Belum pun lagi ditayangkan A Quiet Place 2 di pawagam akibat ditunda kerana wabak pandemik COVID-19, dengar pula ura-ura bahawa pengarah dan penulis Jeff Nichols telah pun dipilih untuk mengarahkan filem ketiga siri A Quiet Place ini.
Berdasarkan idea asal pengarah terdahulu John Kranskinski, filem A Quiet Place 3 ini bakal ditayangkan pada 2022 kerana ingin memberi laluan kepada A Quiet Place Part II yang ditunda tayangannya pada tahun hadapan.
Ads
Sebelum ini, Kranskinski mencadangkan bahawa A Quiet Place Part II memberi fokus kepada mangsa lain tetapi nampaknya ia tidak menjadi kenyataan apabila Emily Blunt masih memegang wataknya sebagai Evelyn Abbott dan filem ketiga siri ini akan menjadi seperti spin-off dan mungkin akan menampilkan kumpulan watak yang berbeza.
Ads
Apa-apa pun kami masih menantikan tayangan A Quiet Place Part II yang dijadualkan akan ditayangkan pada 23 April tahun hadapan. Sudah tentu penonton ingin menyaksikan kesinambungan dimana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Dalam sekuel itu juga dikhabarkan mereka akan meneruskan hidup dengan menggembara ke dunia luar.
Namun, kejutan untuk filem ketiga ini pastinya menguatkan lagi perasaan tidak sabar penonton untuk menantikan tayangannya filem A Quiet Place Part II.
Setiap kali pelakon popular Korea Selatan, Lee Dong Wook muncul dengan naskah baharu, tidak sukar untuknya menarik penonton daripada pelbagai peringkat umur untuk setia menonton setiap episod tanpa gagal.
Hhm, apa agaknya rahsia di sebalik pengaruh Dong Wook ini selain – of course – bakat lakonannya yang digemari ramai?
Kata Dong Wook sewaktu sidang media drama terbarunya, Bad and Crazy yang kini boleh ditonton di platform penstriman iQiyi, setiap watak yang ditawarkan kepadanya haruslah mempunyai keistimewaan tersendiri dan berlainan daripada watak-watak yang pernah dijayakannya.
Lee Dong Wook bersama Wi Ha Jun semasa sidang media Bad and Crazy. Ihsan Foto : iQIYI Malaysia
Sebagai contoh dalam siri Bad and Crazy, ia menceritakan tentang karakter Dong Wook, Ryu Su Yeol yang merupakan detektif dalam misi mereka untuk menentang isu rasuah dalam kalangan ahli polis. Beraksi di samping Wi Ha Joon, pada awalnya Su Yeol hanya fokus pada keinginan materialistik. Namun setelah berdepan beberapa situasi (no spoilers from us!), dia akhirnya berubah menjadi seorang yang lebih berdedikasi terhadap sistem keadilan dan juga peranan keluarga dalam hidupnya.
Menerusi karakter Su Yeol ini, Dong Wook juga harus membawakan sisi ‘split personality’ yang dihadapinya. Kongsinya, “Karakter ini mengawal tingkah lakunya. Walaupun berdepan cabaran, ia akhirnya memudahkan Su Yeol untuk memilih jalan benar.
“Saya enggan memainkan karakter sama, dalam genre yang sama. Bosanlah begitu, Sebab itu saya suka mencabar diri memainkan karakter berbeza setiap masa; sambil mempelajar perkara baru yang membuat saya puas.
“Untuk kekal menjadi ikutan bukan mudah. Tiada rahsia kecuali keikhlasan saya terhadap kerja (sebagai pelakon). Saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Saya bernasib baik kerana penggiat industri dan peminat saya menyukai sisi diri saya itu, ia juga penyebab saya berada di masa saya ada sekarang.”
Lee Dong Wook ingin memberikan yang terbaik dalam setiap projek yang disertainya. Ihsan Foto : iQIYI Malaysia
“Peminat saya sering menggesa saya untuk ‘take things easy’ tapi dengan bekerja keras dan terus-menerus mencabar kemampuan diri inilah yang membuatkan saya gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya dalam sidang media tersebut.
Menerusi Bad and Crazy juga, Dong Wook berdepan banyak babak melibatkannya. Bayangkan sajalah, dia muncul dalam 80 peratus babak pada setiap episod. Ia sekaligus memerlukannya berada di set untuk tempoh paling lama berbanding pelakon dan kru yang ada.
Biarpun perkara tersebut memberikannya cabaran (selain perlu menghafal gerak-geri aksi menembak), Dong Wook tetap profesional atas dasar minat mendalam untuk seni lakonan.
Haa bukan mudah tau untuk berjaya hingga ke tahap Dong Wook. Di sebalik sisi glamor yang selalu dikaitkan dengannya, hanya dia yang mengerti jerih perih yang terpaksa dilalui.
Tonton 12 buah episod Bad & Crazy menerusi platform iQIYI hari ini. Selain Lee Dong Wook, Bad & Crazy turut dibintangi oleh Wi Ha Jun (Squid Game), Han Ji-eun (Be Melodramatic) dan Cha Hak Yeon (ahli kumpulan VIXX).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan berakhirnya konsert final Big Stage semalam, maka tamatlah perjalanan juri tetap, Ajai dan Aina Abdul dalam membentuk bakat-bakat baru dunia seni.
Meski konsert minggu ke-10 Big Stage malam tadi melabuhkan tirainya dengan mengumumkan Nadeera Zaini sebagai juara, itu bukan bermaksud titik noktah mereka sebagai penghibur.
Malah bak kat juri tetap Ajai, ini merupakan buku permulaan mereka untuk terus melangkau jauh sebagai seorang penghibur.
“Tahniah kepada semua peserta yang telah bertanding malam ini. Namun yang paling penting sekali adalah penglibatan mereka dalam industri agar industri hiburan tanah air kita lebih diwarnai dengan talent – talent baru,” jelas beliau ketika ditemui sidang media semalam.
Ahli kumpulan Exist itu juga menekankan aspek keunikan seseorang penyanyi itu agar mereka dapat kekal lama dalam industri seni hiburan tanah air.
Katanya lagi antara faktor yang perlu sentiasa ditanam dalam jiwa penyanyi muda zaman kini ialah intellectual property (IP), di mana mereka harus mempunyai gaya dan aura tersendiri yang mampu menarik perhatian pendengar tanpa perlu meniru gaya penyanyi lain.
“Intellectual property itu sangat penting, sebab dari trademark itulah, pendengar akan mengingati seseorang penyanyi itu.
“Saya dulu bekerja selaku Artists Repertoire (A&R) di Warner Music, di bawah Tony Fernandes.
“Kiranya kerja saya dulu adalah untuk sign artis dan produce lagu untuk mereka dan apa yang saya dapat lihat dalam banyak-banyak peserta, saya paling nampak sisi artistik Aufa as an artist menerusi karakter dan visi dia sebagai seorang penyanyi,” tambah beliau lagi.
Bukan mudah rupanya bagi seseorang penyanyi itu untuk kekal lama dalam industri kerana terdapat pelbagai aspek penting yang perlu ditekankan dan diambil peduli.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.