Semoga ia jadi iktibar kepada kita semua. Ingatlah setiap perlakuan baik atau buruk datangnya dari diri kita sendiri kerana sebelum melakukan sesuatu perkara, pilihan di tangan kita. Malah sebagai khalifah dijadikan Allah taala, membezakan kita dengan makhluk lain hanyalah akal fikiran.
Tengah malam tadi, fb Info Roadblock JPJ/POLIS telah melaporkan, seorang penyanyi yang juga merupakan penceramah agama bebas telah ditangkap polis malam tadi atas dakwaan disyaki merogol seorang wanita yang juga kenalannya dalam media sosial di Shah Alam pada tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Sahat berkata, saspek berusia 25 tahun itu ditahan sekitar 11 malam tadi selepas hadir ke Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberi keterangan ekoran laporan polis daripada mangsa rogol pada Rabu lalu.
Katanya saspek didakwa melakukan perbuatan jijik itu di Studio I-Soho, Seksyen 7, Shah Alam dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.
“Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu mangsa perempuan berusia 23 tahun telah keluar dengan saspek yang baru dikenali di laman sosial Instagram dengan menaiki kereta milik saspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.
“Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di kawasan Batu 3, Shah Alam dan selepas makan, mangsa telah dibawa ke rumah saspek di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar dari penyakit kemurungan.
Ads
“Mangsa telah dirogol oleh saspek dan mangsa tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari tempat tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pada keesokan hari, selepas kejadian iaitu 12 September 2019 lalu sekitar jam 6.40 pagi, saspek telah didakwa memberikan amaran kepada mangsa supaya merahsiakan apa yang berlaku dan memberi amaran yang mangsa sentiasa dipantau setiap masa.
Menurut beliau, saspek terus menghantar mangsa ke bawah lobi apartment dan mangsa menaiki Grab untuk pulang ke rumah sewa mangsa di Subang Jaya.
Ads
Bagaimanapun pada 23 September 2019 mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang kerana mengalami tekanan perasaan serta dirujuk ke rawatan psikiatri.
“Pada Oktober 2019, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang serta telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan di wad psikiatri selama lima hari.
“Pihak Hospital Temerloh telah mengatakan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan sehingga laporan polis ini dibuat, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital yang sama.
Ads
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan saspek yang ditahan di lokap IPD Shah Alam akan direman pagi ini untuk membantu siasatan lanjut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jabatan Metrologi Malaysia (MET) mencatatkan 21 kawasan berada pada Tahap 1, iaitu dengan paras berjaga-jaga suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah celsius.
Kawasan yang tersenarai termasuklah Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Mara dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor).
Selain itu, Port Dickson (Negeri Sembilan), Melaka Tengah (Melaka), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur.
Manakala, kawasan Pendang di Kedah berada di Tahap 2 (heatwave) iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah celsius.
Gelombang haba ini dijangkakan berlarutan selama tiga hari berturut-turut dan diharapkan korang kurangkan aktiviti luar jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting.
Ramai yang juga turut berkongsi tahap cuaca panas di tempat mereka.
Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan ketika cuaca panas?
Semua individu berisiko mengalami masalah kesihatan ketika berhadapan dengan cuaca panas. Namun begitu, terdapat kumpulan tertentu yang lebih berisiko dan ini termasuklah:
Individu yang terbabit dengan kegiatan fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain.
Individu dewasa (berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda)
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
Individu yang mempunyai masalah pernafasan dan jantung
Individu penghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid
Risiko akan meningkat sekirannya korang memakai pakaian yang tebal dan ketat kerana ia menghalang panas keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.
So, hati-hati guys!
Tip-tip pencegahan
• Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti korang. Jangan tunggu rasa haus baru nak minum
• Minum minuman isotonik kerana boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
• Hadkan aktiviti luar
• Berehat dengan kerap
• Mandi atau buka kipas angina untuk menyejukkan badan
• Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
• Pakai topi atau payung besar
Paling penting, elakkan minum minuman berkafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi, membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup dan bersenam dalam cuaca panas.
Tidak banyak negara di dunia mengiktiraf kedudukan Israel termasuk Malaysia yang melarang rakyatnya dari pergi ke penempatan tersebut. Ditambah sikap Israel yang menindas Palestin dan rakyatnya, dunia juga memandang perlakuan tersebut sebagai pelanggaran hak asasi yang sukar diterima.
Terkini, viral di media sosial tindakan seorang pelajar perubatan dari Lahore, Pakistan mengecam tindakan google yang tidak meletakkan nama Palestin dalam petunjuk arah Google Map. Sebaliknya menggantikan Tel Aviv yang menjadi ibu kota bagi Isreal yang sepatutnya adalah hak milik Palestin.
Dalam satu tweet atas nama Hassan Sheikh @hassan_sheikh4, pelajar perubatan itu mengecam tindakan Google yang membuang nama Palestin.
“Shame on you Google ! How dare you to support Israil and erase #Palestine from Googlemaps!
#FreePalestine”
Ini antara tweetnya yang kemudian mendapat reaksi dari rakan netizen yang turut mengecam tindakan Google tersebut. Malah reaksi dari pengguna turut mempertikaikan dan menyifatkan nama Palestin seolah tidak wujud di peta online baik di Google Maps mahupun Apple Maps sebagaimana disiarkan oleh Arab News dua hari lalu.
Untuk pengetahuan kita semua, empat tahun lalu iaitu 2016, pengguna media sosial pernah mengecam tindakan Google ini yang membuang nama Palestin dari peta penunjuk arah.
Malah seorang jurucakap kepada Google pernah mengeluarkan kenyataan bahawa nama Palestin memang tidak wujud di Google Maps sebaliknya menulis hanya Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
“Namun kami sedang cuba untuk membawa masuk kembali nama Palestin dalam petunjuk arah itu.
Sementara itu seorang pengguna akaun atas nama @emyg24 mengatakan Google memang tidak pernah mencantumkan nama Palestin dalam Google Maps.
“Ini alasan mengapa hal ini sangat penting dilakukan.
Sebelum ini Isreal dikecam kerana terus menceroboh Tebing Barat malah Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berkata akan lebih banyak penempatan untuk warga Isreal akan dibina di Tebing Barat. Tindakan dan ucapannya itu dikecam banyak negara kerana Isreal didakwa melanggar hak asasi kemanusiaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah mencetuskan kontroversi menerusi penyiaran sebuah dokumentari terbitan Al Jazeera, lelaki warga Bangladesh iaitu Md Rayhan Kabir telah dihantar pulang pada 9 malam tadi menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sekaligus, lelaki tersebut telah disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
Bagaimanapun, penghantaran pulang itu dilaksanakan tanpa meletakkan sebarang pendakwaan terhadapnya.
Terdahulu pada bulan lalu, Rayhan telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila dia mendakwa pihak berkuasa tempatan telahpun bertindak tidak adil kepada warga asing menerusi dokumentari berjudul ‘Locked Up In Malaysia Lockdown’.
Ia telah mencemarkan imej negara yang didakwa mendiskriminasi warga asing ketika mengendalikan kes Covid-19.
Sebaik dokumentari itu disiarkan, Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Rayhan untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Namun proses penghantaran tidak semudah yang disangka. Dia hanya dibenarkan untuk pulang selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19.
Selain itu, proses penghantaran juga memerlukan dia menunggu penyediaan tiket penerbangan ke Bangladesh.
Untuk pengetahuan, Rayhan telah menyampaikan permohonan maaf sekiranya kenyataan beliau menerusi dokumentari tersebut menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan.
Namun ternyata, ia sudah terlambat memandangkan kenyataan yang diberikan kepada saluran antarabangsa semega Al-Jazeera telahpun disiarkan untuk tontonan sedunia.