Ada 5 Warna Gelang Bagi Yang Dikuarantin, Lapor Polis Jika Ternampak Individu Ini Di Tempat Umum

Share

Kes COVID-19 di negara kita nampaknya masih belum surut kerana semalam (18 September 2020), kes positif mencatatkan bilangan sebanyak 95, dimana 68 adalah warganegara dan 23 bukan warga negara.

Bagi membendung wabak pandemik ini daripada terus menular, masyarakat Malaysia perlu memainkan peranan dengan menjaga penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka di berada di luar. Selain itu juga, korang juga boleh melaporkan individu dengan gelang kuarantin jika mereka berada di tempat umum.

Gambar hiasan

Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.

Untuk pengetahuan korang, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok dikawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga untuk mendapatkan bekalan makanan. Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat.

Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin ini di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dilakukan bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan COVID-19.

Oleh yang demikian, KKM sangat berterima kasih dengan keprihatinan masyarakat yang mengambil peranan sebagai barisan hadapan di kawasan masing-masing bagi melaporkan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

IKLAN