Merupakan adaptasi dari permainan popular PlayStation oleh Naughty Dog, filem Uncharted lakonan Tom Holland, Mark Wahlberg, Antonio Banderas, Sophia Taylor Ali dan Tati Gabrielle bakal menemui penonton di pawagam bermula 17 Februari 2022. Setelah sekian lama akhirnya permainan penggembaraan ini dapat menampilkan watak-watak seperti Nathan, Sully, Sam dan Elena ke layar perak.

Adaptasi Permainan Video Ke Layar Perak, Lakonan Mantap Tom Holland Dalam Uncharted
Foto: Sony Pictures
Adaptasi Permainan Video Ke Layar Perak, Lakonan Mantap Tom Holland Dalam Uncharted
Foto: Sony Pictures

Filem ini menceritakan tentang seorang pemburu harta karun yang bernama Nathan Drake lakonan Tom Holland telah menemui lokasi lagenda El DOrado, bandar emas Amerika Selatan yang terkenal. Dengan bantuan seorang rakan seperjuangan, mereka berusaha untuk membongkar rahsia sambil bertahan di sebuah pulau yang dipenuhi dengan lanun.

Adaptasi Permainan Video Ke Layar Perak, Lakonan Mantap Tom Holland Dalam Uncharted
Foto: Sony Pictures

Dalam perjuangan mencari ‘harta karun’ itu, mereka berdua berada dalam keadaan berbahaya kerana diekori musuh yang turut sama mempunyai niat untuk mencari emas tersembunyi itu.

IKLAN
Adaptasi Permainan Video Ke Layar Perak, Lakonan Mantap Tom Holland Dalam Uncharted
Foto: Sony Pictures

Apa yang menariknya, korang tidak hanya disajikan dengan babak-babak aksi, malah turut diselitkan unur humor yang menghiburkan. Gabungan Tom Holland dan Mark Wahlberg dilihat serasi membawakan watak masing-masing dan ini memberikan kelebihan buat filem ini menjadi lebih menarik untuk ditonton.

Adaptasi Permainan Video Ke Layar Perak, Lakonan Mantap Tom Holland Dalam Uncharted
Foto: Sony Pictures

Apa-apa pun korang kena saksikan sendiri bagaimana garapan yang diadaptasi menerusi filem Uncharted yang bakal ditayangkan di pawagam esok.

IKLAN

Selamat menonton!

**

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=wbbIGGPiHeM

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI