Penulis pasti ramai peminat jenama adidas tahu yang Malaysia telahpun membuka cawngan adidas Kids Store pertama seumpamanya di negara kita.
Bertempat di aras satu IOI Putrajaya, adidas Kids Store berkeluasan 885 kaki persegi ini adalah cawangan kedua yang dibuka di rantau ASEAN selepas Thailand.
REMAJA diberikan kesempatan untuk melihat merasai pengalaman berada di stor yang ceria ini. Seperti stor adidas lain, of course kami boleh expect ia akan menempatkan rangkaian produk adidas eksklusif seperti pakaian sukan, jersi, sneakers, rangkaian adidas Lifestyle, beg dan bermacam-macam lagi.
Cuma kami fikir, kali ini ia hanyalah khas untuk saiz kanak-kanak.
Well, we were half way correct.
adidas Kids Store yang menawarkan barangan untuk pelanggan berusia 0 hingga 14 tahun ini sebenarnya juga sesuai untuk remaja yang berbadan petite.
Ads
Pilihan pakaian seperti seluar dan baju trek, leggings, running shorts, jersi dan sweater boleh disarung oleh penulis REMAJA yang berbadan petite. No problem!
Begitu juga dengan pilihan kasut berlari dan sneakers.
Stor ini tawarkan saiz hingga 6UK. Penulis tahu ada di kalangan korang yang selalu berdepan dengan masalah mencari saiz kasut seperti saiz 3 atau 4. Jadi sekarang, korang tak lagi perlu tercari-cari di stor adidas biasa.
Ads
Pergi je ke adidas Kids Store.
Majalah Remaja Julai – September 2019
Menurut adidas, stor untuk kanak-kanak ini akan diperkenalkan lagi di lokasi lain menjelang akhir tahun 2019 dan pada tahun hadapan.
Majlis perkahwinan tertutup tidak asing lagi bagi golongan selebriti.
Penyanyi dan pemuzik, Sia baru-baru ini dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia bersama kekasih, Dan Bernad. Kedua-duanya melangsungkan perkahwinan di Villa Olivetta, Portofino, Itali.
Sia dan Dan Bernad berkahwin selepas dua tahun berpacaran. Sebelum ini, hubungan cinta mereka jarang ditonjolkan di khalayak ramai.
Perkahwinan itu diadakan secara intim dan tertutup dengan hanya dihadiri empat tetamu sahaja. Sungguhpun begitu, suasana romantik tetap terasa dari hiasan dan pakaian yang dipakai oleh pasangan pengantin.
Jika dilihat dari foto yang tersebar, majlis perkahwinan pelantun lagu Chandelier itu kelihatan begitu cantik dan romantik sekali. Dekorasi gazebo yang dihiasi dengan bunga merah jambu dan ungu, lilin yang dinyalakan di atas meja berwarna emas menambah kesan kemesraan dan kemewahan.
Sia memakai gaun renda merah jambu dengan potongan duyung. Busana gaya Eropah klasik ini mempunyai kolar tinggi dengan lengan 3/4 dan aksen butang di bahagian dada.
Untuk info, ini merupakan perkahwinan ini adalah yang kedua buat Sia. Sia sebelum ini pernah berkahwin dengan Erik Anders di Palm Springs, California, Amerika Syarikat pada 2014. Malangnya, perkahwinan itu hanya bertahan dua tahun kerana terpaksa berakhir dengan perceraian.
Kini setelah 12 tahun, pelantun lagu Chandelier ini kembali mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya. Tahniah kami ucapkan buat Sia dan suaminya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa peminat siapalah golongan artis dalam dunia seni hiburan tanah air.
Sudah menjadi lumrah bagi acara anugerah yang memerlukan undian peminat untuk menjadi lubuk memancing perhatian, sokongan dan usaha para peminat bagi memberikan hadiah terindah buat artis kegemaran masing-masing. Pada malam ini di acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, akhirnya kita akan mengetahui populariti siapakah yang paling memuncak dan konsisten sepanjang musim wabak COVID-19 ini.
Disebabkan olehh kekangan pandemik di Malaysia, golongan penghibur tanah air merupakan antara golongan yang paling terkesan disebabkan ketiadaan peluang pekerjaan dan projek baharu sehinggakan ada yang perlu menjadi bidang terjun dan melakukan pekerjaan lain demi meneruskan kehidupan. Begitupun, sebilangan daripada mereka masih terus disokong oleh kelab peminat sendiri biarpun tanpa kehadiran buah tangan baik filem, drama, telemovie dan lagu terbaru.
Dengan kehadiran ramai bintang baharu pada tahun 2020 dan 2021, ABPBH 34 jelas diwarnai gabungan antara artis baharu dan lama. Dengan kuasa media sosial, projek yang menjadi bualan masyarakat malah kisah kontroversi yang melibatkan sesetengah daripada mereka, agak-agak siapakah yang bakal dinobatkan dengan gelaran keramat, Bintang Paling Popular malam ini?
Khabarnya, antara nama-nama yang dicanang mampu memberikan saingan sengit bagi gelran tersebut ialah Siti Nordiana, Haqiem Rusli dan Janna Nick. Tidak dinafikan, mereka bertiga sememangnya disayangi oleh peminat mereka hinggakan berjaya membawa pulang anugerah undian peminat selama beberapa kali selama ini.
Tahun lalu, Haqiem telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular. Adakah bakal pengantin berusia 23 tahun itu akan sekali lagi mengulangi kejayaan pada tahun 2020 hasil undian Qiemilio?
Atau adakah Siti Nordiana bersama kelab peminatnya, Siti Nordiana FC akan merampas gelaran tersebut dan Nana akan membawa pulang trofi tersebut buat kali pertama dalam sejarah pembabitannya dalam dunia seni nyanyian? Masing-masing juga hadir dengan lagu baharu seperti Mimpi dan Angkara yang mencipta fenomena tersendiri.
Usah dilupa kisah sensasi melibatkan Nana dan isu saman-menyaman lima rakannya yang menjadikan nama Nana terus mekar dalam laporan akhbar dan portal hiburan.
Kisah sensasi punya pengaruh yang kuat sebenarnya dalam menentukan relevannya seseorang artis itu. Mungkin ini bakal menjadi katalis kepada kemenangan Janna Nick pada tahun ini setelah namanya tidak lekang daripada menjadi topik perbualan di samping meneruskan kerjaya dengan projek lakonan yang sering mendapat tempat di hati penonton.
Kategori Artis Baharu Popular
Kategori paling dinanti-nantikan pastinya terarah kepada kategori Artis Baharu Lelaki & Wanita Popular. Bukan saja calon-calon dalam kategori ini popular dan menjadi sebutan generasi Y & Z terutamanya di media sosial, kategori ini juga hanya akan hadir sekali dalam hidup mereka sebagai anak seni.
Menerusi projek drama popular seperti Projek: Anchor SPM dan i-Tanggang yang kini hangat disiarkan, juara Hero Remaja 2020 Nadhir Nasar tidak menafikan dirinya ada meletakkan harapan untuk membawa pulang kategori Artis Baharu Lelaki Popular.
Begitu juga dengan rakan seperjuangannya, Meerqeen yang menduduki tempat ketiga dalam Hero Remaja 2020 yang mengakui bahawa trofi ABPBH adalah di antara trofi yang menjadi idamannya sejak zaman kanak-kanak lagi. Namun, laluan mereka berdua tidak mudah apabila dia perlu berdepan dengan serta artis baharu lain yang tidak kurang popular seperti Aliff Iskandar, Dinie Rashid dan Fadh Majid.
Bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular pula, nama kumpulan Dolla disebut-sebut sebagai calon yang akan membawa pulang kemenangan pada malam ini apabila melihat ke arah sokongan padu daripada kelab peminat mereka; i-Dolla selama ini. Empat lagi calon lain ialah Farisha, Aisha Retno, Loca B dan Norreen Iman.
*
Seperti tahun lalu, ABPBH 34 masih akan terus memastikan penganjuran pada malam ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Dari segi pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan jumlah kapasiti enam orang di atas pentas akan dijaga.
Selain itu, individu yang akan berada di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur pada malam ini juga telah diwajibkan menjalani ujian calitan terlebih dahulu dan mendapatkan dua dos lengkap vaksinasi COVID-19.
ABPBH 34 akan diacarakan secara solo oleh Sherry Al-hadad. Manakala, acara karpet merah bermula 8.30 malam ini pula akan menampilkan Sissy Iman bersama Izzue Islam secara langsung di YouTube TV3Malaysia Official.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang Gegar Vaganza musim keempat, Elyana baru-baru ini memuat naik hantaran di laman Instagramnya memohon agar warganet mendoakan urusan radioterapi yang bakal dijalaninya berjalan dengan lancar.
Elyana yang menghidap kanser limfoma peringkat 4 ini sering berkongsi perjalanan rawatannya dan apa yang kami kagumi, Elyana sentiasa mengukir senyuman dan ceria tidak kelihatan seperti orang yang sedang sakit.
Penyanyi berusia 34 tahun ini juga sempat memuat naik video selepas menjalani rawatan radioterapi dengan berkongsi cerita bahawa Dewi Remaja 2009, Neelofa telah memberikannya 10 helai tudung sebagai hadiah buatnya.
Elyana menjelaskan bahawa dia hanya membawa sehelai tudung sahaja ke hospital dan tidak menyangka menerima rezeki pemberian tudung yang dihadiahkan oleh Neelofa itu.
Melalui video tersebut, jelas sekali Elyana sangat gembira serta berterima kasih kepada personaliti itu dan tidak sabar untuk menggayakannya.
Video itu juga mendapat respon daripada Neelofa sendiri yang merasa terharu melihat kekuatan Elyana dalam melawan penyakitnya itu.
“MasyaAllah, saya pula nak nangis tengok video ni. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak,” tulisnya.
Rata-rata warganet meninggalkan komen memberi semangat buat Elyana dan ramai yang kagum dengan kekuatan semangat yang ditunjukkan oleh penyanyi wanita itu.
Kami di Remaja juga ingin mendoakan agar segala urusan rawatan Elyana dipermudahkan. Semoga Elyana cepat sembuh dan sentiasa ceria seperti selalu.
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.