Dalam pada rakyat Malaysia meraikan kejayaan Harimau Malaya mara ke pusingan final Piala AFF Suzuki 2018 semalam, ada juga yang seakan sinis..
Situasi ‘trolling’ oleh para netizen berlaku sejurus Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuat naik status tahniah di akaun Instagram beliau.
Tidak semena-mena, netizen memperkatakan tentang isu aurat atlet semula. Semuanya gara-gara keputusan penjaring gol pertama Malaysia, Syahmi Safari yang menutup aurat lututnya dalam perlawanan semalam.
Komen seperti, “Gol berkelas dunia datang daripada penjaring #tutupaurat!”berleretan di bahagian komen posting tersebut. Adoi, cuba korang tengok sendiri apa yang ditulis netizen.
Ads
Ads
Dalam sebuah posting yang dimuat naik oleh Syed Saddiq pada 26 November lalu, beliau meminta agar rakyat Malaysia menghormati keputusan peribadi atlet Malaysia yang perlu ‘menonjolkan’ aurat kerana perlu menjalankan tugas sebagai seorang atlet.
Amnya, sukan seperti gimnastik, gimrama, terjun, renang dan angkat berat kata beliau akan terjejas teruk sekiranya atlet secara keseluruhannya perlu mematuhi peraturan wajib menutup aurat. Sebelum ini, kecoh satu Malaysia apabila isu aurat atlet wanita seperti Farah Ann Hadi (gimnastik) dan Nur Dhabitah Sabri (terjun) dipertikaikan kerana mereka beragama Islam.
Ads
“Sesetengah atlet telah menghubungi saya untuk menangani isu ini. Sebagai wakil mereka, saya perlu mempertahankan aset negara yang berjuang demi masa depan sukan kita,” tulis beliau.
Bagi REMAJA, perbincangan khusus di antara beliau bersama kelab dan pemain bola sepak Terengganu perlu diadakan bagi mendapatkan persetujuan semua. Keputusan kerajaan negeri itu ke atas KESEMUA ATLET yang mewakili Terengganu tidak secara langsung berkait dengan atlet negara yang lain.
Namun ya, situasi tersebut akan mendatangkan konflik dalam dunia sukan kita. Persoalan seperti, “Aku tak boleh compete gimnastik sebab pakaian ‘seksi’, tapi kau boleh sebab warga negeri lain.” mungkin sekali boleh tercetus.
Aurat adalah isu sensitif dan ia tidak boleh diselesaikan sekadar sebuah posting di Instagram. Harapnya isu ini boleh diselesaikan secepat mungkin alright.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini keputusan SPM sudah diumumkan. Tahniah pada yang berjaya dan bagi resultnya yang biasa-biasa jangan sedih-sedih. Bukan apa, keputusan hari ini langsung tak mencerminkan masa depan korang.
Remaja sempat menemuramah Prof Dr Bustam Kamri yang merupakan Dekan di Sekolah Sains Sosial, International College of Yayasan Melaka (ICYM).
Beliau sangat berpengalaman luas dalam pendidikan prasekolah, kedoktoran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dari University of Massachusetts. Beliau memegang ijazah The Professional Childcare Qualification (Infant, Todler and Preschool) oleh The Commonwelth of Massachusetts Office of Child Care, USA.
Prof Bustam juga sering diundang untuk membentang kertas kerja, menulis rencana buku-buku berkaitan prasekolah. Dengan segala kepakarannya, beliau merupakan rakyat Malaysia pertama mempunyai kelulusan tertinggi luar negara dalam bidang pengajian awal kanak-kanak.
Sebelum Berjaya, Prof Bustam Kamri pun ambil SPM 2 kali selain STPM 7 kali. Hah tengok, jangan kata kalau korang tak berjaya hari ini korang akan gagal selamanya.
Baca temuramah Remaja bersamanya. Moga kisahnya mampu menjadi inspirasi kepada pelajar SPM pada hari ini.
Prof Dr Bustam Kamri pun ambil SPM 2 kali dan kali kedua pada usianya 32 tahun
Saya difahamkan, Prof antara yang mengambil SPM 2 kali dan STPM 7 kali. Pada usia 32 tahun baru dapat masuk ke universiti. Boleh kongsi bagaimana semangat pentingnya ilmu itu hadir dalam diri Prof dalam usia agak lewat bagi sesetengah orang?
Semangat ingin mencuba apabila melihat kejayaan orang lain dan keinginan menebus kesilapan lalu. Pada masa itu hanya menerusi pendidikan merupakan salah satu cara yang boleh mengubah kehidupan masa depan. Walau bagaimana pun keyakinan diri penting biar pun berkali-kali menduduki peperiksaan. Percaya kejayaan akan diperolehi jika tabah mencuba.
Boleh Prof ceritakan dalam tempoh usia 17 tahun ke 32 tahun itu, apa pekerjaan yang Prof lakukan untuk kelangsungan hidup?
Saya menolong ibu bapa menoreh getah. Apabila berada di kebun getah, saya akan terfikir sampai bilakah akan jadi penoreh? Kemudian saya mengambil keputusan mengikut bapa saudara berniaga kain di pasar pagi di sekitar daerah Temerloh Pahang.
Ingat hendak menjadi peniaga yang Berjaya tapi rupanya mungkin bidang perniagaan tidak sesuai dengan diri saya dan ketika itu saya terfikir dengan akademik sahaja yang boleh mengubah kehidupan.
Saya kemudian lantas mengambil peperiksaan di sekolah persendirian untuk kali ke dua SPM. Saya berjaya mendapat kelulusan pangkat tiga bagi kali kedua itu. Saya kemudian memohon ke maktab perguruan dan diterima. Lepas habis belajar, saya bertugas sebagai guru lulusan SPM dengan bergaji rendah (RM275.00) untuk hidup di Kuala Lumpur begitu mencabar.
Langkah seterusnya saya belajar lagi untuk kelas persendirian dan masa yang sama bekerja untuk mengambil peperiksaan STPM. Masa yang sama, saya buat kerja sampingan, main boneka untuk kanak-kanak di perpustakaan, majlis sambutan hari jadi dan juga pusat membeli belah. Saya juga banyak membuat kerja sukarela di Perpustakaan Kanak-kanak untuk aktiviti bercerita dan melukis pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad.
Prof Dr Bustam merupakan rakyat Malaysia pertama mempunyai kelulusan tertinggi luar negara dalam bidang pengajian awal kanak-kanak.
Bagaimana kalau kita gagal hari ini, bagaimana kita boleh bangkit untuk hari esok?
Saya yakin hadapi kegagalan dengan membuat percubaan tanpa mengenal jemu. Umpamanya kalau saya berputus asa menduduki peperiksaan SPM kali pertama tanpa mencuba kali ke dua, saya tidak mungkin diterima masuk ke maktab perguruan ketika itu. Jika saya berputus asa menduduki peperiksaan STPM keli ke tiga atau ke lima tanpa mencuba hingga kali ke tujuh maka saya tidak akan menjejaki kaki di universiti dan tidak akan jadi seperti hari ini.
Apa pekerjaan awal atau kemahiran yang boleh kita pilih kalau kita gagal dalam SPM?
Gagal SPM tidak semestinya berakhir kerjaya masa depan. Banyak bidang vokesional yang ditawarkan sebagai laluan kerjaya pilihan selain laluan kerjaya menerusi bidang akademik. Semasa memilih anda perlu meneroka perkara yang sesuai dengan kemampuan diri bukan ikut kawan atau minat. Sedangkan keupayaan diri untuk mencapai kecekapan tidak mampu. Akhirnya akan gagal. Ada baiknya kerana menerusi kegagalan itu anda telah meneroka keupayaan diri untuk mencari keserasian keupayan yang ada pada diri.
Kejayaan tak akan dapat digenggam kalau tanpa usaha yang gigih
Bagaimana Prof melihat peluang yang harus dimanfaatkan oleh golongan remaja dalam konteks ekonomi dan keadaan negara pada hari ini?
Selalunya pelajar salah tanggap apabila tidak menyerlah keputusan SPM terus noktah untuk meneruskan pengajian. Banyak laluan kerjaya yang boleh dilakukan. Umpamanya jika kita gagal tanpa sebarang kelulusan mata pelajaran SPM, terus ke bidang vokesional untuk mengambil kemahiran SKM.
Jika kelulusan minima mendapat 3 kredit SPM boleh melanjutkan pengajian di peringkat diploma mengikut yang disyaratkan oleh MQA. Peringatan semasa memilih pengajian perlu dilihat program yang banyak menawarkan peluang kerjaya. Selalunya pelajar terlupa bahawa berjayanya memasuki institusi pengajian sebenarnya belum pasti menjanjikan kerjaya yang diharapkan. Oleh itu cari dan buat penyelidikan program yang keboleh pekerjaan selepas bergraduat permintaannya tinggi.
Kata-kata semangat dari Prof untuk golongan remaja yang sering dilabelkan sebagai bermasalah, isu rempit, lepak dan sebagainya?
Anda sebenarnya ada pontensi pada diri. Perlu berubah dan berani mencuba berkali-kali untuk mencapai kejayaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sungguh menyayat hati bila membaca laporan tentang kematian seorang insan kecil yang baru berusia 9 tahun akibat di dera dengan cukup kejam oleh bapa dan ibu tirinya.
Itulah berita yang menggemparkan tanah air yang berlaku beberapa hari yang lalu. Memetik laporan dari Sinar Harian, mangsa Nur Aina Nabihah ditemui tidak sedarkan diri oleh ayahnya di rumah mereka di Taman Vista Jaya Lukut. Bantuan pernfasan awal diberikan namun Nur Aina tidak memberikan apa-apa respons, lantas ayahnya membawa ke Hospital Tunku Jaafar Seremban.
Selepas beberapa ketika dirawat, Nur Aina meninggal dunia. Hasil pemeriksaan doktor mendapati Nur Aina mengalami beberapa kesan lebam. Lapioran autopsi pula mendapati organ dalamannya juga cedera teruk. Buah pinggangnya rosak, tulang rusuk kanak dan kiri patah manakala ususnya turut terkoyak akibat dipukul dengan objek tumpul.
Allahuakbar…
Pihak berkuasa segera menangkap ayahnya dan hasil selepas itu ibu tirinya. Mangsa dikatakan pernah dipukul dengan sebuah bangku plastik dan juga tali pinggang yang biasa dipakai oleh tentera. Dia juga ditendang dan dipijak hingga terkencing. Tak dapat dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami olehnya. Menapa manusia boleh bertindak kejam sebegitu rupa terhadap darah daging mereka sendiri?
Ada beberapa laporan turut menyatakan jiran mereka (yang enggan dikenali) mendakwa kanak-kanak malang itu kerap mengadu kepada rakan-rakannya tentang penderaan yang dialaminya.
Di sinilah betapa pentingnya peranan masyarakat, terutamanya golongan remaja dan muda untuk lebih proaktif bagi membendung perkara ini agar berulang. Kebanyakan kes dera berlaku secara berulang kerana pelakunya semakin lama semakin tidak ada belas kasihan.
Lama-kelamaan mereka merasakan perbuatan itu tidak mendatangkan rasa bersalah pada mereka dan bila ini berlaku ia cukup menakutkan. Mangsa yang tidak dapat mempertahankan diri; apatah lagi didera oleh orang yang sepatutnya menjadi pelindung mereka tidak berdaya berbuat apa-apa.
Jadi apa yang kamu sebagai seorang remaja boleh lakukan jika mendapati ada rakan-rakan atau jiran yang menjadi mangsa dera?
1. Buat laporan menerusi talian telefon Talian Kasih 15999. ‘SAVE’ nombor ini di dalam telefon pintar kamu untuk kegunaan masa akan datang. Kita tidak tahu bila atau di mana kita akan berdepan situasi ini.
2. Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal kamu. Jika kamu berasa tidak berani, minta bantuan orang tua atau rakan-rakan lain untuk menemani kamu.
3. Cari balai atau pondok polis terdekat dan buat laporan. Pihak polis pasti akan sentiasa terbuka untuk membantu.
4. Hubungi mana-mana pasukan perlindungan kanak-kanak atau pusat aktiviti kanak-kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan.
5. Akhir sekali, kamu juga boleh ruju ke hospital berdekatan. Pihak hospital sentiasa terbuka untuk mendengar apa jua jenias laporan.
Ingatlah jangan mengambil sikap berdiam diri atau tidak mahu mengendahkan hal yang berlaku dalam rumah orang lain. Ini bukan masanya untuk terus terbungkam dalam stigma ‘menjaga tepi kain orang’. Mungkin nyawa yang tidak bersalah boleh diselamatkan jika kita semua lebih proaktif dan mengambil berat akan apa yang berlaku di sekeliling.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melihat kepada situasi politik hari ini, ternyata boleh dikatakan anak muda kurang cakna berkaitan hak mereka khususnya dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui mereka pada masa depan.
Fakta yang perlu diambil serius, dikatakan kira-kira lima juta orang pengundi muda belum mendaftar biarpun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang antaranya had umur mengundi kepada 18 tahun diluluskan.
Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kini pengundi muda menggalas tanggungjawab berat untuk menentukan calon pemimpin masa hadapan pilihan mereka.
Yang Dipertua PAS(YDP) Kawasan Marang itu berkata, cabarannya ialah bagaimana kaedah untuk mendekati anak-anak remaja. Mereka berdepan untuk membuat pemilihan memilih kepimpinan negara.
“Kita bimbang terhadap kelompok yang berfikiran liberal memimpin negara, kelompok yang berfikiran liberal ini tidak seperti kita, yang selalu mengikuti program tarbiyah. Tidak ada cara lain selain mendekati anak muda dengan tarbiyah”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program ‘Amanat Yang DiPertua’ di Dewan Majlis Daerah Marang, dekat sini pada 13 Februari lalu.
Program tersebut turut dihadiri oleh mantan YDP PAS Kawasan itu, Dato Haji Yahaya Ali, Naib YDP PAS Kawasan, Ariffin Deraman dan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang, Cikgu Hassan Awang.
Seterusnya kata beliau lagi, “Menjadi harapan untuk melihat anak muda khususnya di Kawasan Marang dapat memainkan peranan penting dalam DUN masing-masing untuk membentuk sahsiah anak muda”.
Justeru itu, jangan sembang tentang mahu menukar pemimpin kalau daftar pengundi pun malas dilakukan.Fikir-fikir sendiri!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.