Masalah kebimbangan melampau (anxiety disorder) seringkali menjadi perdebatan hangat. Kebimbangan melampau merujuk kepada situasi seseorang akan terlampau risau dengan perkara remeh sedangkan pada akal fikiran yang waras, hal itu dapat diselesaikan dengan mudah.
Siapa sangka, dalam kita mengagumi dan gembira dengan transformasi bentuk badan terbaru penyanyi Inggeris dan pemenang anugerah Grammy, Adele. Rupanya tersimpan satu rahsia yang ramai orang tidak tahu.
Foto Via Billboard
Tapi sayangnya perubahan Adele tidak disenangi ramai, ada seperti tidak dapat menerima hakikat penyanyi itu sudah kurus dan mahukan Adele yang ‘dulu’.
Melalui laporan Vogue, Adele akhirnya bersuara apa yang terbuku di hati selama ini yang tidak dikongsi kepada orang ramai. Bagaimana dia berjuang dengan anxiety akibat penceraian dengan bekas suami Simon Konecki pada 2019.
Ads
Adele mengatakan bahawa rutin workout membantu dia menghadapi masalah kesihatan mentalnya dengan baik.
“Saya menyedari bahawa ketika saya workout, saya tidak mempunyai anxiety. Ini bukan tentang penurunan berat badan. Saya fikir, sekiranya saya dapat menjadikan badan saya kuat secara fizikal, dan saya dapat merasakannya dan melihatnya, mungkin suatu hari nanti emosi dan fikiran saya juga kuat secara fizikal.
“Orang terkejut kerana saya tidak berkongsi ‘perjalanan’ saya. Mereka terbiasa dengan orang yang mendokumentasikan semuanya di Instagram. Saya melakukannya untuk diri sendiri dan bukan orang lain.
Ads
“Anda tidak perlu berat badan yang berlebihan untuk menjadi individu yang positif, anda boleh berada dalam bentuk dan ukuran apa pun,” jelas Adele.
Khabarnya, Adele telah berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan Sirtfood Diet dan latihan kardio sebanyak tiga kali seminggu. Yang penting Adele makin sihat dan cantik sekarang.
Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sememangnya merupakan salah satu nama pelapis baharu yang mempunyai kelompok peminat dari berbilang kaum dan peringkat umur yang setia menyokongnya sejak awal pembabitan sebagai pelakon.
Dek keikhlasan anak kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini dalam menghargai peminat terutama menerusi hantaran di media sosial, ramai yang selalu menantikan peluang untuk menemuinya di acara berkonsepkan meet and greet.
Nadhir Nasar
Terbaru, Nadhir bakal terlibat dalam acara Hello Miri yang dibawakan oleh Astro khas demi para peminatnya di Sarawak. Berlangsung dari 9 Mei hingga 11 Mei minggu ini di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall di Miri; Nadhir dijadualkan menemui korang dan berinteraksi secara lebih personal setelah sekian lama peminat Bumi Kenyalang menantikan momen ini.
Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Hello Miri turut dimeriahkan dengan kemunculan artis-artis lain termasuklah Mierul Aiman, Siti Saleha, Wani Kayrie, Adira, Haneesya Hanee, Firdaus Rahmat, Ayu Damit, Noryn Aziz, Nikki Palikat, Kaka Azraff, Tomok, Isaac Voo, Dinda Dania, Priscilla Abby, Shahrul Kamal dan dua pelakon siri antarabangsa Little Nyonya iaitu Zhang Ze Tong serta Tyler Ten.
Menariknya, peminat Nadhir Nasar yang menggelar diri mereka sebagai Lucky Fighters itu boleh pula menyuarakan ‘demand’ mereka agar Nadhir selepas ini akan mempertimbangkan untuk menjelajah ke daerah lain di Sarawak pula seperti Mukah, Sibu dan Kapit. Tidak kurang juga yang berharap agar Nadhir akan ‘terbang’ ke ibu negeri, Kuching dan ke negara Brunei disebabkan popularitinya dalam kalangan peminat remaja khususnya di dua lokasi tersebut.
Amboi! Hehe… tidak mustahil Nadhir akan merealisasikan impian korang itu. Namun untuk hujung minggu ini, apa kata korang hadirkan diri dulu ke Miri sempena jelajah Hello Miri.
Selain sesi bertemu artis kegemaran korang itu, Hello Miri juga akan melangsungkan Uji Bakat Kilauan Emas 2025 pada 9 Mei dari 10 pagi hingga 10 malam dan Uji Bakat The Chosen One pada 10 dan 11 Mei dari 10 pagi hingga 3 petang.
Pengunjung juga diajak untuk mengunjungi booth Astro selama tiga hari di sana untuk mengetahui promosi terbaru Astro dan bagi memenangi hadiah istimewa daripada mereka.
Selang seminggu kemudian pada 17 Mei 2025 pula, Astro dengan kerjasama TVS akan membawakan Konsert MeleTOP TVS iaitu konsert MeleTOP pertama yang julung kali dianjurkan di luar Semenanjung Malaysia.
Bakal dilangsungkan di Stadium Tertutup Bandaraya Miri, konset ini menggabungkan elemen kebudayaan muzik tradisional Sarawak dengan budaya pop masa kini. Korang tentunya akan teruja untuk menyaksikan persembahan live daripada nama-nama popular termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Mimi Fly, Marsha Milan, DOLLA, Stacy, Hafiz Suip, Floor 88 & Namie, Wani Kayrie, Noki, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong James, Hairee Francis, Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana, Ghaz Zawawi, Cheryl Toh, Fattah Bolh dan ramai lagi!
Selain menghiburkan warga Borneo, Konsert MeleTOP TVS ini juga merupakan salah satu cara Astro menghargai sokongan penonton serta pendengar setia mereka dari Sarawak dan Sabah.
Bagi korang yang tidak berkesempatan ke Stadium Tertutup Bandaraya Miri nanti, jangan risau kerana korang boleh menyaksikannya secara langsung di TVS (saluran 122) pada jam 9 malam dan juga di Astro ONE serta sooka. Manakala siaran ulangannya akan ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada 25 Mei, jam 9 malam.
Penyanyi dan komposer, Sufian Suhaimi menyangkal khabar mengenai hubungannya bersama bekas kekasih, Rania Al-Sadat kini sudah kembali berbaik.
Katanya kepada Remaja, penyanyi lagu popular Menggenggam Bahagia itu menegaskan dia dan wanita tersebut lebih selesa untuk menjalinkan hubungan sebagai sahabat berbanding teman istimewa.
Malah, Sufian juga menjelaskan video tular yang memaparkan dia bersama Rania di sebuah festival makanan juga adalah rakaman lama.
“Itu video lama dan apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini juga masih sama. Cuma kami baik-baik sahaja, tiada sebarang drama.
“Kami lebih baik berkawan dan rasanya kekal seperti itu sehingga sekarang. Kami masih lagi meneruskan komunikasi sekiranya ada keperluan,” katanya ketika ditemui pada sidang media program The Chosen One di Star Boulevard, Kuala Lumpur.
Sementara itu, berdepan beberapa episod gagal dalam percintaan sebelum ini tidak membuat penyanyi lagu Di Matamu itu patah semangat untuk mengenali mana-mana wanita lain.
“Tidak rasa apa yang terjadi sebelum ini sebagai alasan untuk saya ‘give up’. Saya masih mencari rezeki, bukan sahaja wang ringgit tapi juga kawan dan pasangan yang baik. Kalau gagal, saya akan cuba lagi.
“Sekarang ini, saya masih belum berjumpa yang sesuai. Kerja pun banyak. Saya perlu sibukan diri untuk perkara yang boleh beri manfaat kepada orang lain,” ujarnya lagi.
April lalu, Sufian mengesahkan hubungannya dengan Rania sudah berakhir selepas penyanyi itu menghantar rombongan merisik pada Oktober tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas Golden Screen Cinemas dengan kerjasama syarikat teknologi sinema iaitu CJ 4DPLEX berkongsi berita gembira pada minggu lalu tentang pembukaan beberapa pawagam 4DX di Malaysia, semalam kami dapat merasai pengalaman kali pertama di dalam pawagam tersebut sempena tayangan filem Bumblebee.
Bertempat di One Utama Petaling Jaya (1U), 4DX merupakan pawagam kesan khas terbaru yang diperkenalkan GSC and it is like no other.
Kalau korang ada kawan yang sejenis tidur semasa filem ditayangkan, lepas ni korang wajib bawa dia ke 4DX (1U).
Cuba bayangkan kerusi akan bergerak seiring dengan movement pertarungan Bumblebee dan Decepticons di skrin pawagam lalu membuatkan penonton lebih merasai debaran babak tersebut.
Ada juga kesan khas lain yang ‘terjadi’ semasa tayangan semasa seperti kesan percikan air semasa babak pertarungan di dalam air dan rasa sejuk semacam semasa babak terbang di udara.
Selain itu, ada juga kesan khas seperti salji, asap dan lampu strobe yang tiba-tiba muncul, bergantung kepada babak di dalam filem.
Weh, this is something new. Penulis sendiri tidak pernah merasai pengalaman 4D kecuali di taman tema antarabangsa. Pastinya selepas ini ramai yang akan mengerumuni pawagam 4DX ini jika ada tayangan filem superhero atau fantasi.
SebelumSelepas
Dalam pada itu, GSC mengumumkan akan membuka dua buah pawagam 4DX lagi di IOI City Mall Putrajaya dan di Southkey Johor Baru pada tahun hadapan.
Korang cer try okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!