
Mungkin ada yang tidak tahu sebelum selebriti K-pop pujaan mereka berjaya dalam bidang nyanyian, ada diantaranya yang memulakan kerjaya seni mereka dalam bidang lakonan sejak dari usia kanak-kanak lagi.
Peluang tersebut memberikan kelebihan kepada bintang K-pop untuk membiasakan diri beraksi di hadapan kamera sebelum mereka bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan tarian.
Jom kita lihat antara penyanyi K-pop yang memulakan kerjaya mereka sebagai pelakon kanak-kanak.
1. Hong-gi FT Island
Sebelum menjadi penyanyi utama dalam kumpulan FT Island, Hong-gi pernah membintangi dsiri berjudul Magic Kid Masuri, iaitu drama kanak-kanak tentang ahli sihir yang tinggal di Korea dan mereka bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia daripada kejahatan.
2. Haeryung BESTie

Malangnya, tidak ada video lakonan Haeryung ketika zaman kanak-kanaknya di YouTube. Namun, gambar yang diperoleh daripada allkpop ini menunjukkan kenangan lalu ketika gadis ini menjadi pelakon kanak-kanak.
3. Eunha G-Friend
Mungkin ada yang tidak tahu, sebelum Eunha menjadi sebahagian daripada kumpulan G-Friend, dia telah membuat kemunculan sebagai pelakon kanak-kanak. Korang lihat sendiri video, Eunha daripada kecil pun dah memang cantik. Hiks!
4. Binnie Oh My Girls
Binnie juga antara penyanyi K-pop yang memulakan karier sebagai pelakon kanak-kanak sebelum menyertai Oh My Girls.
5. Chanwoo iKON
Anak muda ini terkenal kerana memegang watak Lee Min Ho semasa kanak-kanak dalam Boys Over Flowers dan drama The Heirs. Chanwoo juga pernah berlakon dalam drama Great King Sejong.
6. Eunjung T-ara
Eunjung sebenarnya telah membintangi beberapa peranan yang berbeza sebelum menyertai T-ara.
7. Minwoo Boyfriend
Cuba lihat dan teka mana satu Minwoo? Hiks!
8. Sulli
Mendiang Sulli juga pernah menjadi pelakon kanak-kanak sebelum meneruskan kerjaya seninya dalam bidang nyanyian dan menyertai kumpulan f (x).
9. Taeyang BIGBANG

Sebelum wujudnya kumpulan BIGBANG, Taeyang memainkan peranan sebagai anak yang nakal dalam sebuah filem.
Sumber: sbs.com.au
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dalam Rumah Tangga, Suami & Isteri Ada Pilihan..” Shaza Bae Lega Drama ‘Nikah Cerai Rujuk’ Dihayati Penonton

Di mana-mana platform digital mahupun di kedai mamak, rata-rata masyarakat Malaysia sedang hangat berbual mengenai soal isteri kedua dan poligami apabila selebriti tempatan baru-baru ini dilihat terpalit dengan isu tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Kedua-Dua Isteriku Tenang…” Pesanan Ringkas Syamsul Yusof Buat Puteri Sarah & Ira Kazar – REMAJA
BACA LAGI: “Minta Lepaskan Saya..” Puteri Sarah Nekad Tidak Rela Dimadu Syamsul Yusof – REMAJA
Apa yang menariknya, garis masa kisah-kisah rumah tangga selebriti ini seakan selari dengan garis masa drama Nikah Cerai Rujuk yang sedang ditayangkan di saluran Astro Ria (104). Merujuk kepada tajuknya sahaja, pasti korang sudah boleh mengagak topik rumah tangga yang dikupas menerusi drama arahan bersama Azman Haji Yahya (Jinggo) dan Uzair Haqimy ini.
REMAJA mendekati salah seorang pelakon Nikah Cerai Rujuk, Shaza Bae bagi mendapatkan pandangannya mengenai respon balas penonton yang rata-rata berkata mereka dapat menghayati jalan cerita drama tersebut.


“Saya rasa mana-mana drama yang berkisahkan rumah tangga adalah naskah yang patut ditonton oleh mana-mana individu kerana semua orang melaluinya. Dalam rumah tangga, ada pasang surut kisahnya tidak kira sama ada sudah lama berkahwin atau tidak.
“Drama Nikah Cerai Rujuk ini tidak hanya terletak pada satu karakter tetapi pelbagai kisah pasangan serta konflik masing-masing. Karakter saya sebagai contoh mempunyai konflik bersama mertua.
“Dr. Alia Maisarah (Dynas Mohktar) pula dimadukan, Sumaiyyah (Noorkhiriah) berdepan suami curang manakala Fatin (Mimi Ernida) bergelut dengan perasaan sebagai isteri kedua.
“Kalau orang sebut isteri kedua, mesti dia dilabel sebagai individu jahat tetapi dia juga mempunyai cerita untuk disampaikan. Turut ada dalam drama ini juga adalah watak gadis muda yang bercinta dengan lelaki berusia. It is a full coverage of what it feels like to be married,” kupas juara Dewi Remaja 2019 ini.

Tambah Shaza lagi, biarpun dirinya masih belum berkahwin dalam kehidupan sebenar dan belum merasai fasa alam rumah tangga tetapi dia mampu merealisasikan wataknya sebagai Hanna kerana dia juga mempunyai perasaan sebagai seorang perempuan.
“Peluang memegang watak isteri yang berdepan emosi dan konflik rumah tangga sejak akhir-akhir ini merupakan cabaran lakonan baharu memandangkan saya pun belum pernah berkahwin.
“Tidaklah terlalu sukar sebenarnya kerana saya juga seorang wanita yang ada perasaan. I put on a woman’s shoes dan ia terus menjadi.”

“Apa yang membuatkan Nikah Cerai Rujuk ini menarik untuk ditonton adalah kerana kepelbagaian mesej yang boleh dikutip. Setiap situasi yang dilalui karakter-karakter tadi boleh mengajar penonton mengenai the do’s and don’ts of married life.
Penonton akan terfikir akibat yang perlu ditanggung apabila pasangan curang atau suami berkahwin lebih daripada satu. Hakikatnya, pilihan terletak pada tangan pasangan. Qada’ dan qadar tentulah termaktub but people have choices and ‘self control‘. (Ketawa) Drama ini mengajar bagaimana seseorang boleh mengelak daripada berdepan nasib rumah tangga karakternya,” kata gadis tinggi lampai ini.
“Communicate & Comprehend”
Peluang melakonkan watak isteri yang terseksa emosi seperti dalam drama ini dan beberapa drama terdahulu bagi Shaza telahpun mengajarnya sedikit-sebanyak tentang selok-belok memilih pasangan. Malah, peluang ini juga membuka mindanya tentang pentingnya bertoleransi terutamanya apabila dihantui masalah rumah tangga.
“Pertamanya, kenalinya pasangan anda dan keluarganya betul-betul sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Tetapi as you move forward, anda perlu ingat diri setiap manusia akan berubah termasuklah kita sendiri. Istilah ‘mengenali pasangan’ itu tidak pernah ada titik noktah sebenarnya.”

“Saya juga merasakan drama Nikah Cerai Rujuk ini mengajar saya untuk selalu berbincang tentang expectation pasangan kita dalam sesebuah perhubungan. Belajarlah love & fight language pasangan. Bukan hanya love language perlu diketahui, fight language juga sama pentingnya.
“Dan akhir sekali, belajarlah cara ‘communicate & comprehend’. Komunikasi sahaja tidak akan datangkan kesan jika pasangan tidak cuba memahami,” simpul Shaza Bae.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Terlalu Baru Untuk Malaysia Pandang..” Bakat Shaza Bae Diiktiraf Dahulu Akademi Luar – REMAJA
Drama Nikah Cerai Rujuk sedang ditayangkan di saluran Astro Ria (104) untuk 24 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11 malam. Ia juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Selain Shaza Bae, Nikah Cerai Rujuk juga dibintangi oleh Dynas Mohktar, Datuk Eizlan Yusof, Noorkhiriah, Zarul Umbrella, Halim Radzi, Nasz Sallu, Zarina Zainuddin dan ramai lagi pelakon hebat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Penang-Thailand-Kemboja-Vietnam, Gadis Ini Kongsi Percutian 3 Negara Dengan Modal RM686.15

Tak perlu tunggu duit beribu-ribu dalam akaun bank baru nak pergi bercuti. Seperti apa yang dilakukan oleh Hajar Sekeri ini, dia hanya mengeluarkan modal sebanyak RM686.15 untuk bercuti selama seminggu di tiga buah negara iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam.
Biar betul?
Ya, kami tak bohong. Semua itinerary telah pun dikongsi di laman Facebooknya.
Let’s check this out!
Day 1
Hello Thailand (by train) (RM147.20)
1. Butterworth – Padang Besar = Rm11.4
2. Pdg Besar – Hat Yai = Rm10
3. Hat Yai – Bangkok = rm125.80 (Tidur dalam train)

Day 2
Hello Bangkok (Rm30.60)
– Arrive Hua Lamphong Station Bangkok at 11am, dekat food court situ ada makanan halal so boleh stop makan dekat situ dulu.
– Check in Backpackers hostel dekat Inn Station Hostel Rm30.60 (lawa dan dekat je dengan station Hua Lamphong).
Day 3
Next, Hello Cambodia (Rm84.29).
– Bangkok Aranyaprathet (48 baht, Rm6) nak pergi border nak masuk Cambodia train paling awal pukul 5:55am selama 6 jam.
– Sampai border ambil tuk tuk to Cambodia border sebab jauh dalam 6km, korang nego la murah murah, kita orang dapat 80baht/tuktuk (Rm10).
– Masuk jalan kaki cop passport, then jalan kaki pergi dekat free bus shuttle to terminal bus.
– Sampai terminal bus (terminal bus paling krik krik, tak ada orang kot) beli tiket bas ke Siem Reap, disebabkan tak ada orang, ada foreigners yang naik bus sekali dengan kita orang je, kita orang beli tiket harga 10USD, Rm38.80 bus on the spot) kalau tak sepatutnya harga 9 USD at 3pm.
– Sepanjang perjalanan dapat tengok Cambodia punya surroundings, rasa speechless, rasa bersyukur dengan negara sendiri, cara pembangunan negara dorang, jauh beza. Cambodia pakai US dollar tau, jarang pakai duit dia, kadang ada pakai Thailand baht.
– So sampai Siem Reap, check in hostel chill backpackers 11.2$ dua malam untuk dua orang & sewa basikal 2$/sehari nak jalan-jalan pergi night market sebab jauh jugak dari hostel kita orang.

Day 4
Hello Phnom Penh Capital of Vietnam (Rm158.50)
– Ambik tuktuk round the city (10$ for two people) tak pergi Angkor Wat sebab mahal gila entrance dia, 37USD = Rm160+-
– Untuk pergi ke Vietnam kita orang ambil bus (Giant Ibis, service 5 bintang)
– 2 stop (Siem Reap – Phnom Penh, sleeper bus) & ( Phnom Penh Ho Chi Minh) Rm139.10
Day 5
Hello Vietnam (Rm83.24)
– Dari Siem Reap, pagi pukul 7am sampai di Phnom Penh, lepak jap jalan area situ sementara tunggu bus pukul 8am ke Ho Chi Minh, nanti masa naik bus, pekerja dia akan briefing, minta & pegang passport kita, nanti nak masuk border Vietnam dia akan uruskan, kita follow je dia.
– Sampai di Ho Chi Minh pukul 5 petang sebab jalan jammed teruk dengan motosikal, hon sana sini lagi.
– Drop dekat office Giant Ibis, lepas tu terus survey beli tiket bus nak ke Mui Ne pagi esok, nak murah & trusted company beli dekat Hanh Cafe dalam 360K VD return (Rm63.36)
– Check in Hotel Saigon Inncrowd 226K VD for two person (Rm19.88)
Day 6
Hello Mui Ne (ala-ala Dubai)(Rm44)
– Ho Chi Minh, Mui Ne (7am)
– Check in Victory Guest House 260K VD (share for two /Rm22.88)
– Jeep Tour 120K (Rm21.12)
– Cover 4 tempat famous (Fish Village, Fairy Stream, White Sand Dunes & Sunset at Red Sand Dunes) sila bawak air mineral.

Day 7
Going back to Ho Chi Minh & Malaysia (Rm138.32)
– Going back to Ho Chi Minh & Ben Thanh market untuk shopping-shopping.
– Dekat Ben Thanh Market nak murah cari kedai dekat luar Market tu, situ pun ada kedai halal boleh google.
– Nak jimat punya pasal, lepas habis shopping terus pergi airport naik grab tunggu flight pagi esok (Rm9.51/each).
Vietnam – KUL (Rm128.81)

Pastinya percutian ini memerlukan banyak kesabaran dan tenaga yang maksima kerana perjalanan yang diambil agak lama dan panjang. Tapi apa salahnya, jauh perjalanan luas pemandangan. Selain tu, kita juga berpeluang melihat budaya dan pengalaman baru di negara orang. So, why not kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Uqasha Senrose Jaga Batasan & Hati Suami, Enggan Lagi Babak Atas Katil & Dalam Selimut

Drama lakonan aktres, Uqasha Senrose berjudul Isteri Halal yang kini ditayangkan di kaca televisyen mula menarik perhatian penonton dek karakter wanita ‘penyondol’ atau perampas suami orang yang dilakonkan olehnya.
Menerusi drama tersebut, Uqasha membawakan watak bernama Eyra yang mencetuskan konflik di antara rakan baiknya (lakonan Isyariana) dan suami rakan baiknya (lakonan Aidit Noh) dan ia cukup realistik.
Lebih-lebih lagi apabila watak tersebut mirip dengan seorang pelakon wanita tempatan yang terpalit dengan konflik seakannya.
Begitupun ketika ditemui REMAJA di majlis tayangan program Ramadan Raya 2023 oleh Astro semalam, Uqasha berkongsi rasa gusar yang terbit di hatinya sebelum menerima tawaran drama Isteri Halal itu.
Lantas, isteri kepada Kamal Adli ini meminta pandangan daripada suaminya itu terlebih dahulu sebelum bersetuju membintangi drama arahan Uchee Fukada itu.

“Qasha beritahu dia (Kamal), ‘Saya nervous abang untuk bawakan watak ini. Abang betul ke (beri kebenaran untuk berlakon)?’.
“Dia memang supportive. Katanya, ‘Tak apalah sayang, kita kan pelakon. Abang faham. Tapi abang tak akan tengoklah (babak berkenaan). Ini rezeki awak, buatlah. Tak apa.’ “
“Kamal hanya berpesan agar saya pandai menjaga diri sebagai seorang isteri, dia berikan kepercayaan kepada saya. Jadi saya gunakan kepercayaan itu sebaik mungkin dan tidak membelakanginya.
“Cuma buat masa ini, saya akui merasa cemas jika mak mertua atau mak saya sendiri tonton lakonan saya itu kerana selepas disunting, tentulah sesebuah babak itu akan kelihatan real. Itulah yang Sha risau bila terima tawaran watak penyondol dan watak perampas,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Antara Neelofa & Uqasha Senrose, Sapo Dio Hok Hebak Kecek Kelate? – REMAJA
Terima Tawaran Bersyarat
Dalam pada itu, seiring dengan status dirinya kini sebagai ‘isteri orang’, Uqasha menghormati perhubungan suami isterinya bersama Kamal dalam skop bekerja dan meletakkan beberapa syarat sebelum menerima apa-apa tawaran berlakon termasuklah dalam drama Isteri Halal.

“Saya cakap, tak nak babak atas katil. Tak nak babak dalam selimut. Kalau iya pun (perlukan babak sedemikian), mungkin duduk dekat tepi katil pakai bathrobe, saya okay lagi.
“Banyak trik kamera yang boleh dibuat. Contohnya, konon-konon nak tunjuk buka baju tetapi gunakanlah shot jatuh kain. Benda-benda macam itulah yang saya minta.
“Harapnya, kalau ada babak yang terlepas (yang boleh menjatuhkan maruah sebagai seorang isteri dan wanita), produksi boleh potong. Kita pun Islam, kena jaga sensitiviti. Lagipun, penerimaan dan pemikiran penonton berbeza-beza. Ada yang boleh terima ada yang tidak boleh. Jadi lebih baik jika ditiadakan babak yang melebih batas,” katanya lagi.
BACA LAGI: Mempesona, Cantiknya Busana Songket Biru UQASHA SENROSE Rekaan RIZMAN RUZAINI – REMAJA
Dalam pada itu, Uqasha juga menyatakan dia juga terbuka sekiranya Kamal Adli menerima tawaran berlakon apa-apa jenis watak asalkan masing-masing mengetahui batas.
FOTO: Ihsan Astro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

