Khamis lalu, penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal BTS, Jin yang telah rasmi menyelesaikan perkhidmatan tentera pada 12 Jun telah melakukan sesi beramah mesra dan juga ‘peluk’ bersama peminat secara siaran langsung.
Semasa siaran itu, vokalis BTS itu sekaligus membuat permohonan maaf atas kontroversi yang melibatkan acara ‘berpeluk’ dengan peminat BTS iaitu ARMY.
“Saya perlu bercakap tentang ‘FESTA 2024’. Saya telah mencadangkan idea yang baik, tetapi ia menerima banyak kritikan. Jadi saya rasa ini adalah peluang untuk saya jelaskannya”
“Acara berpeluk bersama peminat ini telah dirancang dari awal. Oleh kerana saya yang akan mengendalikan FESTA kali ini, saya telah menghubungi pihak penganjur sekitar Oktober dan November tahun lalu tetapi mereka mempunyai rancangan sendiri dan saya tidak perlu melakukan apa-apa lagi”
Jin berkata, “pihak penganjur bertanya sama ada saya mempunyai idea dan saya mencadangkan idea untuk mengadakan acara pelukan secara percuma tetapi ia telah ditolak”.
Ads
Menurut penyanyi Super Tuna itu, dari perspektif agensi, terdapat isu keselamatan untuk melakukan acara pelukan. Jadi Jin meminta mereka untuk mengadakan acara itu di dalam bangunan dan ia hanya khas untuk pemenang-pemenang bertuah yang terpilih dalam kalangan peminat.
Kredit: Tiktok ARMY
“Walaupun syarikat berkata ia agak sukar untuk dilakukan sehari selepas keluar dari perkhidmatan tentera, saya memberitahu mereka bahawa saya ingin memeluk 3,000 orang. Kemudian 1,000 orang,” jelas Jin.
Kim Seokjin atau Jin juga turut meminta maaf kerana selepas perbincangan itu dia kurang memberi perhatian yang secukupnya untuk butir-butir acara.
Ads
“Saya dan syarikat telah merancang acara ini dengan niat baik. Ia jadi begini kerana saya memang mempunyai hasrat untuk berjumpa dan peluk peminat kami seramai mungkin. Saya harap anda dapat menerima ini dengan hati yang terbuka”
“Acara pelukan itu adalah rancangan saya, dan saya rasa ahli-ahli lain tidak akan melakukannya. Saya melakukannya kerana saya ingin, dan saya berharap situasi ini tidak akan menular kepada ahli-ahli lain. Saya tidak mahu orang berkata, ‘Jin melakukannya, kenapa mereka tidak melakukannya’”
Ads
Dalam pada itu, Jin juga menjelaskan bahawa anggota BTS yang lain tidak akan melakukan perkara yang sama (acara pelukan) dan dia berharap agar tiada mana-mana pihak yang mempersoalkan ‘Kenapa Jin sahaja yang ada acara peluk tetapi yang lain tidak?’.
Mengikut laporan, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024. Terbaru, ahli termuda BTS, Jung Kook telah melancarkan sebuah single “Never Let Go” istimewa disampaikan untuk ARMY sempena BTS FESTA 2024.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi remaja Naim Daniel sebelum ini pernah berkongsi teaser nyanyian semula lagu ‘berhantu’ My All daripada penyanyi tersohor Mariah Carey dengan lirik bahasa Melayu yang dihasilkannya sendiri.
Pada 1 Mei lalu, Naim telah melancarkan versi penuh lagu yang diberi judul Malam di laman YouTubenya. Lagu tersebut turut menggandingkan penyanyi lelaki, Firdaus Rahmat yang juga merupakan penerbit bagi lagu rakaman semula ini.
Rata-rata pendengar memuji nyanyian semula Naim Daniel dan Firdaus Rahmat dan menyifatkan bahawa liriknya sangat deep menyentuh jiwa.
Sebelum ini, penyanyi popular negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Liza Hanim dan juga Siti Sarah turut pernah menyanyikan lagu My All dalam bahasa Melayu di sebuah persembahan pentas kira-kira 15 tahun lalu.
Apa-apa pun kedua-dua versi bahasa Melayu lagu My All ini memang mantap. Masing-masing menyanyikan dengan style mereka tersendiri.
Tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam suasana negara yang dihambat kekangan perjalanan ke luar negara dek pandemic Covid-19, membuatkan kita semakin menghargai lokasi-lokasi menarik pelancongan di dalam negara.
Merupakan sebuah hotel yang berkonsep rumah inap dan kafe, Padi Box ini direka dan dibina dari kontena barang dan terletak di kawasan sawah padi yang popular di daerah Sekinchan, Selangor.
Menarik tentang Padi Box ini, rekaannya yang moden disulam dengan serlahan dinding yang dicat dengan konsep berwarna-warni menjadikan ia nampak gah dalam kehijauan sawah padi. Semestinya lokasi ini sesuai untuk mereka yang mahukan kedamaian dan juga melakukan siri ‘ootd’.
Selain kecantikan alam semula jadi, Padi Box ini menawarkan katil yang selesa bersama bilik air peribadi untuk mereka yang menginap di sini. Selain itu kemudahan televisyen dan wifi juga disediakan.
Sumber & Gambar: via twitter @TourismMalaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu ujian personaliti telah dibuat berdasarkan gaya tidur seseorang individu. Enam posisi tidur yang kerap kali dilakukan diambil sebagai salah satu bahan uji kaji selidik. Berikut merupakan hasil ujian yang telah dijalankan. Jom semak sama ada betul atau tidak personaliti ini berdasarkan gaya tidur kamu.
Jika kamu tidak boleh tidur tanpa membengkokkan sedikit bahagian kaki dalam keadaan mengiring, maka kamu adalah seorang yang tenang dan boleh dipercayai. Tidak ada perkara yang bisa membuatkan kamu mudah terasa dan kamu seorang yang berani menghadapi masa hadapan. Walaupun dihimpit dengan masalah, kamu tetap boleh melemparkan senyuman dan menyesuaikan diri.
Kamu yang gemarkan tidur secara posisi seperti janin adalah seorang yang inginkan perlindungan, mudah memahami dan penuh dengan sifat simpati. Dengan tidur seperti gaya ini, kamu sedaya upaya ingin memisahkan masalah yang dihadapi daripada dunia realiti. Personaliti kamu juga terdorong ke arah potensi untuk menjadi seorang yang pandai menari dan menulis blog.
Bagi kamu yang tidur meniarap lebih kepada mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Kamu bijak mengambil peluang dan inisiatif untuk memastikan keadaan sekeliling sama ada kehidupan peribadi dan kerjaya menjadi seimbang. Kamu juga seorang yang penuh ketelitian dan tidak suka menangguhkan kerja. Seorang yang tabah dan berpotensi untuk mencapai kejayaan yang besar.
Jika kamu gemar tidur secara terlentang, kamu berkemungkinan besar seorang yang positif dan suka kan kehidupan. Seorang yang inginkan perhatian, kamu juga akan melakukan apa sahaja untuk mencapai sesuatu yang diingini dan mempunyai personaliti yang sangat dominan.
Jika kamu tidur dalam posisi berbaring tegak dengan tangan di sisi, maka kamu seorang yang mudah untuk ditegur. Kamu juga seorang yang tahu apa yang kamu inginkan dan akan berusaha untuk mendapatkannya. Seorang yang tegas dan demanding, kamu selalu inginkan yang terbaik dalam semua perkara.
Bagi kamu gemar tidur sebelah kaki diangkatkan sedikit pada bahagian sisi, kamu cenderung mempunyai personaliti yang tidak menentu dan mudah tertarik pada sesuatu perkara yang mencabar. Mood kamu sering mengelirukan orang di sekeliling kerana kamu seorang yang unpredictable. Biasanya, kamu sukar untuk membuat sesuatu pilihan dan secara keseluruhannya, kamu kehidupan kamu stabil dan bahagia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.