.
“Dari segi workout, persediaan saya tidak banyak berbeza. Saya lebih fokuskan pada tahap stamina atau fitness. Contohnya, saya akan pastikan untuk jogging 5 kilometer pada setiap pagi. Pemakanan pun saya jaga. Malah, saya ada bawa sekali dumbell di dalam kereta untuk bersenam sewaktu di set.
“Dari segi babak berlawan dan aksi stun yang 100 peratus saya lakukan sendiri. Mereka ada sediakan pelakon stun tetapi saya lebih rela lakukannya sendiri.
“Saya engganlah spoil babak menarik dalam filem ini untuk korang, cuma apa yang boleh saya kongsikan antaranya adalah saya perlu terjun dari tingkat 12 dan berlari dari McDonald’s di Bukit Bintang sehingga ke Pavilion,” katanya kepada REMAJA.
Fuh! Bukan dekat ya dua lokasi tersebut! Tidak hairanlah ramai tampil memuji fizikal Aedy Ashraf. Kalau korang ingin kelihatan seperti Aedy, kenalah berdisplin selama sebulan setengah. Hehe.. mampu tak?
Mendengarkan penjelasan Aedy ini, tidak sabar rasanya untuk menantikan filem yang masih belum mempunyai tajuk rasmi itu.
Apa yang pasti, selain Aedy Ashraf, filem yang bakal menemui penonton pada suku ketiga tahun 2023 ini turut dibintangi oleh rakan gandingannya dalam drama Projek: Anchor SPM iaitu Daiyan Trisya, Noki K-Clique, Adlin Aman Ramli dan Farah Ali Khan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi, satu kejutan dilakukan oleh saluran Astro Ria & Ria HD pada malam ini.
Acara finale Gegar Vaganza (GV6) musim keenam berakhir sebentar tadi dengan mengumumkan 2 orang juara iaitu Naqiu Bobog dan Hady Mirza. Ini sekaligus melakar sejarah sebagai edisi pertama rancangan nyanyian itu dengan 2 orang juara.
Untuk pengetahuan, finale GV6 diadili seratus peratus oleh pihak juri malam ini iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman sebagai juri jemputan.
Naqiu dan Hady Mirza masing-masing memmbawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu berserta trofi. Ia selepas mereka berdua sama hebat ketika mempersembahkan nyanyian solo dan nyanyian ‘battle’.
Dua buah lagu yang dipersembahkan oleh Naqiu dan Hady Mirza ialah Srikandi Cintaku dan Ha Tepo menerima respon. Lantas, para penonton dan juri tak mampu untuk membuat keputusan.
Jatt berada di tempat ketiga, Nurfafima keempat, One Nation Emcees kelima dan akhirnya, Sham Vidsa berpuas hati di tempat keenam.
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, antara elemen penting yang menjadi perhatian adalah busana yang digayakan oleh ratu sehari. Penampilan yang berseri cantik dipandang menjadi tumpuan dalam majlis yang dianjur secara gemilang.
Semalam, Sweet Qismina yang sudahpun mengikat tali pernikahan bergelar isteri kepada Adam Lee. Dia tampil anggun bak sang puteri dalam persalinan sedondon dengan suaminya itu. Busana yang digayakannya merupakan hasil rekaan daripada pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizman Ruzaini.
Wanita berusia 25 tahun ini memiliki figura tubuh kecil molek, walaupun begitu dia tetap nampak menawan dalam busana ballgown kembang penuh yang dihasilkan daripada kain songket. Menjadikan busana tersebut lebih dramatik, rekaan pada bahagian lengan diberikan efek puff.
Menyerlahkan lagi keanggunan dan juga nilai esksklusif, busana tersebut dihias sarat dengan tatahan jemeki dan juga sulaman mewah. Tidak lengkap jika tidak mengenakan perhiasan kemas, Sweet hanya mengenakan rantai, anting-anting dan juga tiara kecil.
Wajah ratu sehari ini telah ditatarias oleh jurusolek terkenal, Sheila Mohamad manakala rambutnya pula didandan oleh hairstylist terkenal, Ckay Liow.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibu mana yang tidak gembira dapat mendidik anak kesayangan sehingga berjaya dan mampu meraih segulung Ijazah.
Pelakon, pelawak dan juga bekas finalis Dewi Remaja 1990, Didie Alias turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan kejayaan yang diraih anak perempuannya ini di laman Instagram.
Didie Alias bersama anak gadisnya..
Kejayaan anak keempatnya, Dayini Ahza mendapat Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) dan kini menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuatkan artis versatil, Didie Alias lebih bersemangat untuk terus bekerja.
Menerusi kapsyen di laman Instagram (IG) miliknya, Didie telah melahirkan rasa bersyukur dengan kebahagiaan yang telah diberi.
“Muka ibu yang sangat bahagia bila anak menghadiahkan segulung ijazah. Alhamdullillah terima kasih Allah, walaupun badan ni kadang tak mampu lagi nak mengayuh untuk mencari rezeki, kerana diorang jugalah semangat mummy tak pernah luntur mencari rezeki untuk mereka mencapai cita-cita hingga ke menara gading. Tahniah @yodaney_ mengikut jejak kakak dan abang, we are so proud of you.”
A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia) on Oct 7, 2019 at 8:10pm PDT
Rata-rata pengikut Didie memberikan ucapan tahniah kepada Dayini Ahza kerana berjaya mencapai cita-citanya di usia muda.
Selain ucapan tahniah, netizen juga memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Untuk info, Didie pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 1990 bersama rakan seperjuangannya iaitu Jasmin Hamid dan Datin Seri Umie Aida dan Kuza.
Didie Alias di usia muda..
Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan bercerai pada 2002.
Perkahwinan tersebut telah dikurniakan lima cahaya mata, Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.
Dan kini Didie sudah mempunyai cucu pun. Wah nenek vogue la kak Didie ni.
Sumber : Instagram Didie Alias
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!