Selalu tersalah beli perfume? Bila bau dekat kedai lain, dah balik rumah lain pula baunya. Haih, memang frust kan. Lebih-lebih lagi bila kita ingin belikan untuk insan istimewa, sudah tentu kita mahukan bau yang best dan tahan lama.
Nah, jangan risau guys. Jika korang mahu mencari minyak wangi lelaki, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Iqbal Aromatic telah pun berkongsi 9 perfumes terbaik untuk golongan lelaki.
Iqbal merupakan peminat minyak wangi sejak dibangku sekolah lagi, dan dia mempunyai target untuk mengumpul 200 botol minyak wangi dalam masa setahun.
Wah, ni mesti ilmu minyak wangi memang penuh didada kan. Hiks!
Jom kita lihat antara minyak wangi yang telah direkomendasi oleh lelaki ini.
Gabungan bergamot, ambroxan dan blackpapper, kalau korang jalan pakai minyak wangi ni memang orang akan ‘toleh belakang’. Sumpah tak tipu. Hiks! Sangat versatile untuk dipakai dalam apa jua majlis.
Siapa yang pernah pakai Eros EDT, mesti korang akan lebih tertarik dengan Eros EDP ini kerana ketahanan Eros EDP lebih padu berbanding EDT. Perempuan memang suka bau perfume ini, so ia wajib ada dalam koleksi lelaki.
Bagi yang jenis kuat berpeluh, Dior Sauvage ini blend dengan peluh jantan, baunya akan jadi lebih sedap. Minyak wangi ini best seller di Sephora walaupun harganya agak mahal tapi memang berbaloi.
Memang superb gila, pakai pagi pergi kerja, petang masih ada bau lagi. Perempuan pun kebanyakannya suka bau perfume ini. Kalau korang suka vibe ‘shower gel’, boleh cuba yang ini. Notes ambroxan membuatkan perfume ini sangat versatile.
Ini adalah dupe kepada Creed Aventus kerana Creed harganya mahal, so alternatifnya korang boleh cuba yang ini. Tahan lama dan aroma smokey vibe tu paling best.
Ketahanan: 4.5/5
Amacam, dah dapat idea tak nak beli perfume yang mana? Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit info dan manfaat untuk korang.
Baru-baru ini, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo dipelawa oleh bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.
Menurut jaguh seni bela diri campuran (MMA) berkenaan tidak hanya kagum dengan bakat yang dimiliki anak jati Sarawak itu tetapi menganggap Johan sebagai atlet yang berbakat dan sedia memberi sokongan jika beliau berhasrat untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.”
Kredit: Khabib
“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad semalam.
Bercakap mengenai landskap sukan tempur di Malaysia, Khabib yang kini berusia 36 tahun disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022 berkata, Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat yang mampu mencapai ke tahap dunia.
Jelasnya, jika Malaysia mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia, negara perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.
Kredit: Johan
“Saya mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan saya sedar tentang atlet berbakat dan jaguh Muay Thai yang anda miliki ketika ini. Tetapi Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA,” katanya.
Tambah Khabib, “Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.”
“Untuk membangunkan atlet di peringkat tertinggi, anda perlu membina sistem yang kukuh hasil gabungan atlet yang baik dan jurulatih yang cemerlang,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makanan kudapan yang senang disediakan sering menjadi pilihan anak muda kerana bukan hanya mudah, ia juga menjimatkan masa dan tidak menggunakan bahan-bahan yang remeh.
Dengan hanya memerlukan satu bahan asas bersama beberapa bahan tambahan yang lazimnya memang sudah ada di rumah, sudah tentu ramai yang ingin mencubanya.
Betul tak?
Kali ini, kami ingin kongsikan resipi cheesy sosej paratha disediakan dengan air fryer, mudah, cepat dan pastinya menyelerakan.
Bukan hanya anak kecil, orang dewasa juga boleh terliur melihatkan hasil resipi kudapan ini. Jom kita lihat resipi kreatif yang diolah oleh Razalina Baharudin dalam laman Facebook Resepi Air Fryer (Malaysia).
Bahan-bahan:
– Paratha segera
– Sosej
– Sos (terpulang nak letak sos cheese, sos blackpepper)
– Mayonis
– Cheese kisar
Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan King Faisal (KFSHRC) di Riyadh mencipta sejarah apabila berjaya melaksanakan pembedahan otak robotik pertama di dunia, sekaligus membuka lembaran baharu dalam bidang pembedahan saraf moden.
Pembedahan Otak Robotik Pertama Di Dunia
Dalam prosedur berimpak tinggi ini, pasukan pakar berjaya mengeluarkan tumor berukuran 4.5 sentimeter daripada otak seorang lelaki berusia 68 tahun yang mengalami sakit kepala teruk dan hilang tumpuan. Pesakit kemudian dibenarkan pulang dalam masa 24 jam — empat kali lebih cepat berbanding tempoh pemulihan selepas pembedahan otak konvensional.
Teknologi Robotik & Ketepatan Pembedahan
Menurut pakar bedah utama, Dr. Homoud Al-Dahash, yang juga perunding tumor pangkal tengkorak di KFSHRC, sistem robotik ini memberikan ketepatan dan kawalan luar biasa. Teknologi ini membolehkan pakar menavigasi struktur saraf dan saluran darah kritikal dengan tahap keselamatan yang tinggi, sesuatu yang sukar dicapai dalam kaedah manual tradisional.
“Pesakit keluar pada hari yang sama, sedar sepenuhnya dan tanpa sebarang komplikasi. Ini menjadi penanda aras baharu dalam inovasi pembedahan saraf,” katanya, menggambarkan revolusi sebenar dalam bidang neurosains moden.
Teknologi 3D & Navigasi Berpandu Imej
Pembedahan selama satu jam tersebut dijalankan menggunakan sistem optik 3D yang menawarkan visualisasi terperinci. Ia dibantu oleh teknologi navigasi berpandukan imej untuk memastikan penyingkiran tumor dilakukan dengan tepat tanpa menjejaskan kawasan otak penting. Pendekatan ini membolehkan pembedahan otak robotik mencapai kadar keselamatan dan keberkesanan yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Transformasi Strategik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KFSHRC, Dr. Majid Al-Fayyadh berkata bahawa kejayaan ini adalah sebahagian daripada perjalanan transformasi strategik hospital ke arah menjadi peneraju global dalam perubatan berasaskan inovasi.
“Pencapaian ini mencerminkan peranan KFSHRC dalam membentuk masa depan perubatan dunia, selaras dengan visi kami untuk menjadikan inovasi dan penjagaan berpusatkan pesakit sebagai teras utama,” jelasnya.
Rekod Inovasi & Pengiktirafan Global
Kejayaan ini turut memperkukuh rekod antarabangsa KFSHRC yang sebelum ini mencipta sejarah dalam pemindahan jantung dan hati menggunakan teknologi robotik. Hospital ini terus menerima pelbagai pengiktirafan global sebagai antara pusat perubatan akademik terbaik dunia.
Menerusi kejayaan pembedahan otak robotik ini, Hospital King Faisal sekali lagi membuktikan komitmennya dalam memperkasa inovasi dan keselamatan pesakit, menjadikan Riyadh antara hab utama teknologi perubatan canggih di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.