Ada Makna Tersirat Pada Setiap Bahagian Baju Melayu. Jom Ambil Tahu!

Share

Tidak kira apa perkara sekalipun di dalam dunia ini, ia semestinya dimulakan dengan langkah pertama.

Dan ia termasuklah dengan baju tradisional orang Melayu yang sangat sinonim dengan perayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Biarpun dibanjiri dengan rekaan baru yang telah banyak diubah suai, namun hakikatnya masih ramai yang berpegang teguh dengan rekaan baju Melayu tradisional.

Sumber: Lela Rentaka

Namun dalam pada kita bangga dengan baju Melayu tradisional ini, pasti ramai yang tidak tahu baju ini sebenarnya mempunyai maksud tersersendiri.

Malah anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada baju mempunyai maksud tersirat. Ini antara maksud di setiap rekaan baju Melayu:

Lima butang baju Melayu melambangkan Rukun Islam

Baju Melayu butang satu melambangkan Tauhid; iaitu bahawa Tuhan itu hanya satu.

Tiga saku baju (poket) melambangkan Akidah, Islam & Ihsan.

Sampin melambangkan penjagaan syahwat, aurat & maruah.

Sumber: Omar Ali

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN