Tiada apa lebih menyedihkan apabila diuji dengan kematian. Walau tiada siapa meminta hal itu terjadi di saat wabak corona virus menyerang dunia dan mengakibatkan lebih 500,000 ribu penduduk dunia dijangkiti, namun apabila berakhir dengan kematian, ia sesuatu yang sangat menyedihkan.
Perkongsian isteri mengenai kata-kata akhir suaminya, Mohd Fairos Saberon yang meninggal akibat COVID-19 semalam pada usia 34 tahun mengundang sebak malah arwah seakan tahu hayatnya tidak lama selepas disahkan positif.
Kata-kata akhirnya, abang minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready (bersedia),” itu pesanan terakhir Inspektor Mohd Fairos Saberon kepada isterinya, Aiza Syafinaz Shahak, 34 benar-benar mengundang sebak.
Allahyarham Mohd Fairos disahkan meninggal dunia semalam selepas positif Covid-19 pada 19 Mac lalu.
Aiza berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada 18 Mac lalu di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat saringan berhubung wabak berkenaan.
Ads
“Namun pada 19 Mac dia ada menghubungi menerusi panggilan video dan berpesan supaya saya menjaga diri kerana dia mungkin perlu dikomakan sebelum melalui proses intubasi.
“Itulah kali terakhir dia menghubungi saya sebelum menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Aiza, suaminya juga mengadu susah untuk bernafas dan keadaan di wad berkenaan panas.
“Saya sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, sebelum ini memang kami ada bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.
Ads
“Tetapi sebelum bercuti dia memang mengalami demam dan sudah membuat pemeriksaan di klinik,” katanya.
Katanya, arwah seorang pegawai polis yang berdedikasi dan sering mengikut arahan pegawai atasan.
“Dia tidak pernah menolak arahan pihak atasan, dia juga pernah beritahu dia ingin mati sebagai negarawan.
Ads
“Hari dia meninggal dunia semalam adalah Hari Polis yang ke-213. Jiwa dia memang sangat mendalam dalam bidang kepolisan,” katanya.
Menurutnya, jenazah arwah suaminya selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang pada 4 pagi tadi.
“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa ahli keluarga terdekat hadir pada proses pengebumian.
“Saya kini masih dalam tempoh kuarantin sehingga 31 Mac ini,” katanya.
Sumber : HARIAN METRO/ Gambar fb : Aiza Syafinaz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk melihat anak-anak mereka berada di atas pentas bagi menerima segulung ijazah. Saat manis itu yang paling dinantikan setelah berbelas tahun berkorban demi memberikan pendidikan terbaik buat si anak.
Namun, lain pula yang berlaku di Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila seorang ibu naik ke pentas mewakili Allahyarhamah anaknya untuk menerima Ijazah Bachelor Sains Komputer.
Foto: UPM
Nuraida Sabrina Shamsul telah meninggal dunia pada Jun 2020 akibat pneumonia dan ibunya, Norliza Abdullah menjadi wakil sewaktu majlis konvokesyen berlangsung. Menurutnya lagi, ijazah yang diterimanya ini adalah satu semangat yang ditinggalkan arwah ketika berusia 24 tahun kepada adik-adiknya.
Menurut ibunya, Nuraida merupakan anak sulung dan dia adalah tulang belakang keluarga selepas kematian ayahnya pada tahun 2019. Allahyarhamah banyak mengambil alih dan menggalas tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya serta menguruskan tinggalan kerja arwah ayahnya yang mempunyai kilang sendiri sambil menjalani praktikal di Murtadha Dakwah Centre, Sungai Petani.
Foto: UPM
Nuraida tidak mengalami sebarang sakit dan kelihatan sihat sebelum meninggal dunia.
“Dia bercakap dan bawa kereta seperti biasa, cuma sebelum hari kejadian pada waktu malam dia nampak macam lain sikit dan tidak boleh bergerak dan keesokan harinya dia meninggal dunia,” jelas ibunya itu.
Pihak UPM turut hadir semasa majlis tahlil dan difahamkan Nuraida adalah seorang pelajar yang amanah dan sangat disenangi pensyarah.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarharmah dan semoga mereka kuat untuk menjalani kehidupan harian selepas pemergian insan tercinta.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas tiga hari Belanjawan 2021 diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz “suara-suara ketidakpuasan hati” rakyat masih berlegar di media sosial khususnya isu berkaitan pengeluaran KWSP dari akaun 1 serta peruntukan besar diperoleh oleh JASA.
Tak hairanlah, satu poll undian sama ada korang semua berpuas hati atau tidak dengan Belanajawan 2021 telah dibuat oleh StrawPoll. Baru sehari undian dibuka, seramai 3739 undian diperoleh dari suara orang ramai.
Mendukacitakan sebanyak 3629 votes (setakat berita ini ditulis) mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan Belanjawan 2021 dan hanya 2.94 peratus votes mewakili seramai 110 votes mengatakan mereka berpuas hati dengan pengumuman belanjawan tersebut.
Ermmm, ini bermakna memang ramai yang tidak berpuas hati dan ia disalurkan melalui votes tersebut.
Masa yang sama, di page Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki kira0kira 20 jam lalu berkongsi lima perkara utama dibangkitkan rakyat mengenai Belanjawan 2021 yang wajar dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen.
Terima kasih atas semua pandangan dan maklum balas yang telah diberikan. Saya telah menyampaikan semua pandangan-pandangan ini dalam Mesyuarat Khas Persiapan Perbahasan Belanjawan Negara 2021 yang dipengerusikan Pengerusi BN kelmarin.
Insya-Allah, Datuk Seri Najib Razak akan menjadi Pembahas pertama mewakili BN pada hari Selasa diikuti Ahli-ahli Parlimen BN yang lain. Secara rumusannya terdapat 5 perkara utama yang dibangkitkan oleh rakyat dan insyaAllah akan terus diperjuangkan oleh BN dalam sesi perbahasan, antara lain:
ISU KWSP Saya telah mencadangkan berpandukan suara rakyat untuk dibenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP maksimum sebanyak RM10,000 dan tidak perlu bersasar kerana ia bersifat sukarela. Implikasi hanya sekitar RM40 bilion iaitu hanya 4% daripada keseluruhan dana semasa KWSP sekitar RM940 bilion.
2. ISU MORATORIUM Perlanjutan tempoh moratorium secara automatik juga antara yang dibangkitkan oleh ramai rakyat yang sedang sengsara akibat Covid-19.
3. FOKUS SAKSAMA KEPADA M40
–Menilai kembali bantuan agar golongan M40 tidak dikesampingkan kerana kesan Covid-19 turut memberi impak besar kepada golongan M40.
4. ISU MAHASISWA
–Lebih kurang 1.3 juta pelajar universiti Awam dan Swasta turut terjejas akibat Covid-19, termasuklah isu kewangan melibatkan rumah sewa, pembelaran atas talian. – Cadangan awal Pemuda UMNO agar diberikan bantuan RM50 sebulan untuk 12 bulan dalam bentuk E-Wallet untuk dimanfaatkan bagi pembelian data telefon bimbit. – Juga cadangan dikembalikan baucar buku, kad siswa khas dan juga cadangan mengembalikan semula program MyBrain15 sebagai salah satu inisiatif pemulihan dan penjanaan semula ekonomi negara pasca Covid-19.
5. Mengkaji semula kesesuaian peruntukan yang terlalu besar untuk mengembalikan JASA pada ketika ini.
Untuk makluman, 2 isu pertama iaitu KWSP dan Moratorium tidak memberikan kesan kepda Belanjawan Negara 2021. Banyak lagi perkara yang akan dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan memfokuskan kepada kehendak dan suara hati rakyat.
Golongan pelajar menjadi di antara yang teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19 pada tahun ini.
Sumber : Facebook Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin
Bukan sahaja ramai yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan kelas secara online. Namun, semalam seramai 3,900 pelajar lama dan baharu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam kalangan B40 menerima bantuan pelan data internet percuma yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr. Hafizan Juahir secara pandu lalu di perkarangan Dewan Al Muktafi Billal Shah.
Sumber : Facebook Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin
Menerusi pelan tersebut, ia memberi manfaat kepada 7,900 pelajar dalam kalangan golongan kurang berkemampuan daripada kumpulan isi rumah pendapatan bawah 40 (B40).
Inisiatif UniSZA untuk meringankan beban pelajar membiayai kos dan mendapatkan perayauan Internet percuma itu disambut oleh pelajar terutama golongan yang tidak berkemampuan ketika mereka turut menghadapi situasi PKPB yang turut dilaksanakan di Terengganu bermula 9 November 2020.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof Dr. Hafizan Juahir berkata, pemberian pelan pascabayar tersebut bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kini sepenuhnya dijalankan secara online.
Katanya, menerusi fasa pertama yang mula diberikan pada 7 November 2020, seramai 3,900 pelajar berkelayakan menerima kad Modul Pengenalan Pelanggan (SIM) data Internet itu dengan sebahagian mengambilnya secara pandu lalu.
Penyerahan data tersebut secara pandu lalu berlangsung di kampus UniSZA, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Katanya, pelajar terbabit akan menerima kad SIM Celcom E-Learning 30 secara percuma selama empat bulan.
Pelan itu menawarkan kelajuan Internet 3G dan 4G/LTE dengan kuota data bulanan sebanyak 10 GB, panggilan suara tanpa had, akses tanpa had ke laman web dan enam aplikasi Microsoft Teams, Zoom Meeting, Skype, Google Meet, Cisco Webex dan YouTube.
Moga pelajar-pelajar ini dapat manfaatkan bantuan ini dengan sebaik mungkin. Harapnya semua IPTA dapat memberikan bantuan sebegini kepada pelajar kan, barulah tak ada masalah kalau nak buat kelas atas talian.
SUMBER : Facebook Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minho SHINee Hyrox Osaka jadi bukti disiplin dan ketahanan luar biasa apabila idola K-Pop ini mencabar diri dalam pertandingan kecergasan berintensiti tinggi.