Jenama sukan dan gaya hidup gergasi, adidas kembali melayangkan permohonan maaf kepada kesemua yang terlibat bagi kempen ‘Sukan Olimpik Munich’ mereka yang telah diturunkan setelah ia mendapat respon negatif daripada banyak pihak.
Permohonan maaf oleh adidas itu juga ditujukan sekali lagi kepada wajah kempen tersebut iaitu supermodel, Bella Hadid.
Ini setelah Bella, 28 digugurkan daripada kempen terbaru adidas yang menampilkan rekaan kasut sukan baharu yang diinspirasikan daripada Sukan Olimpik Munich 1972 yang menuai kritikan daripada kumpulan pro-Israel.
Visual kempen terbaru adidas yang menampilkan Bella Hadid.Tragedi kematian 11 orang atlet Israel akibat serangan ganas warga Palestin di Sukan Olimpik Munich 1972
Tidak cukup sekadar namanya digugurkan, Bella juga menjadi antara mangsa tempias negatif akibat penglibatannya.
Bukan sahaja idea rekaan dan kempen tersebut didakwa seakan membuka semula kotak memori terhadap tragedi keganasan yang pernah berlaku di Sukan Olimpik Munich 1972 sehingga mengakibatkan kematian.
Malah, latar belakang Bella yang berdarah kacukan Palestin dari belah bapanya juga dilihat ironik memandangkan tragedi kematian itu menimpa 11 orang atlet warga Israel.
Ads
Justeru, sumber terdekat memberitahu Bella akan mengupah peguam dan mengambil tindakan undang-undang terhadap adidas kerana pegangannya yang menentang keganasan.
Tindakan Bella itu juga lahir daripada rasa kecewa terhadap jenama yang berpangkalan di Jerman itu kerana mereka didakwa tidak mengiktiraf konteks sejarah sebelum mengambil inspirasi daripada edisi Sukan Olimpik tersebut yang menyaksikan pertumpahan darah berlaku.
Ads
Bella Hadid sewaktu majlis pelancaran kempen kasut terbaru adidas di kota New York.
Susulan laporan mengenai tindakan undang-undang yang ingin diambil oleh Bella, adidas sekali lagi menyusulkan permohonan maaf secara terbuka setelah berbuat sedemikian hujung minggu lalu.
“Hubung kait (dengan insiden Sukan Olimpik Munich 1972) ini tidak dirancang sama sekali dan kami memohon maaf sekiranya telah mengakibatkan kekecewaan dan ketegangan dalam kalangan mana-mana komuniti di seluruh dunia.
“Kami telah melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.
“Kami juga memohon maaf kepada rakan perniagaan kami, Bella Hadid, A$AP Nast, Jules Kounde dan lain-lain, atas impak negatif terhadap mereka dan kami sedang menilai semula kempen ini,” catat adidas.
Ads
Sama ada permohonan maaf ini sudah cukup untuk meredakan kekecohan yang tercetus dan membuatkan Bella Hadid menarik semula niatnya untuk menyaman adidas, sama-sama kita nantikan.
Terdahulu, Bella Hadid merupakan antara segelintir selebriti antarabangsa yang lantang menolak keganasan rejim Zionis ke atas masyarakat dan negara Palestin. Biarpun diancam dari pelbagai sudut, Bella dan kakaknya, Gigi Hadid kekal dengan sokongannya terhadap Palestin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di ruangan kapsyen video tersebut, Yun meluahkan rasa sedih kerana kehilangan sahabat baiknya, namun tetap reda dengan ketentuan Illahi.
“Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang Farah untuk kembali kepadaNya. Tak percaya, ayat terakhir awak untuk kami, ‘bye Donny, Nani, Yuni..jumpa lagi, sayang korang.’
“Kami pun sayang kau Farah, tapi Allah lebih sayangkan kau. Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Tunggu kami di sana. Al-Fatihah,” coretnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini dilaporkan ditemui jam 6 petang semalam di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Hari ini, seorang suspek berstatus anggota polis lelaki berusia 26 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Saya rindukan walid, umi dan adik-adik… tapi mereka semua dah tiada.”
Itulah luahan penuh pilu daripada Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, satu-satunya mangsa terselamat dalam tragedi menyayat hati yang mengorbankan enam ahli keluarganya dalam kemalangan di Sungai Korok, Jitra baru-baru ini.
Kini bergelar yatim piatu, Putri Qisya kehilangan ibu, bapa serta empat orang adiknya serentak dalam kejadian tersebut. Diakini tinggal bersama datuk, nenek dan keluarga terdekat di Kampung Bohor Karang.
“Saya selalu tolong umi jaga adik-adik. Sekarang saya kena kuat dan teruskan hidup,” ujarnya.
Untuk rekod, dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, kereta Proton Iswara yang dinaiki keluarga Qisya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam terusan di Sungai Korok.
Keenam-enam mangsa yang terkorban ialah ibu bapanya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan bayi lelaki, Tuah Haydar yang baru berusia enam bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kegigihan seorang murid tahun 6 untuk hadir ke sekolah sejauh enam kilometer dengan berjalan kaki telah meraih perhatian ramai.
Seorang aktivis masyarakat, Abbe Hae berkongsi mengenai kisah kecekalan murid perempuan yang berulang alik ke sekolah setiap hari dengan ditemani oleh bapa tercintanya.
Menurut penerima Anugerah Tokoh Khas Individu Maulidur Rasul WPKL 2024 itu, jarak rumah ke sekolah kanak-kanak itu sejauh tiga kilometer.
Kadang kala, dibantu oleh penduduk kampung di kawasan Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan yang kebetulan terserempak dengan murid itu bersama kakaknya yang turut berjalan kaki ke sekolah menengah.
“Izara berjalan kaki ke sekolah setiap hari dengan ditemani bapanya..Pergi dan balik berjalan kaki dalam lingkungan 6KM.
“Sekolah Izara agak jauh jika dibandingkan dengan sekolah kakaknya. Kakaknya di sekolah menengah dalam tingkatan 2. Jarak sekolah kakaknya hanya 1.5KM dari rumah manakala jarak sekolah Izara pulak 3KM dari rumah,” coretnya.
Tambahnya lagi, Izara dan adik-beradiknya sebelum ini dihantar dengan motosikal tetapi kenderaan terbabit telah rosak dan bapa mereka tidak mampu untuk membaikinya.
Kongsi Abbe Hae, pelajar tersebut dilihat seorang anak yang rajin belajar, malah turut memuji sikap bapanya yang bertanggungjawab walaupun dalam serba kekurangan.
“Izara adalah anak yang rajin belajar. Sampai saja dirumah Izara terus saja buka beg sekolah dan mengulangkaji pelajaran.
“Apa yang menarik perhatian Abbe adalah tanggungjawab si ayah yang sanggup menghantar anaknya berjalan kaki kesekolah agar anaknya tidak tercicir dalam pelajaran. Satu komitmen yang harus diikuti oleh orang lain,” katanya lagi.
Melihat kegigihan murid berkenaan, Abbe berhasrat untuk memberi biasiswa bulanan kepada murid tersebut.
Sementara itu, dia juga akan menanggung kos motosikal bapa Izara dan memintanya untuk dibaiki secepat mungkin agar tidak perlu lagi murid tersebut berjalan kaki ke sekolah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.