Tak sangka pula setelah bergelar puteri raja, kedua-dua pasangan diraja Britain ini masih tak terlepas daripada kena marah.
Berbeza dengan kita yang selalu dimarahi emak, pensyarah dan bos, Kate Middleton dan Meghan Markle yang masing-masing mengahwini Putera William dan Putera Harry dimarahi oleh pihak Istana Kensington atas beberapa sebab.
Jika dulu, ia selalu disebabkan oleh cara berpakaian mereka kerana Kate dan Meghan dikenali sebagai fashion risk takers.
Ads
Namun baru-baru ini, mereka diberikan amaran kerana terlalu banyak khabar angin tidak benar yang tercetus disebabkan perlakuan mereka di publik. Walaupun mereka mungkin melakukannya tanpa niat dan tidak disengajakan, namun ia secara tak langsung akan memberi persepsi negatif terhadap keluarga diraja.
Khabar angin bertukar kepada kecaman haters Kate dan Meghan di media sosial dan ia berlaku terlalu kerap. Ratusan ribu komen negatif diterima sehingga boleh dikategorikan sebagai cyber bullying.
Keadaan ini memaksa Istana Kensington mengawal komen haters Kate dan Meghan dengan cara menurunkan komen dan block profil sang haters serta-merta. Pihak Istana melaporkan masa mereka banyak dihabiskan untuk kerja yang tidak penting ini.
Oleh itu, Istana Kensington berharap agar Kate dan Meghan tidak membuka ruang untuk sebarang jenis kontroversi dalam waktu terdekat.
Macam yang kami katakan tadi, mungkin Kate dan Meghan tidak sengaja.
Ads
Contohnya, baru-baru ini Meghan dilihat menutup pintu kereta sendiri dan dia telah ditegur oleh pihak Istana kerana perbuatan itu dikatakan ‘membahayakan’ keselamatannya.
Alasannya, sekiranya sesuatu berlaku di luar kenderaan, Duchess of Sussex itu tidak akan sempat masuk semula ke dalam kereta untuk menyelamatkan diri.
Hanya sekiranya keadaan aman dan keselamatan terjamin, pegawai kerajaan akan menutup pintu kereta.
Ish, susah juga jadi sebahagian daripada keluarga kerabat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat seluruh dunia menzahirkan keterujaan apabila salah seorang ahli kumpulan popular Korea Selatan, Jennie Blackpink akhirnya mewujudkan akaun TikTok.
Hal itu dapat dilihat pada komen yang ditinggalkan peminat di ruangan balas pada video yang dimuat naik penyanyi lagu SOLO itu di platform popular tersebut.
Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka seakan tidak percaya bahawa penyanyi itu akhirnya muncul di TikTok.
“Omg, Jennie first rose then Lisa now jenni when jiso,” komen seorang peminat.
“Is this Jennie Kim? For Real?” tulis juga peminat yang lain.
“Hello Jennie!” komen pempengaruh terkenal Azfar Heri.
Remaja sempat menjengah akaun berkenaan, Jennie memuat naik video pertamanya pada 19 Jun lalu dan meraih 9.2 juta tanda suka dan 39.5 juta tontonan.
Sementara itu, video kedua yang dikongsikan penyanyi berkenaan adalah pada 20 Jun dan berjaya meraih 1.3 juta tanda suka serta 4.5 juta tontonan.
Setakat ini, akaun yang menggunakan nama @jennierubyjane itu telah memiliki seramai 5.7 juta pengikut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon Hollywood terkenal, Tom Cruise baru-baru ini dilaporkan telah berpindah keluar dari kediaman mewahnya di London susulan kebimbangan terhadap tahap keselamatan yang semakin meruncing di kawasan tersebut.
Memetik laporan The Daily Express, keputusan itu dibuat selepas insiden rompakan ganas yang berlaku berhampiran kediamannya di kawasan eksklusif Knightsbridge, sekaligus mencetuskan kebimbangan serius mengenai keselamatan peribadi aktor popular itu.
Dalam pada itu, menurut laporan yang sama, pelakon berusia 63 tahun berkenaan bertindak meninggalkan kawasan berprestij tersebut susulan kejadian rompakan pada waktu siang di Bucherer Rolex Boutique yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Dalam kejadian berkenaan, sekumpulan geng motosikal dilaporkan menyerbu premis berkenaan dengan menggunakan parang untuk menghalang kakitangan keselamatan sebelum memecahkan kaca kalis pecah menggunakan tukul dan peralatan khas.
Difahamkan, serbuan yang hanya mengambil masa sekitar tiga minit itu menyaksikan kira-kira 20 jam tangan mewah berjaya dilarikan sebelum suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.
Sumber yang dipetik oleh Daily Express berkata, insiden tersebut mengukuhkan kepercayaan Tom Cruise bahawa tahap keselamatan di Knightsbridge semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menerusi laporan sama turut mendakwa kakitangan dilihat mengeluarkan beberapa kotak dari kediaman mewah berkenaan sejurus selepas pemergian mendadak bintang Mission: Impossible itu.
Untuk rekod, kawasan Knightsbridge dan Belgravia sememangnya sering berdepan dengan kes jenayah melibatkan motosikal atau moped, dengan data Polis Metropolitan merekodkan sebanyak 295 jenayah di kedua-dua kawasan itu pada November 2025.
Sumber: Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Mimi Fly, bakal mencipta satu lagi momen membanggakan apabila diumumkan sebagai wakil Malaysia ke ASEAN-Korea Music Festival yang akan berlangsung pada April ini di Araneta Coliseum, Filipina.
Bagi Mimi, peluang ini bukan sekadar satu jemputan biasa, sebaliknya satu penghormatan besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.
“Saya sangat bangga dapat mewakili Malaysia di festival ini. Ini adalah peluang untuk tunjuk bakat kita di pentas serantau dan bawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
“Sekarang saya sibuk memperkemas dan mempersiap diri untuk persembahan itu nanti. Sudah pasti, saya hanya mahu buat yang terbaik,” katanya kepada pemberita.
Menariknya, festival berprestij ini turut menampilkan barisan artis pilihan dari negara ASEAN lain seperti Pamungkas dari Indonesia, Syafiq Abdulah (Brunei), TJ Monterde (Filipina) serta 10CM dari Korea Selatan.
Mimi yang popular menerusi lagu Angkat dan Serumpun dijangka menghangatkan pentas dengan beberapa buah lagu dalam persembahan berdurasi 25 minit.
Lebih menarik, persembahan tersebut akan diserikan dengan sokongan 16 orang penari dari Malaysia dan Filipina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!