Sudah menjadi kebiasaan peminat K-Drama apabila mereka sering menantikan drama-drama terbaru yang bakal ditayangkan setiap bulan.
Untuk bulan Ogos ini, ada lebih kurang 9 buah drama Korea terbaru yang akan ditayangkan.
Let’s check this out!
1. Do You Like Brahms?
Drama terbaru SBS ini dibintangi oleh Kim Min Jae dan Pak Eun Bin yang menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar yang meminati bidang muzik. Park Joon Young mula bermain piano semasa beliau berusia 6 tahun. Beliau memenangi pertandingan terkemuka di negara sebelum meneruskan pertandingan di seluruh dunia.
Manakala, Chae Song Ah, seorang senior kolej yang mengambil bahagian dalam persembahan biola. Setelah menamatkan pengajiannya dalam jurusan perniagaan, dia memasuki universiti yang sama sekali lagi untuk pergi ke sekolah muzik selepas empat kali mencuba dan dia berumur tujuh tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya. Walaupun berbeza umur, dia tekad untuk meneruskan impiannya.
2. Forest of Secrets 2
Drama yang menggantikan It’s Okay Not To Be Okay menceritakan tentang hubungan yang berlawanan pihak pendakwa dan polis dalam menangani kes. Musim pertama drama ini telah ditayangkan pada tahun 2017 dan kali ini Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) dan Hany Yeo-Jin (Bae Doo-na) bergabung tenaga untuk menangkap pembunuh bersiri dan membongkarkan rasuah yang berlaku secara senyap dalam pejabat pendakwaraya tersebut.
3. Lonely Enough To Love
Ads
Drama ini berkisarkan tentang Cha Kang-woo (Ji Hyun-woo), seorang pakar psikiatri dan mempunyai personaliti unik, manakala Lee Na-Eun (Kim So-Eun) ialah seorang editor freelancer yang sudah 4 tahun tidak bercinta.
Dalam kehidupan zaman sekarang seakan sudah menjadi trend untuk individu berusia 20 hingga 30 tahun memilih kehidupan bujang. Namun, mereka tidak mahu rasa kesepian.
4. SF8
Drama ini menceritakan tentang manusia yang mengimpikan kehidupan sempurna melalui kemajuan teknologi. SF8 terdiri daripada lapan episode, termasuklah SF8: The Prayer’, ‘SF8: Blink’, ‘SF8: Joan’s Galaxy’, ‘SF8: Manxin’, ‘SF8: White Crow’, ‘SF8: Love Virtually’, ‘SF8: Baby It’s Over Outside’ dan ‘SF8: Empty Body’.
Drama ini membawa pelbagai kisah daripada subjek berbeza seperti kecerdasan buatan (AI), realiti berperantara (AR), reality maya (VR), robot, permainan, fantasi, seram, kuasa luar biasa dan bencana alam.
5. When I Was Prettiest
Ads
Mengisahkan tentang cinta segitiga antara Oh Ye Jin (Lim Soo Hyang) dan dua beradik Seo Hwan (Ji Soo) dan Seo Jin (Ha Seok-Jin). Seo Hwan jatuh cinta pada Oh Ye-Jin pada pandangan pertama, malangnya dia harus bersaing dengan abangnya bernama Seo Jin. Apakah kesudahan drama ini?
6. Love Alarm 2
Drama original daripada Netflix ini sudah pun muncul dengan musim kedua. Mungkin ramai yang tidak sabar untuk melihat pengakhiran cinta tiga segi antara Kim Jo Jo (Kim So Hyun), Lee Hye Young (Jung Ga Ram) dan Hwang Sun O (Song Kang), apakah yang akan terjadi kepada mereka?
7. Do Do Sol Sol La La Sol
Mengisahkan tentang Goo Ra-Ra (Go Ara) seorang pemain piano yang menjadi muflis dan kehilangan segala-galanya. Ia menyebabkan dia berasa sangat kecewa dengan situasi yang menimpa dirinya.
Ads
Manakala, Sun Woo-Joon (Lee Jae-Wook) adalah seorang yang tidak peduli dengan pendapat orang lain terhadapnya. Dia seorang yang bersemangat dan tidak mempunyai impian atau matlamat tertentu dalam hidupnya dan beliau menjalankan kerja sambilan.
Satu hari, mereka berdua terjumpa di sebuah akademi piano LaLa Land di sebuah bandar. Apakah yang berlaku seterusnya?
8. Missing: The Other Side
Drama bergenre misteri fantasi ini berlatarkan di sebuah kampung menempatkan roh-roh yang hilang ketika masih hidup. Drama ini menampilkan tiga watak utama, iaitu Kim Wook (Ko Soo) seorang lelaki tampan tetapi seorang lelaki yang melakukan penipuan untuk meneruskan kehidupan. Suatu hari, secara kebetulan dia tiba di Duon Village, yang mana tempat orang mati yang hilang berkumpul.
9. Alice
Park Jin-kyum (Joo Won) iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama ‘Alice’.
Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi (Kim Hee-sun), seorang wanita yang sudah lama mati.
Nah, mesti korang dah tak sabar nak marathon semua drama-drama ni kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal Korea Selatan, IU sekali lagi mencuri perhatian apabila kisah kebaikannya terhadap semua kakitangan yang bekerja dengannya tular baru-baru ini.
Menerusi platform media sosial dan komuniti dalam talian pada 4 Ogos lalu, IU dikatakan telah bermurah hati membelikan tiket penerbangan kelas bisnes untuk lebih daripada 100 orang yang bekerja bersamanya.
Dalam salah satu catatan yang tular berbunyi,
“Sangat FLEX! Dia menaja penerbangan kelas bisnes untuk semua kakitangan sebagai tanda terima kasih atas kerja keras mereka”
Dalam pada itu, beberapa orang kakitangan yang bekerja rapat dengan IU atau nama sebenar Lee Ji Eun (31) juga merupakan antara bukti yang mengukuhkan khabar itu kerana mereka turut mengucapkan terima kasih atas ‘hadiah’ tiket penerbangan berkenaan.
“Terima kasih kepada Dewi IU, kami dapat terbang dengan selesa. Terima kasih!”
“Terima kasih kepada Ji-eun unnie, saya terbang balik ke Korea dengan selesa. IU unnie adalah yang terbaik. Terima kasih, Yo Ah-jung (nama gelaran IU dalam kalangan pekerja)”
Sebelum ini, pelantun lagu Holssi ini juga pernah tular dengan kisah dia gemar menderma buka sahaja untuk orang yang memerlukan. Malah, wanita yang digelar Nation’s Little Sister ini juga terkenal sebagai seorang yang pemurah dan gemar memberi hadiah kepada para pekerja yang pernah bekerja dengannya.
Sekadar info, IU baru-baru ini telah menamatkan konsert jelajah dunia di Amerika Utara dan dijadualkan akan mengadakan konsert encore ‘HEREH’ di Stadium Piala Dunia Sangam, Seoul pada 21 dan 22 September ini.
Walau apa pun, IU adalah bukti lagi banyak kita bersedekah dan memberi pada seseorang, lebih banyak rezeki yang kita dapat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini timbul kekecohan apabila Atu Zero yang muncul sebagai salah seorang juri di The Masked Singer telah memberi komen kurang senang apabila menyatakan bahawa Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara langsung.
Dalam rancangan tersebut, personaliti di sebalik kostum Bulu Tangkis telah menyanyikan lagu Pematah hati nyanyian asal Nabila.
Namun begitu, momen tersebut menjadi sedikit janggal apabila komen spontan Atu yang disiarkan dalam episod itu mengundang rasa kurang senang kepada Nabila apabila Atu memberi pendapat bahawa individu di sebalik kostum itu bukan pemilik asal lagu terbabit kerana Nabila tidak boleh membuat persembahan secara langsung.
Semalam, isteri kepada Atu, Shafeeqa Johari telah memuat naik satu hantaran di Instagram memohon maaf kepada penyanyi dan pelakon popular tersebut atas kekhilafan yang berlaku.
“Haih na, permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu, Atu, sembarang saja kau ni bha. Banyak sangat baca komen netizen dia ni. Minta maaf ya @nabila.razali, dia melawak saja tu. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya.
“Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok. Kami ni bukan siapa-siapa, dia hanya seorang penghibur, biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yg bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah,” tulisnya panjang dalam hantaran tersebut.
Selepas insiden tersebut, Nabila turut menyatakan kekecewaan terhadap komen yang dinyatakan Atu dalam rancangan itu. Dia menyatakan bahawa komen tersebut seolah-olah sama sahaja seperti body shaming. Namun begitu dia tidak marah kepada pelawak tersebut namun berasa sedikit kecewa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Single terbaru Nabil Razali bukan hanya berjaya menambat hati peminat, malah ramai selebriti turut membuat cover lagu tersebut dengan versi mereka sendiri.
Terbaru, selebriti kelahiran Korea, Hyan Byul turut menyanyikan lagu Peluang Kedua ini dan apa yang lebih istimewa adalah dia menukar bahagian korus lagu ini dalam versi Korea.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...