Buat pertama kalinya Indonesia mengadaptasi permainan video ke layar perak dengan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Caitlin Halderman, Jefri Nichol, Marsha Aruan dan Ciccio Manassero.
DreadOut mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang mencari populariti dengan merakam pengembaraan mereka disebuah bangunan terbiar dan memuat naik video di media sosial. Kumpulan remaja ini telah memasuki kawasan terlarang dan tanpa sengaja, seorang daripada mereka telah membaca mantra bahasa sunda kuno yang boleh membuka portal ke alam lain.
Filem ini cuba menonjolkan unsur-unsur yang terdapat seperti dalam permainan video DreadOut, salah satunya adalah dengan kehadiran perempuan berkebaya merah yang dilakonkan oleh Rima Melati Adams. Banyak lagi elemen sama yang berkait dengan game tersebut dan antaranya adalah logo ular yang berbentuk segitiga dan kelibat hantu pocong yang muncul dalam filem ini.
Permulaan cerita sedikit perlahan mungkin kerana watak yang ada agak ramai dan pengarah mahu mengembangkan setiap karakter kumpulan remaja ini. Perlahan-lahan ia membawa penonton menyelusuri pengembaraan mereka ke alam maya.
Ads
Lakonan Linda (Caitlin Halderman), selaku watak utama juga boleh dianggap sebagai ‘hero’ dalam filem ini harus dipuji kerana peranannya dalam filem ini amat besar dan menjadi tunjang utama kepada setiap jalan cerita.
Bukan hanya kisah seram semata-mata, korang juga bakal melihat nilai setia kawan yang ada dalam kumpulan remaja ini. Buktinya, apabila ada kawan yang terperangkap di alam maya, seboleh-bolehnya mereka ingin menyelamatkan kawan-kawan yang lain tanpa ada timbul rasa pentingkan diri sendiri.
Ads
Watak Erik, Jessica, Beni, Dian dan Alex menguatkan lagi plot cerita dengan perbezaan karakter masing-masing. Selain daripada teman sekolah mereka, tak pasal-pasal pak guard bangunan tersebut pun menjadi mangsa.
Unsur humor yang diselitkan juga mampu membuatkan penonton tertawa dengan scene-scene yang agak menghiburkan. Jadi, korang tak hanya rasa takut malah turut terhibur dengan setiap aksi yang dipaparkan dalam filem DreadOut ini.
Ads
Nah, tak perlulah korang nak bercakap soal di mana logiknya filem ini kerana ia memang mengikut sepenuhnya konsep permainan vidieo yang popular di Indonesia.
Ada part yang akan buat korang tutup telinga, tutup mata. So, kalau nak tahu macam mana seramnya filem ini, apa kata korang saksikan sendiri DreadOut yang bakal ditayangkan pada 18 April ini di seluruh pawagam tanah air.
Pssttt, pssttt.. Jangan sampai korang termimpi-mimpi pulak makcik berkebaya merah tu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan calang-calang komitmen yang ditunjukkan pelakon dan ratu cantik, Shweta Sekhon apabila sanggup menurunkan hampir 6 kilogram demi menjayakan watak Dr Malini dalam filem adiwira, Keluang Man.
Wanita yang pernah menggalas gelaran Miss World Malaysia 2016 dan Miss Universe Malaysia 2019 itu akui, peluang ini adalah tiket penting untuk menapak kukuh dalam industri lakonan tempatan.
“Saya perlu melalui sesi uji bakat berkali-kali dan prosesnya tak mudah.
“Apabila ambil saya dan minta turunkan berat badan kerana nak rahang kelihatan, saya turuti kehendak kerana laluan saya bukan mudah untuk jadi Dr Malini,” jelas Shweta.
Sepanjang tempoh tiga bulan persiapan, Shweta benar-benar menjaga pemakanan dengan ketat selain aktif bersenam menerusi rutin gimnasium, yoga dan pilates.
“Dalam tempoh tiga bulan saya berjaya turunkan berat badan sehingga hampir enam kg, malah masih lagi menjaga makan sepanjang penggambaran,” katanya lagi.
Yang menarik, dia bukanlah satu-satunya pelakon yang jaga makan di set. Menurutnya, suasana di set Keluang Man sangat positif dan semua pelakon seakan ‘satu keluarga’ yang saling menjaga disiplin.
“Kami sudah seperti keluarga, semua orang dalam set ini memang jaga makan. Jadi, produksi tak perlu susah-susah sediakan makanan yang banyak,” tambahnya.
Ratu cantik berasal dari Kuala Lumpur itu turut menyatakan keterujaannya beraksi dalam filem Melayu buat pertama kali.
“Saya pernah bintangi beberapa drama, tapi ini kali pertama saya berlakon dalam filem Melayu.
“Saya sangat berharap dapat cipta nama dalam industri filem dan drama Melayu, tapi saya perlu perbaiki penguasaan bahasa Melayu agar dapat diterima,” tuturnya lagi.
Filem arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nas, Datuk Rosyam Nor, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan ramai lagi.
Shweta yang berketurunan Punjabi sebelum ini aktif dalam dunia peragaan dan pernah mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2019 di Atlanta, Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman kanak-kanak merupakan antara momen yang paling diingati oleh setiap individu kerana di waktu itu, banyak kenangan pahit manis yang dilalui sebelum menginjak usia remaja. Antara memori yang ditinggalkan adalah foto-foto kenangan sewaktu kanak-kanak.
Kami pasti semua orang mempunyai simpanan peribadi foto kanak-kanak mereka. Sebelum zaman teknologi canggih seperti hari ini, ada ibu bapa yang sanggup membawa anak-anak mereka ke studio fotografi semata-mata untuk merakamkan foto bersama.
Bukan hanya korang, para selebriti juga tidak ketinggalan memiliki foto kanak-kanak yang diabdikan sebagai kenangan. Mesti korang teringin nak lihat gambar selebriti pujaan korang sewaktu kecil kan?
Berikut kami kongsikan foto-foto selebriti Korea ketika zaman kanak-kanak. Serius memang comel!
Siapa tidak kenal dengan nama Jeremy Scott terutamanya di kalangan penggemar fesyen trend semasa. Dia yang sebelum ini cukup popular dengan rekaan sneakers Adidas kini bakal melakukan satu lagi kolaborasi menarik.
Jeremy yang kini bergelar sebagai Pengarah Kreatif jenama fesyen ikonik dari Itali iaitu MOSCHINO. Dan kali ini kersama istimewa ini menyaksikan mereka bekerjasama dengan H&M, jenama fesyen mampu milik yang menjadi sebuah produk kegemaran global.
Apa yang menarik pengumuman kerjasama ini dilakukan di menerusi laman media Instagram menerusi live call dari supermodel sensasi, Gigi Hadid kepada Jeremy Scoot yang juga merupakan kawan baiknya. Bersama-sama mereka mengumumkan projek kolaborasi koleksi MOSCHINO [tv] H&M.
Pengumuman ini dilakukan di parti MOSCHINO ketika berlangsungnya festival muzik dan seni paling popular di kalangan hipster iaitu Coachella 2018. Ia kini kini sedang berlangsung di California, Amerika Syarikat.
Tayangan yang dipacarkan menerusi projektor digital di festival muzik tersebut telah mengejutkan peminat. Gigi dan Jeremy muncul menggayakan koleksi terbaru MOSCHINO [tv] H&M melakukan pengumuman yang tidak terjangka itu.
Jeremy Scott & Gigi Hadid bersama Penasihat Kreatif H&M, Ann-Sofie Johansson
Dan koleksi yang diramalkan bakal menjadi rebutan dan sold out dalam sekelip mata ini akan mula berada di pasaran pada 8 November hadapan.
“Kami berasa cukup teruja dengan projek ini. Kerjaya saya di dalam fesyen ialah cuba menghubungkan seberapa ramai orang menerusi industri ini. Dan menerusi kolaborasi ini, ia pasti dapat mencapai dan menarik lebih ramai orang kepada fesyen,” jelas Jeremy Scott lagi menerusi video tersebut.
MOSCHINO [tv] H&M merupakan kolaborasi dan kempen radikal inovasi berkonsep TV di mana media tradisional dan media sosial bertembung mencipta pengambil alihan platform dalam dunia digital.
Nantikan koleksi terbaru yang bakal berada di pasaran nanti!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.