Penyanyi rap dari kumpulan terkenal Stray Kids, Changbin baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-26 dengan satu tindakan penuh makna apabila beliau menyumbangkan 100 juta Won (lebih kurang RM305,000) kepada Samsung Medical Center di Seoul.
Menurut agensinya JYP Entertainment, sumbangan ini diberikan bersempena ulang tahun kelahiran pemilik nama sebenar Seo Changbin pada 11 Ogos lalu serta dana tersebut akan digunakan bagi membantu kos pembedahan, rawatan, dan penjagaan kesihatan mental kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
“Saya sangat bersyukur dengan cinta daripada para peminat, dan gembira dapat berkongsi sedikit harapan dengan anak-anak pada hari lahir saya,” kata Changbin melalui satu kenyataan rasmi.
“Saya berharap usaha ini dapat membantu mereka pulih dan membesar dengan sihat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, menurut wakil Samsung Medical Center berkata, sumbangan tersebut akan semestinya akan menjadi sumber kekuatan besar untuk para pesakit muda dan keluarga mereka. Selain itu, pihaknya akan memastikan dana tersebut digunakan dengan penuh teliti bagi menyokong rawatan dan pemulihan pesakit.
Selain sumbangan terbaru ini, Changbin sememangnya dikenali sebagai figura yang aktif dalam kerja-kerja amal. Pada tahun 2025, beliau bersama ahli Stray Kids lain telah memberi sumbangan kepada Hope Bridge Korea Disaster Relief Association dan World Vision untuk membantu mangsa kebakaran hutan di Gyeongsang Selatan dan Utara.
Pada tahun lalu, beliau turut menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turki-Syria dan dilantik sebagai ahli The Promise’s Honors Club.

Anda mungkin berminat dengan
Sehubungan itu, tindakan murni Changbin bukan sahaja mengangkat namanya sebagai artis berbakat, tetapi juga sebagai insan yang menggunakan pengaruhnya untuk memberi inspirasi kepada ramai, khususnya golongan muda yang memandang tinggi kepadanya.
Untuk perkembangan terkini, Stray Kids baru sahaja menamatkan jelajah dunia ‘dominATE’ yang melibatkan 54 konsert di 34 lokasi seluruh dunia. Kumpulan ini juga akan melancarkan album penuh keempat berjudul ‘Karma’ dengan lagu utama bertajuk Ceremony, dijadualkan keluar pada 22 Ogos ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Malam persembahan minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-11 berlangsung dengan penuh sengit apabila sembilan peserta mengambil cabaran bertemakan ‘Kencana’.
Bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, peserta bersaing untuk membawakan lagu-lagu yang menuntut mereka keluar dari zon selesa.
BACA: Gegar Vaganza 11: Reshmonu & Illa Sabry Tersingkir Minggu Keenam, Nyanyian Tanpa Muzik Liza Aziz Raih Markah Tertinggi

Pada akhir siaran, Liza Aziz mencuri tumpuan dengan persembahannya menerusi lagu Damelo, nyanyian asal oleh Dolla dan Hard Lights. Kegigihan mengangkat lagu tersebut membolehkan Liza menduduki tempat pertama dengan markah 81.90%.
Sementara itu,Fairuz Selamat terpaksa menduduki tempat terakhir dengan markah 59.20%. Bagaimanapun, tiada penyingkiran berlaku malam semalam dan Fairuz berpeluang meneruskan perjuangannya selepas keputusan pihak produksi untuk tidak menyingkirkan sesiapa.

Fairuz menyampaikan lagu OMK (Oh My Kadhale), hasil ciptaan Zubir Khan dan Ezra Kairo. Meskipun berada di kedudukan tercorot, dia masih diberi peluang untuk beraksi lagi dalam minggu seterusnya.
Setiap persembahan diadili oleh panel juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, dan Hetty Koes Endang.

Ini adalah kedudukan dan markah yang dicatatkan untuk konsert minggu ketujuh:

Keputusan akhir minggu ketujuh ini menyaksikan tiada penyingkiran, memberi kesempatan kepada semua peserta untuk terus bersaing dalam Gegar Vaganza 11.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Terbaru, Pusat Kebudayaan Persekutuan Rusia-Korea akan mengumumkan akan mengadakan pameran seni antarabangsa sebagai penghormatan atas pengaruh penyanyi terkenal, SUGA BTS.
Difahamkan, pameran ini bakal memaparkan beberapa karya seni daripada seniman Rusia yang terinspirasi daripada muzik dan pengaruh budaya SUGA BTS atau nama sebenarnya, Min Yoongi.
Dalam pada itu, antara tujuan utama acara ini adalah untuk menonjolkan bagaimana inspirasi artistik SUGA mampu menyumbang kepada penyebaran budaya Korea di Rusia serta mengukuhkan hubungan budaya di antara kedua-dua negara.

Selain itu, pameran ini turut dibahagikan secara tematik, dengan setiap bahagian menggambarkan pelbagai aspek budaya Korea dan bagaimana seniman Rusia memandangnya.
Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan Rusia-Korea, Irina Lavrik berkata melalui muzik dan karya seni SUGA telah mempengaruhi visi kreatif ramai seniman.
“Min Yoongi bukan hanya seorang pemuzik, beliau adalah fenomena budaya. Beliau juga antara pemangkin yang menyatukan orang-orang kreatif dengan kecintaan yang sama terhadap seni dan budaya Korea,” katanya.

Pada masa yang sama, pameran Seni Antarabangsa ‘Tribute to Min Yoongi’ ini akan diadakan di Daegu pada 4-9 Mac akan datang.
Sekadar info, kini lima anggota BTS iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin masih lagi menjalankan perkhidmatan berkenaan sejak Disember 2023 dan mereka dijangka akan bersatu semula pada pertengahan tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Kalau kamu alert dengan perkembangan isu semasa, pastinya isu pakaian kabin krew penerbangan terlintas di timeline laman media sosial kamu.
Sebenarnya ia bukanlah satu isu baru tetapi telah berkali-kali dibahaskan oleh ahli-ahli politik sesama mereka. Malah semalam isu ini telah sekali dibangkitkan oleh seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang menyatakan uniform yang dipakai oleh krew kabin Malaysia Airline terlalu ‘terdedah’ dibandingkan dengan penerbangan negara lain.
Dan menjawab respons tersebut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata dia tidak dapat memberi komen tentang perkara tersebut sama ada ia terlalu ‘terdedah’ atau tidak. Jika tidak berasa selesa harus mengalihkan pandangannya sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Fakta Penting Insurans Perjalanan Ketika Melancong Luar Negara
Tambahnya lagi, syarikat penerbangan mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan uniform kakitangan selagi ia tidak menghalang mereka melakukan tugas terutamanya bila berdepan dengan kes kecemasan serta sesuai dengan imej korporat.
Walau apa pun REMAJA hanya berharap yang terbaik buat MAS dan juga rakyat Malaysia secara amnya. Jom kita tengok 10 uniform tercantik syarikat penerbangan di seluruh dunia pilihan REMAJA!
∞