Personaliti media sosial popular, Adira Salahudi, berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi ketiganya.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Adira meluahkan perasaan teruja dan syukur atas kelahiran tersebut, selain menyifatkan sebagai pengalaman yang berbeza daripada sebelumnya.
“Assalamualaikum anakku Alora, anak ketiga ini berbeza sangat dari sebelum ini.
“Mamadira (Adira) kalini mengandung sangat relax, tapi last last ada drama juga,” coret Adira.
Ads
Walaupun proses kehamilan kali ini lebih tenang, Adira turut menceritakan bahawa akhirnya dia tetap melalui beberapa drama dalam tempoh tersebut.
Menerusi hantaran yang sama, isteri kepada pempengaruh Ammar Azizan itu turut menzahirkan rasa syukur kerana segala urusannya dipermudahkan, sambil mengucapkan penghargaan buat semua yang telah mendoakan kesejahteraannya.
Ads
“Alhamdulillah syukur dipermudahkan segala, terima kasih yang mendoakan Adira, tak terucap dan tak terbalas.
“Adira doakan Allah tunaikan doa yang baik-baik berbalik pada korang juga,” tambahnya dalam kapsyen.
Ads
Perkongsian itu turut disertakan dengan tagar #11/11/24, yang menunjukkan tarikh kelahiran anak ketiga mereka tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak terlepas peluang mengucapkan tahniah buat pasangan berkenaan. Selain ada juga segelintir netizen yang memuji wad itu yang dilihat sangat estetik dan cantik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Adira Salahudi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh media sosial terkenal, Ameera Khan, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dikatakan memadam semua foto-fotonya bersama kekasih, pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol, di laman Instagram miliknya.
Perkara itu turut dilakukan oleh Jefri Nichol, yang dilihat mengambil langkah sama dengan memadam gambar bersama Ameera dalam akaunnya sendiri. Tindakan serentak kedua-dua figura ini mencetuskan tanda tanya besar di kalangan peminat adakah hubungan cinta lintas negara ini sudah berakhir?
Netizen Perasan Perubahan Drastik Antara Ameera Khan & Jefri Nichol
Ramai pengguna media sosial mula membuat spekulasi selepas mendapati tiada lagi gambar mereka berdua di laman Instagram masing-masing.
“LMK (singkatan nama Ameera) sudah putus dengan Jefri ke? Gambar masing-masing dah padam,” tulis seorang pengguna Threads yang turut mendapat pelbagai respon daripada netizen lain.
Lebih mencurigakan, kedua-dua mereka juga dilihat sudah berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing, seolah-olah mengesahkan bahawa hubungan mereka sedang dilanda badai. Namun, yang menarik perhatian ialah apabila Jefri Nichol masih lagi mengikuti akaun kakak Ameera iaitu Neelofa dan Noor Nabila, menimbulkan persoalan sama ada mereka berpisah secara baik atau sekadar memberi ruang antara satu sama lain.
Pasangan Popular Malaysia–Indonesia Yang Disukai Ramai
Sebelum ini, Ameera Khan dan Jefri Nichol sering menjadi tumpuan ramai bukan sahaja kerana rupa paras menarik, tetapi juga kerana dianggap pasangan ‘it couple’ Malaysia–Indonesia. Kemesraan mereka sering terpancar di Instagram menghadiri acara minggu fesyen luar negara, bercuti bersama, malah Jefri pernah berkunjung ke rumah keluarga Ameera dan kelihatan cukup mesra dengan ibu serta adik-beradik selebriti itu.
Gabungan personaliti Ameera yang bergaya dan karisma Jefri sebagai pelakon menjadikan mereka pasangan idaman ramai remaja. Namun, di sebalik kemanisan yang ditonjolkan, hubungan selebriti sememangnya tidak pernah terlepas daripada perhatian umum.
Bukan Kali Pertama Spekulasi Putus Antara Ameera & Jefri
Ini bukan kali pertama pasangan ini dikaitkan dengan berita perpisahan. Beberapa bulan lalu, Ameera Khan dan Jefri Nichol pernah dikhabarkan putus selepas mereka berhenti berinteraksi di media sosial, namun kemudiannya tampil bersama semula dalam beberapa hantaran romantik.
Disebabkan itu, ramai peminat berpendapat bahawa situasi kali ini mungkin hanya ‘drama kecil’ dalam hubungan mereka, bukan perpisahan mutlak. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Ameera mahupun Jefri bagi menjelaskan perkara sebenar.
Cinta di Era Digital
Fenomena “unfollow” dan “padam gambar bersama” bukanlah perkara asing dalam dunia selebriti masa kini. Dalam era digital, setiap tindakan di media sosial mudah ditafsir sebagai simbol sesuatu termasuk hubungan cinta. Namun, realitinya, setiap pasangan berhak menjaga privasi masing-masing. Memadam gambar tidak semestinya bermaksud perpisahan, sebaliknya mungkin sekadar langkah untuk memberi ruang, menjaga imej, atau fokus pada kehidupan peribadi.
Ameera Khan & Jefri Nichol Perlukan Ruang?
Walaupun belum ada pengesahan rasmi, tindakan Ameera Khan dan Jefri Nichol sudah cukup untuk mencetuskan gelombang perbincangan di kalangan peminat kedua-dua negara. Sama ada benar-benar putus atau hanya berselisih faham, peminat tetap mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Dalam dunia hiburan yang penuh tekanan dan perhatian umum, mungkin sedikit ruang peribadi adalah hal yang mereka perlukan.
Kurang daripada satu jam selepas bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Isnin, pelakon terkenal, Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.
Menurut peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah Amin atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin (34) berkata ia hanya boleh dilaksanakan jika Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin (41) benar-benar melanggar persetujuan perjanjian perceraian.
Jelasnya, ini kerana mahkamah telah merekodkan persetujuan sebagai suatu perintah, yang mana ia tidak didedahkan secara terperinci kepada umum.
“Jika berlaku pelanggaran perjanjian, maka pihak itu didapati tidak menghormati atau gagal mematuhi peruntukan. Mangsa dalam kes sini, boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah dan jika dibenarkan, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan, mengapa seseorang itu tidak patut dipenjara kerana melanggar perintah yang dibuat”
Dalam pada itu, dakwaan keretakan rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin semakin jelas apabila pelakon itu memfailkan perceraian pada 13 September lalu.
Sebelumnya, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam rata-rata peminat teruja apabila satu laporan menyatakan pelakon sensasi Hollywood Johnny Depp bakal kembali dalam dalam Pirates of the Caribbean (POTC) menerusi perjanjian bersama Disney bernilai RM1.3 bilion.
Namun, nampak gayanya korang harus menerima hakikat bahawa perkara itu tidak akan menjadi kenyataan.
Hal ini berikutan Depp rasa dirinya dikhianati oleh Disney. Sementara itu, tawaran itu dilaporkan akan menyaksikan Depp kembali sebagai Captain Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean 6 dan siri Disney+ spin-off mengenai kehidupan awal Captain of the Black Pearl.
“Apa yang boleh diberitahu, produksi sudahpun membuat draf untuk filem mengenai Jack Sparrow ini. Jadi, mereka sangat berharap Depp akan memaafkan dan kembali sebagai watak ikoniknya,” dakwa sumber itu.
Perkembangan baru itu kembali diperkatakan selepas seorang eksekutif Disney yang tidak dinamakan, membayangkan aktor itu bakal memakai topi tricorn Sparrow sekali lagi berikutan kemenangan kes saman fitnahnya.
“Saya benar-benar percaya dengan keputusan membawa Depp sebagai Captain Jack Sparrow semula.
“Terdapat terlalu banyak harta box-office berpotensi untuk watak dicintai dalam Disney,” kata sumber dalam temu bual dengan Majalah People, awal bulan ini.
Terdahulu, sekitar Mei, penerbit sekeul itu, Jerry Bruckheimer bertanya pada Depp mengenai minatnya untuk kembali membintangi projek akan datang.
Depp memberitahu portal The Sunday Times, dia belum bersedia untuk kembali.
“Tidak, buat masa ini. Masa depan masih belum ditentukan,” katanya.
Komen itu dibuat ketika Depp masih dalam kes perbicaraan melawan Heard. Ketika perbicaraan, Depp berkongsi dia tidak berminat untuk kembali menjayakan francais Pirates of the Caribbean.
Sebelum ini, Depp juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan kembali berlakon dalam filem Pirates of the Caribbean, meskipun dibayar dengan sejumlah wang yang banyak.
Aktor berusia 59 tahun itu menghidupkan watak Captain Jack Sparrow dalam lima filem sejak 19 tahun lalu, terakhir menerusi filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales pada 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!