Pelakon berpengalaman, Datuk Adi Putra telah mencuri perhatian ramai apabila diangkat sebagai duta International College of Management and Sports.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok miliknya, pelakon naskhah hit Lelaki Itu bersyukur di atas pelantikan berkenaan dan akan menjalankan tugas yang diberi dengan baik.
“Alhamdulillah syukur, terima kasih diucapkan atas perlantikan saya sebagai ICMS Star Ambassador International College of Management and Sports.
“Insya-Allah amanat ini saya laksanakan sebaik mungkin demi masa depan para pelajar,” coretnya ringkas.
Ads
Menerusi perkongsian sama, pelakon filem Mat Kilau itu turut memuat naik foto momen menerima pengiktirafan tersebut dengan memakai jubah graduasi pada Majlis Graduasi ICMS kali ke-12.
Ads
Terdahulu, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced), namun telah menjadi perdebatan ramai apabila kelayakannya dipertikai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya, tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk kita berganjak ke tahun 2022. Seperti biasa, bila masuk bulan baharu pastinya ramai peminat drama Korea menantikan senarai k-drama yang bakal ditayangkan.
Jom kita lihat antara drama-drama Korea yang bakal menghiburkan korang di akhir tahun ini.
1. Our Beloved Summer
Berkisarkan tentang perasaan dua orang bekas kekasih yang saling membenci, namun filem dokumentari yang mereka pernah rakam ketika di sekolah menengah dahulu tiba-tiba menjadi viral. Dan kerana itu mereka secara tidak sengaja muncul di hadapan kamera sekali lagi.
2. Artificial City
Drama ini menceritakan tentang kerakusan dan impian wanita yang berusaha untuk mencapai kedudukan tertinggi negara. Mereka sanggup mengorbankan orang lain demi menguasai segalanya dek kerana perasaan tamak dan gila kuasa.
3. Bad and Crazy
Dilakonkan oleh dua hero hebat Korea Selatan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon, drama ini mengisahkan tentang Ryu Soo Yeol (Lee Dong Wook) yang memegang watak sebagai lelaki jahat tetapi berkebolehan, manakala Wi Ha Joon sebagai lelaki gila, K yang sangat mementingkan keadilan.
4. Bulgasal: Immortal Souls
Dan Hwal merupakan seorang bulgasal, iaitu makhluk mitos yang tidak boleh mati atau tua, pernah menjadi manusia pada abad yang lalu. Min Sang Woon, pula seorang wanita yang banyak kali sudah dijelmakan semula selepas melarikan diri dari bulgasal tetapi masih mengingati kehidupan lampaunya.
5. Snowdrop
Kisah cinta antara Su Ho, seorang pelajar di universiti berprestij bergegas ke sebuah universiti seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah. Young Ro lakonan Jisoo Blackpink, pelajar universiti wanita tersebut yang menemuinya dan membantu memyembunyikan serta menjaganya walaupun berdepan dengan bahaya di bawah pengawasan rapi.
6. When Flowers Bloom, I Think of the Moon
Menceritakan tentang kisah cinta Kang Ro Seo, seorang bangsawan yang mula membuat alkohol secara haram untuk menyara keluarganya, dan inspektor Nam Young pula terkenal kerana menjalani kehidupan yang sangat berprinsip.
7. The Silent Sea
Drama ini berlatarkan era pasca apokaliptik iaitu bumi pada tahun 2075 yang telah terbiar dan sumber semula jadinya menjadi kering. Sebuah pasukan khas ditugaskan dengan misi rahsia di stesen penyelidikan terbiar di bulan dikenali sebagai ‘The Silent Sea’.
8. Tracer
Drama ini mengisahkan tentang isu yang sering berlaku di pejabat perkhidmatan cukai. Beberapa isu akan dikupas melalui siri ini, termasuklah kes rasuah, pengubahan wang haram dan lain-lain.
Drama mana yang paling tak sabar korang nak tunggu? Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semalam seorang gitaris professional, Wan Radzie Wan Othman yang lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen telah pun meninggal dunia kerana dipercayai akibat terkena renjatan elektrik berpunca daripada alat pemanas air.
Laporan mengatakan Eddy membantu kakaknya yang terkena renjatan ketika memandikan anaknya dan pada ketika itu, Eddy datang untuk membantu. Namun, kedua-dua mereka meninggal dunia, tetapi anak saudaranya selamat dan dibawa ke hospital.
Menerusi sebuah perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ejan Infection yang juga merupakan juru elektrik, dia turut menjelaskan bahawa bahayanya jika mandi menggunakan shower heater.
Berkongsi pengalamannya, Ejan menjelaskan bahawa dia hanya menggunakan shower heater jika di pagi hari berlaku hujan lebat. Kalau cuaca okay, biasanya dia akan switch off dan mandi seperti biasa. Sebagai seorang juru elektrik, dia mengakui bahawa betapa bahayanya barangan elektrik tersebut.
Ejan turut memberikan tip sekiranya korang mahu menggunakan shower heater, pastikan test terlebih dahulu button tersebut. Buka air dahulu dan tekan button tersebut, lihat sama ada berlaku trip atau off itu dikira selamat untuk digunakan. Jika berlaku litar pintas, dia akan off sendiri atau bila ada renjatan elektrik, tanda-tanda awal terus tekan button itu segera. Ia merupakan button emergency.
Diingatkan lagi, jangan sesekali membeli membeli barangan elektrik yang tidak ada SIRIM, terutamanya yang membuat pembelian secara online seperti membeli di shopee atau mana-mana barangan dari China. Pilih yang ada warranty, kalau rosak pihak mereka akan ganti.
Apa-apa pun, selepas ini sekiranya korang mahu menggunakan shower heater ini, berhati-hatilah ketika menggunakannya. Kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku lagi.
Golongan pelajar menjadi di antara yang teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19 pada tahun ini.
Bukan sahaja ramai yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan kelas secara online. Bagi yang telah menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti, mereka juga terkesan apabila sesi konvokesyen di seluruh negara tergendala buat masa ini.
Namun, lain pula dengan universiti dari Terengganu ini.
Semalam, nama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menjadi tular apabila satu video simulasi konvokesyen yang dimuat naik telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Video tersebut menunjukkan bagaimana sesi konvokesyen sebenarnya boleh dijalankan dengan menggunakan ‘khidmat’ robot bagi menggantikan pelajar untuk naik ke atas pentas graduasi.
Ini dilihat mirip dengan sesi konvokesyen yang pernah dijalankan di Jepun baru-baru ini di mana robot menjadi pengganti kepada para graduan. Pergh, hebat juga teknologi dari Malaysia bukan!
Namun, di kala ramai yang memuji, ramai juga yang memberikan reaksi negatif terutamanya di kalangan pelajar. Bagi mereka, adalah lebih baik untuk menunda sahaja sesi tersebut kerana mereka ingin merasai sendiri pengalaman sekali seumur hidup itu setelah bersusah payah selama beberapa tahun.
Ada juga yang mendakwa mereka tidak bersedia dengan cara baharu ini dan ingin menyambut kejayaan mereka bersama ibu bapa seperti pada sesi konvokesyen biasa.
Maklum Balas UniSZA
Sebaik menerima respon bertalu-talu, wakil pengurusan universiti menyatakan bahawa video yang tular itu hanyalah satu bentuk simulasi untuk menguji keberkesanan robot tersebut.
“Konsep konvokesyen secara maya (menggunakan robot) ini sedia untuk dilaksanakan SEKIRANYA PERLU. Hakikatnya, Kementerian Pengajian Tinggi telahpun memutuskan tiada majlis konvokesyen yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
“Simulasi ini hanyalah satu inovasi yang boleh dipertimbangkan dan ia hanyalah bukti robot bukan lagi fantasi tetapi boleh dijadikan realiti.”
Menurut UniSZA lagi, penggunaan robot ini boleh digunakan bagi majlis konvokesyen pada tahun hadapan bagi mewakili pelajar antarabangsa yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.
Jadi, mohon bertenang ye gaiss..
Apapun, kita patut berbangga apabila Malaysia juga sudah sampai ke tahap teknologi maju seperti ini. Kita pun boleh!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...