September 2021 menyaksikan lapan buah drama Korea terbaharu yang bakal ditayangkan sepanjang bulan. Berikut merupakan antara drama yang menarik untuk ditonton.
Check this out!
1. Lost
Menceritakan kisah orang kebiasaan yang banyak menghabiskan masa secara sia-sia sepanjang hidup mereka. Namun, mereka akhirnya cuba mencari jalan keluar bagi mencapai kejayaan hidup.
Boo Jung (Jeon Do Yeon) merupakan seorang ghostwriter berusia 40-an yang merasakan dirinya gagal dan tiada apa-apa yang boleh dibanggakan dalam hidupnya. Kang Jae (Ryu Jun Yeol) pula merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun yang menjalankan perkhidmatan melaksanakan apa sahaja peranan dan karakter yang diminta pelanggannya. Walaupun dia berusaha untuk keluar daripada kemiskinan, dia menjadi takut pada dirinya sendiri kerana risau tidak akan berjaya melakukan apa-apa dengan baik.
2. High Class
Drama kehidupan kelas atasan ini menceritakan tentang penipuan dan kepura-puraan yang tersembunyi di sebalik kehidupan mewah wanita berkelas tinggi. Song Yeo Wool (Jo Yeo Jeong) ialah seorang pengacara popular yang kehilangan segalanya ketika dia terjebak dengan pembunuhan suaminya.
Dia mula merungkai misteri di sebalik kematian suaminya ketika bertemu dengan ibu rakan sekelas anaknya di sekolah. Kebetulan pula, suaminya berselingkuh dengan wanita itu sebelum dia dibunuh.
Ads
3. One The Woman
Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang mengalami kemalangan kereta dan menyebabkannya hilang ingatan. Ketika bangun daripada koma, hidupnya berubah menjadi Kang Mi Na, anak perempuan bongsu dalam keluarga Chaebol. Kang Mi Na yang seiras dengannya juga merupakan menantu dalam syarikat BK Group.
4. Yumi’s Cells
Drama komedi romantik ini adalah adaptasi daripada webkomik. Ia mengisahkan kehidupan seharian Yumi sebagai pekerja pejabat, dan sel otaknya aktif mengekspresikan emosi seperti kasih sayang, rasional dan baik buruk sesuatu benda. Sel-sel cinta Yumi pula mengalami koma berpanjangan kerana Yumi pernah mengalami kegagalan dalam hubungan lalu.
5. Squid Game
Ads
Squid Game ialah permainan kanak-kanak tradisional masyarakat Korea pada zaman 70an- 80an yang melibatkan fizikal di mana ada pihak penyerang dan pihak bertahan. Permainan ini dinamakan Squid Game kerana pemain akan melukis pelbagai bentuk geometri atas tanah (bulat, segi tiga, petak) untuk menghasilkan bentuk seakan sotong.
Ki-Hoon (Lee Jung-Jae) dipecat daripada pekerjaannya dan hidupnya berubah sengsara. Dia mendapat tahu tentang permainan survival rahsia dengan hadiah yang ditawarkan sebanyak 45.6 bilion won (RM 167 juta) kepada pemenang. Lalu, Ki-Hoon memutuskan untuk menyertai permainan itu.
6. The Veil
Han Ji-Hyuk merupakan perisik terbaik di National Intelligence Service (NIS) yang dikagumi ramai tetapi dia meletakkan NIS dalam krisis sebelum menghilang.
Ads
Setahun kemudian, Han Ji-Hyuk kembali ke NIS untuk mencari pembelot yang memusnahkan hidupnya. Dalam usaha untuk mengejar pengkhianat itu, dia berdepan musuh yang jauh lebih besar di sebalik organisasi itu.
7. Hometown
Berlatarkan sebuah kampung pada tahun 1999, drama ini mengisahkan seorang detektif polis bernama Choi Hyung In yang sedang menyiasat kes pembunuhan pelik dan Jo Jung Hyun yang sedang mencari anak saudaranya yang hilang. Mereka berdua kemudian terlibat dalam insiden dengan pengganas bernama Jo Kyung Ho (Uhm Tae Goo).
8. Dal Ri & Gamjatang
Menceritakan tentang seorang gadis bernama Kim Dal Ri yang merupakan anak tunggal kepada keluarga berada. Sementara itu, Jin Moo Hak merupakan pemuda yang berasal daripada keluarga pemilik restoran gamjatang.
Baru-baru ini, pelakon Nam Yoon Su dilaporkan telah menyelamatkan nyawa dengan mendermakan buah pinggang kepada bapanya.
Menurut laporan, pelakon yang berusia 27 tahun itu telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 19 Jun lalu untuk bapanya.
Kini, Nam Yoon Su sebagai penderma dan bapanya sebagai penerima kedua-duanya sudah pulih dan telah pun keluar dari hospital.
Dalam pada itu, Yoon Su yang popular dengan drama Extracurricular itu, telah menghentikan segala aktivitinya sejak awal tahun bagi membuat persiapan dan menjaga tubuh badannya untuk pembedahan pemindahan buah pinggang ini menimbulkan rasa kagum banyak pihak, bukan sahaja dari kalangan peminat malah masyarakat.
Pihak hospital yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan tersebut menyatakan bahawa sikap berbakti pelakon tersebut dan pengaruh baiknya itu telah membawa kepada hasil yang positif.
“Kami mendoakan agar dia terus menjadi bintang besar yang memberikan pengaruh baik dalam masyarakat kita”
Sementara itu, Nam Yoon Su juga bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Law Of Love In The City yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video di platform Instagram miliknya, hari ini.
Menurut anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu, dia bakal menunaikan ibadah umrah, pada awal bulan hadapan.
“Selamat pagi, comel tak? Banyak dm masuk kata cantiknya macam bidadari syurga. Tapi bagi saya apalah guna kalau kau cantik tapi tak dihargai. Manalah tahukan, betul-betul memang nak berhijab.
Selain itu, mereka turut mengharapkan Kak KM terus istiqamah dan segala urusannya untuk menunaikan umrah dipermudahkan.
“Cantik sangat sangat macam puteri Arab,” komen seorang pengguna.
“Ada maksud tersirat daripada Kak KM. Allahu, semoga di permudakan urusan umrah,” tulis pengguna lain.
“MasyaAllah, cantiknya Kak KM berhijab… semoga terus kekal istiqamah ya,” komen seorang lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Saban tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) bukan sekadar satu program yang mempertandingkan 12 buah lagu di atas pentas berprestij untuk dinobatkan sebagai karya muzik terbaik sepanjang tahun tersebut.
Ia juga merupakan satu medan terbaik untuk menyampaikan mesej tertentu dalam persembahan setiap finalis memandangkan ia ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia bahkan juga dari negara-negara serantau.
Edisi AJL ke-38 tidak terkecuali apabila ia sarat dengan mesej penting di sebalik konsep serta lirik lagu yang dipertandingkan.
Hasrat yang merupakan hasil cipta serta dinyanyikan oleh Amir Jahari, misalnya merupakan satu laungan solidariti oleh Amir kepada perjuangan rakyat Palestin yang sedang ditindas oleh rejim Zionis dan sekutunya.
Bercakap kepada REMAJA semalam, beliau berharap persembahannya di AJL ke-38 semalam membuka mata rakyat Malaysia terhadap nasib rakyat yang telah mati syahid di bumi Palestin.
“Walaupun kita berhibur, kita juga memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa (rakyat Palestin) di sana masih lagi bergolak, memerlukan bantuan tetapi satu dunia seolah-olah menutup mata,” katanya.
Menutup tirai pentas AJL semalam adalah persembahan Astana oleh penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri.
Kongsi Ernie, persembahan itu merupakan satu kesinambungan kepada persembahan Ku Bersuara yang pernah dipertandingkan sewaktu AJL ke-34 yang berkonsepkan penindasan terhadap wanita yang sebahagiannya menjadi mangsa penderaan domestik.
Kali ini, Ernie ingin mengajak wanita-wanita untuk keluar dari kisah hidup menyedihkan dan menjadi individu yang kuat.
“15 wanita di atas pentas bersama saya mewakili perasaan-perasaan wanita yang pernah ditindah, dibuli dan dicerca dalam kehidupan.
“Busana rekaan AMAZE kali ini juga melambangkan seorang wanita yang kuat. Lagipun busana ini lebih ringan jadi saya bebas bergerak untuk menghayati penyampaian,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!