Berita tergempar untuk peminat dunia hiburan Kpop. CEO YG Entertainment, Yang Hyun Suk secara rasminya telah meletakkan jawatan. Berita ini ditulis sendiri oleh CEO itu di laman rasmi YGE:
“Ini adalah Yang Hyun Suk.
Saya memohon maaf kepada peminat YGE dan artis label kami.
Saya juga minta maaf kepada semua pekerja yang tanpa lelah bekerja meskipun mendapat kritikan.
Saya hanya mendiamkan diri dan bersabar dalam apa jua walaupun ia memalukan. Saya akui saya tidak mampu bertahan lagi. Saya tidak sanggup melihat artis label atau peminat terus menghadapi kerugian kerana saya.
Selama 23 tahun, saya menghabiskan hidup saya untuk membina YG.
Menyumbangkan muzik terbaik dan artis terbaik adalah kebahagiaan terbesar buat saya. Saya telah berfikir tentang bagaimana ini adalah satu-satunya perkara yang boleh saya lakukan untuk menyumbang kepada peminat dan masyarakat.
Bagaimanapun, saya akan turun dari semua jawatan dan perniagaan saya di YG bermula hari ini.
Saya sangat berharap tidak ada lagi kemudaratan yang akan datang kepada YG sebagai label atau artis yang saya sayangi dan peminat yang menyayangi mereka kerana saya.
Terdapat lebih banyak mereka yang profesional di YG yang lebih berkebolehan dari saya. Ini akan menjadi peluang yang baik bagi mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka. Ini mungkin satu-satunya harapan untuk menstabilkan YG dengan cepat.
Akhirnya, saya percaya bahawa kebenaran pasti akan terbongkar selepas penyiasatan terhadap semua kes yang melibatkan syarikat ini. fakta semasa dilihat selepas Terima kasih.”
Blackpink Jennie
Antara kes yang menjadi viral sejak awal tahun 2019 ini adalah tersebarnya gambar Blackpink Jennie bercinta dengan EXO Kai.
Awal tahun ini, peminat industri Kpop dikejutkan dengan berita percintaan antara Jennie dan Kai. Meskipun ramai peminat gembira dengan hubungan mereka, ada juga yang menyatakan bahawa berita ini akan membawa “bad luck” kepada syarikat itu. (kepercayaan budaya Korea)
Beralih kepada beberapa bulan selepas itu, industri Kpop dikejutkan lagi dengan berita bekas ahli kumpulan Big Bang Seungri yang terlibat dengan skandal kelab Burning Sun yang turut dikaitkan dengan pemerdagangan orang. Berikutan daripada itu, Seungri keluar dari grup Big Bang dan membatalkan kontrak dengan YG Entertainment.
Tak cukup dengan itu, beberapa tahun yang lalu, YG juga terpalit dengan pelbagai skandal dadah.
Ads
Big Bang TOP & G Dragon
Pada tahun 2017, TOP terpalit dengan skandal dadah jenis ganja yang menggemparkan peminat kpop khususnya VIP. Ketika itu, TOP dalam persiapan untuk menyertai ketenteraan terpaksa menangguhkan kemasukan pada tahun itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan setelah mendapat pengampunan selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, TOP yang mengikuti khidmat ketenteraan pada November tahun lalu hingga Jun ini.
G Dragon yang merupakan leader kepada Big Bang itu juga ditangkap di salah sebuah kelab kerana mengambil ganja ketika konsertnya di Jepun.
YG Entertainment ketika itu menjelaskan bahawa GD tidak menyedarkan diri ketika mengambil dadah dan ia merupakan satu kesilapan. GD bagaimanapun terlepas dari hukuman kerana disahkan hanya mengambil dalam kandungan sedikit.
Ads
2NE1 Park Bom
Park Bom menyeludup 82 pil amphetamine melalui Express Mail Service di lapangan terbang pada tahun 2010, ketika dia masih anggota 2NE1.
Dia yang bercampur dengan jeli ditangkap oleh kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Kes itu bagaimanapun digantung.
Park menjelaskan dia tidak menyangka bahawa amphetamine adalah haram di Korea, dan mengatakan dia menggunakan dadah untuk merawat kemurungan dan Attention-Deficit Disorder (ADHD).
Pada tahun 2016, kontrak Park dengan YG Entertainment ditamatkan tanpa pembaharuan dan kumpulan gadis 2NE1 secara rasminya dibubarkan pada tahun itu.
Mungkin ini antara sebab papa YG meletakkan jawatan sebagai CEO Syarikatnya sendiri. YGE mungkin antara syarikat terkenal menghasilkan kpop idol, namun syarikat tersebut sering menghadapi masalah dengan kes penyalahgunaan dadah.
Apa pendapat korang dengan keputusan YG ni? Ataupun YGE perlu tutup terus?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambutan bulan Ramadan dan hari raya Aidilfitri pada tahun ini dijangka lebih meriah berbanding tahun lalu kerana bazar Ramadan dan Aidilfitri telah pun dibenarkan beroperasi. Namun, para peniaga dan pelanggan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan kerana kita masih belum bebas dengan wabak COVID-19.
Waktu operasi bagi bazar Ramadan adalah dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam dengan syarat untuk jualan dan minuman sahaja, manakala bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam untuk barangan kering sahaja.
• Kawalan oleh DBKL/PBT, RELA dan penganjur
• Tumpuan kepada laluan masuk/keluar/perimeter
• Pembersihan dan nyah kuman perlu dilakukan setiap hari
Tindakan penganjur
• Menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan maklumat susun atur, tanda jarak dan tunjuk arah
• Menentukan kedudukan petak gerai di lokasi perniagaan
• Memastikan pematuhan kawalan penjaga dan pengunjung
• Memastikan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negaran (MKN)
Tindakan DBKL/PBT
• Menentukan kedudukan lokasi (tapak) bazar Ramadan/bazar Aidilfitri
• Memantau pematuhan SOP MKN dan Kesihatan Makanan secara berterusan
• Menutup gerai berkaitan/bazar jika GAGAL patuhi SOP
C. Etika pemakaian pelesen & pembantu/pekerja
• Memakai pas khas yang dibekal oleh penganjut
• Diwajibkan memakai pelitup muka
• Digalakkan memakai face shield
• Digalakkan memakai sarung tangan pakai buang plastik
• Diwajiban memakai apron pakai buang plastik (bazar Ramadan)
Sekurang-kurangnya dapatlah kita semua merasa untuk pergi ke bazar Ramadan pada tahun ini. Namun, jangan ambil mudah dan pastikan setiap SOP dipatuhi dengan sebaiknya.
Berita baik buat si kaki traveller yang sudah tidak sabar untuk ke luar negara, New Zealand (NZ) bakal membuka semula sempadan untuk pelancong asing bermula April ini.
Menurut Perdana Menteri NZ, Jacinda Ardern berkata untuk fasa pertama pembukaan, warga Australia dibenarkan ke New Zealand tanpa perlu menjalani kuarantin mulai 13 April.
Manakala bermula 2 Mei pelancong dari negara dikecualikan visa seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Singapura, dan individu yang memiliki visa pelawat sah boleh dan sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 boleh melancong ke negara itu.
Setelah NZ menutup sempadannya selama dua tahun lalu bagi membendung penularan COVID-19, kini dengan kadar peratusan vaksinasi yang tinggi serta penularan Omicron dilihat semakin terkawal, sempadan negara ini selamat untuk dibuka.
Jelas beliau lagi, New Zealand mampu menyediakan tempat selamat untuk pelancong berkunjung kerana langkah pencegahan COVID-19 dan sistem kesihatan yang baik. Untuk info, New Zealand telah memberikan vaksin kepada 94 peratus penduduknya berumur 12 tahun ke atas.
Wah, nampaknya selepas ini makin banyaklah negara lain yang boleh dikunjungi oleh masyarakat Malaysia. Apa-apa pun stay safe dan tetap jaga SOP okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekali pandang, tentu korang sangkakan gambar-gambar ini diambil di negara Eropah yang mempunyai empat musim. Cantik sungguh pemandangannya.
Percaya tak jika REMAJA kongsikan bahawa pemandangan lapangan terisi bunga-bungan lavender yang cukup cantik ini dirakamkan di Rafha, sebuah kawasan di utara Arab Saudi berhampiran dengan sempadan Iraq.
Ya, tak tipu! Bukannya di negara Barat, bukan juga di Korea atau Jepun tetapi di tanah Arab. Selalunya kita pantas membayangkan Kaabah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan lain-lain tempat bersejarah jika menyentuh tentang rantau tanah suci. Tetapi kini, pemandangan landskapnya juga menjadi salah satu tarikan baharu.
Pemandangan padang pasir Arab kini semerbak mewangi ditumbuhi pokok lavender liar.Foto Via Al-Arabiya News 1,
Ditumbuhi Lavender Liar
Bagaikan hamparan ‘permaidani ungu’, padang pasir Arab kini mewangi ditumbuhi pokok bunga lavender liar yang menutupi gurun yang dahulunya tandus.
Menerusi laporan media di sana, pengunjung dilihat berkongsi foto berlibur di padang pasir Rafha di utara Arab Saudi berhampiran dengan sempadan Iraq sambil dikelilingi bunga-bungaan.
Pemandangan padang pasir Arab kini semerbak mewangi ditumbuhi pokok lavender liar. Foto Via Al-Arabiya News 1,
Hujan Suburkan Tanah
Kewujudan lavender mengembang itu sebenarnya berpunca daripada cuaca hujan yang turun secara lebat pada musim sejuk, pada akhir tahun lalu. Akibatnya hujan berterusan, bahagian barat Arab Saudi telah dilanda banjir dan spesis lavendar ini mulai tumbuh secara mekar.
“Tiada siapa menjangkakan perkara ini berlaku di Arab Saudi. Bau dan pemandangannya menyegarkan jiwa,” kata seorang pesara guru berusia 50 tahun yang ditemui oleh Al-Arabiya News 1.
Seorang lagi pengunjung bernama Nasser al-Karaani, 55 sanggup memandu sejauh 770 kilometer dari ibu kota Riyadh bagi melihat pemandangan tersebut sebelum ia mulai layu.
“Fenomena ini terjadi bagi tempoh 15 hingga 20 hari setahun dan kami datang ke sini khusus untuk menikmatinya. Suasana ini membuatkan saya berasa tenang,” katanya sambil menikmati teh panas dengan rakan-rakan.
Rata-rata warganet teruja dengan fenomena jarang berlaku itu. Begitupun, tidak kurang juga yang bermuhasabah dan risau ia merupakan petanda kecil kepada ketibaan hari kiamat seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW.
“Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak haraj.” Mereka bertanya apakah haraj ya Rasulullah? Jawab baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!