Abang Burger Dikompaun RM50 Ribu, Caprice Tampil Bantu Dan Buka Tabung Bantuan

Share

Terbaru, Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice, memuat naik video ke laman sosial Instagramnya. Caprice berkongsi sebuah video yang ternyata menunjukkan kemulian hati dan simpati pemuda berusia 33 tahun itu terhadap seorang penjual burger yang dikompaun sebanyak 50k.

Bukan hanya Caprice, rata-rata netizen juga simpati dan terkejut melihat nilai kompaun yang dikenakan terhadap lelaki tersebut. Untuk info, abang burger tersebut ialah Faisal didatangi oleh beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.

Sehubungan itu, pihak polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Rentetan dari itu, Caprice terpanggil membantu nasib peniaga burger yang malang itu, penyanyi rap terkenal Caprice bercadang melancarkan tabung bantuan bagi membantu mengurangkan beban membayar kompaun.

Caprice berkongsi hasratnya itu melalui ‘posting’ di laman Instagram miliknya @capriceofficial.

 

Kita dapat contact abe Faisal, kalau abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund untuk bantu settle kompaun RM50K yang dia kena bayar sebelum 5 Mei,” tulisnya.

Rata-rata warganet meninggalkan komen memuji tindakan caprice  dan kagum terhadap usaha murni yang dilakukan oleh Caprice.

Malah ada juga segelintir meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kompaun dikenakan dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal. Hmm…korang rasa macam mana?

Sumber: Instagram Caprice

IKLAN