Adoi! Netizen ‘Troll’ Baju Batik Menteri Pertahanan Jadi Kuih Muih Dan Manisan

Share

Kreatif betul lah rakyat Malaysia ni!

Sepanjang PKP, MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sering ditunggu-tunggu pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Malaysia.

Bukan sahaja demi mendapatkan info terkini keadaan negara bahkan juga untuk melihat corak baju batik yang digayakan bapa mentua pereka fesyen Jovian Mandagie itu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila, Menteri Pertahanan sendiri memuat naik satu posting di facebook miliknya berkaitan baju batik yang dipakainya setiap hari.

Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh mueh.

Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pulak.

Terima kasih warganet kerana menghiburkan bukan sahaja saya tapi seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau menerusi laman rasmi Facebook milik beliau.

Difahamkan kemeja batik kontemporari berkenaan merupakan koleksi pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie iaitu menantu Ismail Sabri sendiri yang merupakan suami, kepada anak sulungnya iaitu Nina Sabrina.

Malah menerusi Instagram Jovian sendiri ada menyatakan baju batik yang dipakai Ismail Sabri ialah hasil lukisannya sendiri.

Rata-rata warganet akan meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Menerusi sebuah entri di Facebook milik pengguna DakuCing Ku, beberapa foto Ismail Sabri disamakan dengan hidangan popular tempatan.


“Sidang Media selalu dinantikan-nantikan. Suka tengok penampilan Datuk. Nampak muda 10 tahun pakai baju batik warna-warni,” tulis akaun itu.

Apapun, persamaan baju batik Ismail Sabri dengan juadah pencuci mulut tempatan itu lebih menduga iman terutama di bulan Ramadan ini.

IKLAN