Acara Gaya Raya Bersama GUESS Meriah Dengan Kemunculan 16 Selebriti Hero & Dewi Remaja

Share

Ibarat pertemuan semula setelah sekian lama tidak bersua, 16 orang selebriti kelahiran program pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja sejak tahun 2009/10 baru-baru ini telah memeriahkan acara tertutup GUESS X Remaja : Gaya Raya Bersama Guess.

Bertempat di butik GUESS Pavilion Kuala Lumpur, persalinan segar dari koleksi terbaru yang dibawakan oleh jenama yang berasal dari Amerika Syarikat telahpun digayakan oleh 16 selebriti terbabit mengikut personaliti masing-masing.

Kesemuanya tampil unik dengan teknik layering lantas membuktikan bahawa GUESS merupakan jenama yang semakin berdiversiti dalam menawarkan helaian fesyen dan tidak lagi hanya berpaksikan fabrik denim semata-mata.

Di antara jemputan eksklusif yang berada di sana termasuklah Che Puan Syamim Farid, Ramona Zam Zam, Hafreez Adam, Fify Azmi, Shaza Bae, Farhan Asri, Aween Ismail, Deeba Halil, Azim Yusof, Hariz Hamdan, Tracie Sinidol, Auni Yusri, Thompson Goh, Nina Amin, Alyssa Azmi

dan Dina Allysha.

Bercakap kepada REMAJA pada majlis tertutup itu, finalis Dewi Remaja 2018/19 iaitu Aween Ismail menyifatkan koleksi terbaru yang digayakan olehnya menggambarkan dirinya yang autentik dan selesa untuk dipakai sebagai persalinan harian.

Aween Ismail

“Aween jarang ada baju berwarna hijau gelap, jadi tak salah mencubanya. Kemudian Aween padankan pula dengan kemeja putih dan seluar denim ‘koyak’ macam ini. Gaya sebegini memang jiwa saya.”

“Pertemuan dengan beberapa batch Dewi Remaja & Hero Remaja hari ini memang mengujakan. Terubatlah rindu sedikit,” ujar pelakon Mael Totey: The Movie itu. 

(Dari Kiri): Alyssa Azmi, Aween Ismail, Tracie Sinidol, Auni Yusri dan Nina Amin.

Bagi pelakon drama Isteri Halal iaitu Hariz Hamdan pula, dia memilih gaya ringkas jaket bomber bersama baju T dan seluar denim adalah kerana dia kini lebih gemarkan sesuatu yang longgar ataupun stail baggy.

Hariz Hamdan

“Kebiasaannya saya perlu memakai sesuatu yang lebih matang dan mengikut potongan badan bersesuaian dengan watak yang saya lakonkan.

“Tetapi hari ini, saya dapat ke arah vibe yang lebih muda. Kadang-kadang orang terlupa saya baru berusia 21 tahun kerana wajah saya yang sedikit matang. (Ketawa). Oleh itu, saya sukakan gaya ini kerana barulah sesuai dengan peringkat umur,” kata finalis Hero Remaja 2020 itu.

(Dari Kiri): Hariz Hamdan, Azim Yusof dan Thompson Goh.

Haa, teringin juga nak lihat gaya bagaimana yang dipilih oleh 14 lagi orang selebriti secara up close, bukan? Jom!

Che Puan Syamim Farid

Ramona Zam Zam

Hafreez Adam

     Fify Azmi

Shaza Bae

Farhan Asri

Deeba Halil

Azim Yusof

Tracie Sinidol

Auni Yusri

Thompson Goh

Nina Amin

Alyssa Azmi

Dina Allysha

Dalam pada itu, acara GUESS X Remaja : Gaya Raya Bersama Guess tersebut juga menjemput penata gaya popular, Nazrul Anas Zunaidi daripada NazLivingAStyle untuk mempertontonkan demonstrasi penggayaan bagi lelaki dan perempuan menggunakan helaian GUESS terbaru.

Nazrul Anas Zunaidi.
(Dari Kiri): Farhan Asri, Fify Azmi, Auni Yusri dan Hariz Hamdan.

Jemputan kemudiannya menghadiri sesi berbuka puasa bersama GUESS dan Remaja di restoran RasaNya Steamboat yang baru diperkenalkan di Pavilion Elite Kuala Lumpur.

Ihsan Foto: @just.another.production

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai koleksi terbaru daripada GUESS Malaysia ini, anda boleh melayari laman web rasmi GUESS

dan jangan lupa untuk bergaya Hari Raya ini bersama GUESS!

Anda juga boleh mengunjungi stor-stor rasmi yang membawakan koleksi GUESS ini.

GUESS Jeans

GUESS KLCC, GUESS The Gardens, GUESS One Utama, GUESS Queensbay, GUESS Pavilion, GUESS Bukit Tinggi, GUESS IMAGO, GUESS Station 18, GUESS East Coast Mall, GUESS IOI Putrajaya, GUESS Kota Bahru, GUESS Tebrau City & GUESS Sunway Carnival.

GUESS Outlet

GUESS Genting Premium Outlet, GUESS Mitsui, GUESS Johor Premium Outlet & GUESS Penang Design Village.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN