Pemergian pelakon veteran, Allahyarham Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man, nyata memberi kesan mendalam kepada ramai rakan industri seni, termasuk aktor Azhan Rani.
Menurut Azhan, dia masih sukar mempercayai berita pemergian Allahyarham memandangkan mereka baru sahaja bertemu beberapa minggu lalu. Lebih menyedihkan, masih terdapat beberapa naskhah lakonan mereka yang belum menemui penonton dan mereka juga sepatutnya kembali bergandingan dalam sebuah filem pada September ini.
“Memang saya sangat sedih dan terkejut kerana ada beberapa drama yang kami berlakon bersama masih belum ditayangkan.
“Kebanyakannya menjalani penggambaran di Kelantan dan dalam salah satu drama itu dia memegang watak sebagai bapa saya.
“Sepatutnya pada September ini kami akan bergandingan sekali lagi dalam satu filem yang akan menjalani penggambaran di Kelantan,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan pelakon dan pelancaran poster filem terbaharu lakonannya, Chelot di Bungalow 37.
Baru Bertemu, Tiada Tanda-Tanda Uzur
Apa yang lebih meruntun hati, Azhan mendedahkan dia baru sahaja bertemu Allahyarham ketika menjalani penggambaran drama Bulan Henti Bicara di Terengganu.
Secara kebetulan, mereka menginap di lokasi yang sama kerana Allahyarham ketika itu sedang menjalani penggambaran sebuah telefilem di negeri berkenaan.
“Sebenarnya saya baru sahaja berjumpa dengannya ketika penggambaran Bulan Henti Bicara di Terengganu. Kebetulan kami menginap di tempat yang sama kerana dia menjalani penggambaran telefilem.
Ads
“Malam itu kami sempat berjumpa dan berbual. Tetapi itulah, pemergiannya sangat mengejutkan kerana dia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mengalami sakit yang berpanjangan.
“Masa saya berjumpa dengannya tempoh hari, saya sempat bergurau dan berpesan, ‘Cik Man, kurangkanlah merokok,’ sebab saya tahu dia memang seorang perokok tegar,” katanya.
Perasan Allahyarham Semakin Kurus
Walaupun Allahyarham tidak pernah mengadu mengenai keadaan kesihatannya, Azhan mengakui dia sempat menyedari perubahan fizikal Cik Man yang kelihatan semakin susut.
Malah, dia juga pernah menasihati Allahyarham supaya tidak memandu bersendirian dan meminta orang lain membantunya.
“Cuma saya perasan dia semakin kurus. Saya selalu menegurnya dan bertanya sama ada dia sakit. Saya juga pernah berpesan supaya tidak memandu sendiri dan biarkan orang lain memandu.
Ads
“Tetapi itulah cara dia. Dia tak pernah menunjukkan dirinya sakit. Dia sentiasa bergurau dan menceriakan suasana di lokasi,” ujarnya.
Sentiasa Hidupkan Suasana Di Lokasi
Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, Azhan menyifatkan Cik Man sebagai seorang insan yang sentiasa membawa kegembiraan kepada orang di sekelilingnya.
Bukan sahaja gemar berjenaka, malah Allahyarham juga tidak pernah bercakap buruk mengenai individu lain sepanjang mereka bekerjasama.
“Sepanjang saya mengenalinya, dia juga bukan seorang yang suka bercerita mengenai keburukan orang lain.
Dalam pada itu, Azhan turut berkongsi satu nasihat Allahyarham yang masih dipegangnya sehingga kini.
Menurutnya, Cik Man sering mengingatkan rakan-rakan dalam industri supaya menjaga percakapan dan tidak membuka aib atau keburukan orang lain.
“Saya tidak begitu ingat semua nasihatnya, tetapi satu perkara yang sentiasa saya ingat ialah dia pernah berpesan supaya kami yang berada dalam industri ini tidak bercakap mengenai keburukan orang lain.
“Katanya, kita kena jaga diri sendiri kerana apa sahaja keburukan yang kita cakap mengenai orang lain, suatu hari nanti boleh kembali kepada diri kita sendiri.
“Itulah antara pesanan yang paling saya ingat, walaupun ketika itu dia menyampaikannya dalam loghat Kelantan dengan cara yang cukup bersahaja,” katanya.
Untuk rekod, Allahyarham Kamarool Yusoff dilaporkan meninggal dunia akibat masalah jantung tersumbat di Hospital Tanah Merah, Kelantan pada jam 5.15 petang semalam.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual, Petai Lima, Tanah Merah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencipta sejarah manis dalam perjalanan seni apabila berjaya mengumpulkan lebih 65,000 peminat di lokasi ikonik, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menerusi konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere and Love.
Konsert mega ini bukan sekadar meraikan 30 tahun penglibatan Siti dalam industri muzik, malah menjadi bukti bahawa aura dan pengaruhnya masih utuh sehingga ke hari ini.
30 Tahun Berkarya, Aura Masih Tiada Tandingan
Merupakan konsert ke-35 sepanjang karier sejak debut pada 1996, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, membuktikan statusnya sebagai penyanyi nombor satu tanah air kekal unggul dan tiada tolak banding.
Pada konsert anjuran SN Legacy Sdn. Bhd. itu, Siti mendendangkan 42 buah lagu popular yang dibahagikan kepada beberapa segmen termasuk irama tradisional, sekali gus menyaksikan lautan manusia membanjiri SNBJ, stadium terbesar di Asia Tenggara dengan sorakan dan tarian penuh semangat.
‘Joget Lambak’ Terbesar Di Malaysia?
Suasana konsert menjadi semakin meriah apabila Siti mengajak peminat untuk sama-sama ‘berjoget lambak’ seperti adat keraian orang terdahulu.
“Kalau ikut adat orang dahulu, apabila ada keraian dan keramaian, orang-orang akan berjoget lambak. Saya ajak semua yang hadir di sini untuk bangun dan joget lambak, boleh? Kita jadikan ini joget lambak terbesar.
“Silap-silap boleh masuk Malaysia Book of Records (MBOR),” selorohnya di hadapan ribuan peminat.
Untuk rekod, konsert dengan bilangan penonton paling ramai di Malaysia masih dipegang oleh Coldplay: Music of the Spheres dengan lebih 81,000 penonton.
Dua Konsert, Lebih 65,000 Penonton
Namun begitu, penganjuran Legacy 30 Siti Nurhaliza menjadikan penyanyi lagu Cindai itu sebagai satu-satunya penghibur tempatan yang memiliki dua konsert dihadiri lebih 65,000 penonton di Malaysia.
Rekod terdahulu dicatatkan menerusi Siti Nurhaliza: Fantasia Tour pada tahun 2004 yang menghimpunkan 70,000 penonton.
Lagu Tradisional, Kenangan & Dedikasi Istimewa
Konsert ini turut menyaksikan Siti mendendangkan untaian lagu irama tradisional yang cukup sinonim dengan namanya seperti Joget Menanti Kasih, Balqis, Ya Maulai serta Pandang Pandang Jeling Jeling.
Paling menyentuh perasaan, Siti mendedikasikan lagu Cindai sebagai tanda mengenang jasa insan yang banyak berjasa dalam perjalanan kerjayanya iaitu Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd. Zain, atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
Barisan Artis Jemputan & Sentuhan Kekeluargaan
Tidak berseorangan, Siti turut mengundang beberapa artis untuk berkongsi pentas antaranya anak saudaranya, Umairah, selain Hafiz Suip, Noh Salleh dan Cakra Khan. Turut mencuri perhatian, Auddra atau Odah tampil sebagai penari latar pada awal kemunculan konsert.
Sumbangan RM1 Juta & Kejutan Hari Jadi
Dalam pada meraikan peminat, Siti turut memaklumkan bahawa pihaknya menyumbang RM1 juta daripada jualan tiket konsert ini kepada Yayasan Nurjiwa.
Sebaik konsert melabuhkan tirai, Siti dikejutkan dengan sambutan hari jadi ke-47 yang jatuh pada 11 Januari, apabila ribuan peminat menghadiahkan nyanyian lagu hari jadi sebagai tanda kasih dan penghargaan.
Konsert yang berlangsung lebih tiga jam itu dihoskan oleh Muaz Mohamed dan turut dihadiri rakan artis yang hadir memberi sokongan antaranya Datuk Syafinaz Selamat, Ella, Rozita Che Wan, Aina Abdul, Awal Ashaari, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Wany Hasrita dan Aisha Retno.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, sebuah dokumentari hangat mengenai skandal Burning Sun didedahkan oleh BBC dan ia menarik perhatian masyarakat bukan sahaja di Korea Selatan, malah seluruh peminat budaya K-Pop juga turut geleng kepala selepas mengetahui hal sebenar daripada kejadian itu.
Bagi yang tidak mengetahui, isu berkenaan menggegarkan Korea pada tahun 2016 dimana beberapa selebriti terkenal seperti Seungri, Choi Jong-hoon, Joon Joon-young dan yang lain ditangkap kerana skandal pelacuran dan menyebarkan pelbagai rakaman lucah tanpa kebenaran dalam satu ruang sembang.
Dalam pendedahan yang dimuat naik oleh BBC, ramai yang terkejut apabila melihat tingkah laku Seungri bekas ahli kumpulan terkenal BIGBANG bertindak kasar dengan seorang wanita. Malah, bukti perbualan antara mereka yang tidak senonoh turut membuktikan betapa mereka hanya menganggap wanita sebagai objek.
Kredit: BBC
Beberapa bulan lalu Seungri sudah pun dibebaskan selepas pertuduhan berkaitan kes itu dan keberadaannya juga sering dilihat di Malaysia bagi berparti bersama rakan-rakan di sini. Malah sesetengah peminat tempatan juga dilihat memuat naik foto bersamanya apabila terserempak dengan penyanyi tersebut.
Selepas tular pendedahan buruk ini, ramai meminta agar peminat supaya berfikir secara waras dan berhenti memberikan sokongan kepada Seungri kerana sikap dan tingkah laku buruknya adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan, lebih lagi dia adalah seorang yang dikenali.
Kredit: X @frickon_ann
Dalam pada itu, ada peminat yang memuat naik semula video T.O.P pernah meluahkan bahawa dia risau dengan orang yang berada di sekeliling Seung-ri. Menerusi program Radio Star pada tahun 2018, T.O.P berkata sebagai ahli yang paling tua dia bimbang dengan ahli termuda BIGBANG tersebut. Seungri juga kerap bercakap tentang wang sahaja pada masa itu.
Kredit: X @ellesaysometink
“Dia hanya bercakap tentang wang. Saya berasa bimbang sebagai ahli yang lebih tua. Beberapa rakannya membimbangkan saya” – T.O.P
“Saya boleh rasa sesetengah daripada mereka ada di sisinya bukan kerana mereka menyukainya tapi kerana mereka menyukai gelarannya” – T.O.P
“Fakta bahawa Seung-ri merancang untuk bekerja dengan mereka membimbangkan saya dan nampaknya awak hanya bercakap tentang wang hari ini” – T.O.P
Kredit: X @xxgdgn_fixation
Menerusi video lain, BIGBANG juga sering mengecualikan Seungri sebagai sebagai salah seorang ahli BIGBANG, ini mungkin kerana penglibatannya dalam pelbagai skandal yang memalukan nama baik kumpulan tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kian hari, industri hiburan Malaysia makin diwarnai dengan kemunculan kumpulan girl group. Antara yang menarik perhatian adalah Dolla, kumpulan remaja wanita Malaysia, yang kini berjaya memasakkan kehadiran mereka dalam industri seni hiburan tempatan dengan cukup kukuh.
Memasuki tahun kelima dalam industri, Dolla masih memegang teguh gelaran girl group nombor satu Malaysia. Namun baru-baru ini situasi mulai tegang apabila peminat kumpulan lain mula membanding-bandingkan prestasi dan kebolehan penyanyi kumpulan ini dengan ‘girl group favourite’ mereka.
“Sejujurnya saya suka melihat makin banyak girl group muncul dan bertapak di industri seni tanah air sebab ia lebih meriah dan lebih bagus bagi saya.
“Makin ramai penyanyi memeriahkan industri, makin kita terdorong untuk push ourselves untuk menjadi lebih baik dan mensajikan persembahan yang lebih berkualiti,” jelas salah seorang ahli kumpulan Dolla, Tabby.
Tabby yang baru-baru ini ditemui di sambutan ulang tahun ke-40 jenama jam tangan terkenal, G-Shock turut menjelaskan bahawa dia teruja untuk melihat lebih banyak kumpulan penyanyi mengorak langkah dalam membina nama.
Turut berkesempatan berkongsi plan akan datang kumpulannya, Tabby mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan album pertama mereka tidak lama lagi.
“Untuk perancangan masa hadapan, Dolla akan keluarkan album pertama kami very very soon.
“Jadi pastikan korang stay tuned dengan akaun Instagram kami untuk sebarang pengumuman kerana kami juga akan adakan jelajah konsert Dolla, khas buat peminat yang sudah lama menyokong,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Tabby & Dolla
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika kebanyakan penghantar makanan memilih menggunakan motosikal untuk memudahkan urusan menghantar pesanan, seorang ibu tunggal, Nur Rahimah Alia Salehuddin pula memilih untuk berjalan kaki...