Terus menerajui sebagai komputer pilihan nombor satu pilihan rakyat Malaysia, Acer mengujakan peminat e-sports dengan melancarkan komputer riba terbarunya khas untuk kaki gaming iaitu Predator Triton 900.
Gimik Predator yang keluar membawa komputer riba yang ditunggu-tunggu oleh kaki gaming ini ternyata mengujakan ketika majlis pelancarannya di Sunway Pyramid.
Predator Triton 900 yang sudah pun memenangi anugerah iF Design dan Computex d&i 2019, ternyata memberikan sisi berbeza bagi kaki gaming. Ini kerana komputer riba ini direka untuk peminat permainan video dan pakar teknologi yang mahukan satu pengalaman bermain yang sungguh memuaskan.
Gimik pelancaran Predator Triton 900 begitu mengujakanHarga boleh tahan dan yang lebih best, korang boleh tukar bentuk komputer riba ini kepada tablet. So bila nak sambar Predator Triton 900 keluaran Acer nie
Bukan saja reka bentuknya unik, namun keupayaan Predator Triton 900 diserlahkan menerusi Ezel Aero Hinge™ yang menggunakan mesin CNC di mana paparan bersaiz 17.3 inci boleh diterbalikkan, dipanjangkan atau diturunkan.
Tidak hanya Predator Triton 900, masa yang sama, Acer turut melancarkan Predator Helios 300 serta Acer Nitro 5 dan Nitro 7 yang menawarkan pengguna dengan pengalaman luar biasa sama ada menerusi paparan Full HD IPS bersaiz 15.6 atau 17.3 inci yang mana ia didatangkan dengan reka bentuk bezel nipis untuk keseronokan maksimum bermain permainan video dan hiburan.
Mesti ramai nak tahu harganyakan?
Bagi kaki gaming, harga bukan ukuran kerana kepuasan lebih penting. Harga bagi Predator Triton 900 ini dijual pada harga RM15,999 di semua penjual Acer sah dan juga stor Acer.
Ads
Apa yang best lagi tentang Predator Triton 900 ?
Didatangkan dalam 4 mod yang berlainan dan boleh membuat pilihan:
Mod Paparan:membolehkan skrin dikongsi dengan rakan-rakan ketika bermain permainan video
Mod Ezel:bermain permainan video pada skrin sentuh
Mod Notebook:tradisi bermain permainan video yang biasa
Mod Stand:menukar Triton 900 menjadi sebuah tablet untuk bermain permainan video atau menggunakan creator tools.
Predator Triton 900 dilengkapi dengan Trackpad di tepi papan kekunci mekanikal, di samping hotkey khas, TURBO key dan PredatorSense™ key turut disertakan bagi membolehkan anda mengakses aplikasi utiliti dengan hanya satu klik. Tambahakan lagi, PredatorSense™ membolehkan anda memantau atau melakukan overclock ke atas komputer riba ini melalui peranti pintar mereka ketika sedang bermain tanpa perlu menghentikan permainan! Apa yang bestnya, ia didatangkan bersama jaminan dua tahun di tapak dan kecurian/ kerosakan.
Memang layan habis game kalau beginikan..Sukan esports kini semakin berkembang dan pelancaran komputer dari Acer memang tepat pada waktunya
Spesifikasi Predator Triton 900:
Ads
Pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-9
Kad grafik NVIDIA® GeForce® RTX 2080 & 8GB GDDR6 VRAM khas
Teknologi Aeroblade™ 3D generasi ke-4
16GB DDR4 RAM (2x 8GB; boleh dinaik taraf kepada 32GB DDR4 RAM 2x16GB) & 1TB (2x 512GB) PCIe NVMe SSD
Predator Helios 300 (2019) – Peranti Permainan Video Kelas Pertengahan
Didatangkan dalam warna biru dan hitam dan jelas kelihatan menarik. Untuk pengetahuan korang, Predator Helios 300 (2019) dilengkapi pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-9 bersama NVIDIA® GeForce® RTX 2060, reka bentuk tampil lebih nipis iaitu 22.9mm, kurang 3.8mm berbanding model tahun 2018.
Predator Helios 300 dilengkapi Teknologi Kipas AeroBlade™ 3D Generasi ke-4, ia mampu mengawal suhu peranti supaya boleh beroperasi dengan stabil dengan keupayaan 45% aliran udara yang lebih baik berbanding kipas biasa, serta 35% lebih senyap. Harganya cuma RM6,199 (Intel® Core™ i7) dan RM5,399 (Intel® Core™ i5).
Ads
Acer Nitro 5 & Nitro 7 (2019)- Peranti berkuasa mampu milik
Siri Nitro juga tampil wajah baharu bagi Nitro 5 dan Nitro 7. Acer Nitro series ini direka dengan mengambil kira kelompok permainan video kasual yang menggunakan komputer riba bagi tujuan hiburan dan bermain permainan video untuk berseronok.
Acer Nitro 5 hadir dengan paparan Full HD IPS bersaiz 15.6 atau 17.3 inci dengan reka bentuk bezel nipis, membolehkan anda menikmati permainan video kegemaran dalam perincian luar biasa. Manakala Nitro 7 direka untuk mereka yang mahukan rekaan dan prestasi terbaik, mempunyai chasis besi kemas serba baharu yang hanya setebal 19.9mm.
Harganya bermula dari RM4899 bagi Acer Nitro 7 dengan paparan 144 Hz dan RM3499 bagi Acer Nitro 5 bersaiz 15.6 inci dan RM4899 bagi paparan 144Hz. Lebih menarik ada hadiah menarik ditawarkan bagi pembelian terbaru ini dan sah sehingga 30 Jun sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini China dan Korea memperkenalkan penggunaan gelang tangan QR yang akan dipakaikan kepada mereka yang berkemungkinan mempunyai gejala COVID-19 dan perlu di kuarantin, kini Sarawak juga dikatakan menggunakan pendekatan yang sama bagi mereka yang menaiki kapal terbang dan mendarat di negeri tersebut.
Menurut perkongsian dari Siti Rohani Ahmat, Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat satu inisiatif dimana mereka memperkenalkan Digital Tracking untuk mana-mana individu yang telah diarahkan menjalani self quarantine di rumah.
Sesiapa yang menaiki kapal terbang dan mendarat di Sarawak akan diberikan tag tersebut dan mereka perlu mengikuti arahan yang telah disertakan bersama Health Alert Card.
Ia direkacipta oleh Sarawak Multimedia Authority yang merupakan antara agensi Kerajaan Sarawak. Gelang tangan digital ini mempunyai dua kategori iaitu kuarantin di rumah dan kuarantin di hospital bagi memudahkan pihak berkuasa Sarawak untuk mengetahui dimanakah keberadaan mereka sepanjang dalam tempoh kuarantin tersebut.
Apa yang perlu mereka buat adalah:
1. Individu perlu menggunakan Tag tersebut selama tempoh kuarantin.
2. Di tag tersebut terdapat barcode untuk mereka scan dan mereka perlu memuatnaik aplikasi yang berkaitan untuk melaporkan keberadaan mereka.
3. GPS perlu diaktifkan semasa log in ke aplikasi tersebut.
4. Individu tersebut dikehendaki melaporkan status setiap hari jam 8.00pagi dan 8.00 malam sehinggalah 14hari.
5. Turut dinyatakan dalam pamplet tersebut hukuman yang akan diberikan jika mereka ingkar dengan arahan tersebut.
6. Tag ini hanya boleh ditanggal dan diserahkan semula ke Pusat Saringan untuk disahkan bebas daripada tempoh kuarantin.
Arahan ini dikeluarkan sebelum pihak kerajaan mengumumkan Pusat Kuarantin yang disediakan untuk mereka yang pulang dari luar negara pada April 2020.
Sarawak juga merupakan negeri pertama di dalam Malaysia yang menggunakan teknologi gelang digital setakat ini.
Walaupun kini kerajaan sudah menempatkan individu-individu yang pulang dari luar negara ke Pusat Kuarantin, namun kami merasakan bahawa inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak ini adalah satu langkah yang terbaik.
Dengan adanya teknologi seperti ini, sesiapa yang perlu dikuarantin tidak boleh melarikan diri atau bergerak bebas sepanjang tempoh 14 hari bagi menjamin keselamatan orang lain.
Walaupun bakal majikan ingin mengambil pekerja yang mahir dan berpengalaman, tapi first impression tu tetap penting. Kalau penampilan resume korang pun tak menarik dan main buat saja, pasti mereka dah tahu korang ni orangnya macam mana.
Jadi, untuk nak senang dan nampak resume lebih berketerampilan serta menyakinkan, korang boleh download apps berikut bagi menyediakan butiran resume yang betul dan lengkap.
Hanya guna smartphone, korang dah boleh menyiapkan resume dengan mudah.
Tak caya? Apa kata korang cari aplikasi ini dan cuba sendiri.
3. Ikut template yang sesuai mengikut kehendak korang
4. Antara contoh-contoh template yang disediakan
Mudah kan? Tak perlulah korang nak blur lagi kalau ada yang baru first time nak buat resume. Guna saja aplikasi ini dan paling best boleh buat melalui smartphone saja.
Sebelum ada yang mungkin terkena kejutan elektrik, pastikan bagi pengguna produk Apple mengghentikan penggunaan plug penyesuai tiga cabang ini dengan seberapa segera jika merasakan plug mengalirkan haba berlebihan.
Dalam satu pengumuman, syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc mengumumkan menarik balik semula plug penyesuai tiga cabangnya yang direka untuk kegunaan di beberapa negara di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom, secara sukarela.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan tindakan itu dibuat susulan daripada enam kejadian kejutan elektrik yang berpunca daripada plug seumpama itu di seluruh dunia.
Semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 antara yang ditarik dan pengguna boleh mendapatkan semula secara percumaPlug traveller adopter Apple turut ditarik kerana dipercayai bermasalah
Ia merangkumi semua plug Mac Apple dan beberapa peranti iOS yang dikeluarkan antara tahun 2003 dan 2010 termasuk plug penyesuai pelancongan dunia Apple.
“Oleh kerana keselamatan pelanggan menjadi keutamaan, Apple meminta semua pelanggannya untuk berhenti menggunakan plug penyesuai berkenaan,” kata syarikat berkenaan.
Tambah Apple, pertukaran plug berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Penarik balikan ini tidak merangkumi penyesuai kuasa USB Apple.
Bagi korang yang ada produk Apple tu dan andainya membeli dalam tahun disenaraikan, cepat-cepatlah menukar ya sebelum terjadinya sebarang tragedi.
Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!