
Tentu ramai berangan-angan nak kuruskan. Ya la, tubuh yang kurus dikatakan ala-ala super model!
Soal bentuk badan sering kali menjadi igauan orang perempuan. Baik yang masih bujang mahupun yang sudah mendirikan rumah tangga. Pantang peha “kembang” sedikit, kita akan mula buat senaman. Itu belum lagi tang perut yang menonjol, lagilah risau ya amat. Maklumlah kalau boleh baju nak pakai saiz M.
Tapi di media sosial, di saat melihat ramai yang post gambar makanan sedap-sedap, kita mula memburu ke lokasi dinyatakan dan melupakan seketika diet berkenaan.
REMAJA ada idea paling mudah untuk korang menahan nafsu makan.
Korang boleh letak di wall paper telefon bimbit masing-masing gambar bento makanan ini!



Mungkin inilah “penahan nafsu”paling baik untuk mengekang nafsu makan kita bila melihat makanan yang enak-enak.





Bento makanan ini enak rasanya cuma gambarnya yang agak menggerikan!
Ada bran nak try? Ya, selamat mencuba diet terbaik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ratu Cantik Malaysia Angkut ‘7 Puteri’ Ulek Mayang Di Miss Grand International 2021

Pada bulan Mac lalu, wanita jelita berdarah kacukan Cina-India, Jasebel Robert pernah mencipta magis di pentas Miss Grand International 2020 setelah wakil Malaysia itu berjaya menembusi senarai 10 peserta terbaik.

Jasebel, 25 terpilih menyertai senarai Top 10 apabila mengenepikan populariti 63 peserta lain untuk dinobatkan sebagai pemenang kategori Miss Popular Vote. Sekaligus, Jasebel menjadi wakil Malaysia pertama di pertandingan Miss Grand International yang berada di kedudukan Top 10.
ARTIKEL BERKAITAN : Wakil Miss Grand Malaysia Catat Sejarah, Bolos Posisi TOP 10 – REMAJA
Untuk edisi Miss Grand International 2021 yang kini sedang berlangsung di Bangkok Thailand pula, wakil Malaysia ke pertandingan tersebut pun tidak kurang hebatnya. Malaysia diwakili oleh Lishalliny Kanaran dan dia sedang berdepan saingan daripada 60 peserta lain dari seluruh dunia untuk cuba melakukan yang terbaik bagi menyamai prestasi Jesebel pada edisi lepas mahupun memperbaiki kedudukan Malaysia ke senarai 5 terbaik. Siapa tahu, rezeki dan tuah berpihak kepada negara pada tahun ini?
BACA LAGI : Lishalliny Kanaran Dinobatkan Sebagai Miss Grand Malaysia 2021 – REMAJA

Menghampiri acara finale pada 4 Disember ini, Miss Grand International 2021 pada malam ini telah melangsungkan segmen kostum nasional terbaik yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube Grand TV.
Lishalliny tampil bersedia apabila dia memperkenalkan keunikan kostum dan kisah di sebalik persembahan Ulek Mayang yang berasal dari negeri Terengganu.
Bukan mudah ya untuk Lishalliny mempersembahkannya dek saiz kostum rekaan khas pereka Sarawak, Aldrin Artistry itu yang dianggarkan seberat 50 kilogram!

Sedikit info mengenai budaya Ulek Mayang; ia merupakan sejenis tarian penyembahan yang asalnya adalah upacara rawatan tradisional seorang bomoh ke atas nelayan yang tidak sedarkan diri dan telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta terhadapnya.
Demi membawa pulang roh nelayan berkenaan, puteri laut telah menyeru lima lagi saudaranya untuk melawan si bomoh hinggalah tercetusnya pertarungan di antara bomoh dan keenam-enam puteri.

Akhirnya, puteri sulung yang juga merupakan puteri ketujuh meleraikan pertarungan dan memerintahkan agar kelompok yang berasal dari darat untuk pulang ke darat sementara puteri-puteri laut untuk pulang semula ke dunia mereka.
Sebagai ucapan terima kasih di atas bantuan puteri ketujuh, nelayan tersebut dan rakan-rakan menyembahnya dengan nasi berwarna hinggalah kehadiran agama Islam di bumi Terengganu.
*
Berbalik kepada wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2021, rekaan kostum Ulek Mayang ini diakui ramai sebagai salah satu kostum nasional terbaik yang pernah dihantarkan oleh Malaysia ke pentas pertandingan ratu cantik.

Bukan saja kostum serba biru-hitam keemasan ini menarik untuk ditatap, malah persembahan Lishalliny yang membawa bersama ‘tujuh orang puteri laut’ dengannya selama kira-kira 42 saat pada malam ini tampak cukup menyakinkan.
Lihat sajalah klip persembahannya di bawah :
Jika korang masih ingat pada Miss Grand International 2020, Malaysia juga pernah memukau penonton menerusi kostum yang diinspirasikan daripada budaya Mak Yong; sehinggakan ia tercalon dalam senarai 10 kostum terbaik oleh pihak juri.

ARTIKEL BERKAITAN : Dari Kelantan Ke Miss Grand International, Kostum Malaysia Masuki TOP 5! – REMAJA
Penganjuran Buka Peluang Sektor Pelancongan Thailand
Miss Grand International 2021 mula dilangsungkan pada 17 November lalu di kepulauan Phuket untuk mempromosikan sektor pelancongan Thailand. Ia bersempena pembukaan semula sempadan negara itu kepada pelancong asing menerusi program sandbox yang diperkenalkan oleh pihak kerajaannya.
Selain itu, penganjuran Miss Grand International 2021 juga dilihat sebagai strategi Thailand untuk kembali merancakkan sektor pelancongan yang merupakan salah satu sektor paling menguntungkan negara Gajah Putih itu.
BACA LAGI : Thailand Kembali Benar Pelancong Malaysia Masuk & Melawat 17 ‘Zon Biru’ – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Guna Putik Kapas Keluarkan Serangga Masuk Telinga, Tak Sangka TEKNIK TU SALAH

Putik kapas antara alat yang sering digunakan untuk membersihkan telinga. Masa yang sama, putik ini turut berfungsi untuk menyapu luka. Dalam banyak fungsi kebaikannya, kita turut menggunakannya kalau tanpa terduga serangga masuk ke telinga.
Biasanya selepas memasukkan air, kita akan mengeluarkan serangga itu menggunakan putik kapas kerana beranggapan, ia teknik betul. Tapi baca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin ini teknik sebenar untuk mengeluarkan serangga khususnya lipas jika memasuki telinga seperti dikongsinya di fb miliknya, Kamarul Ariffin.

“Doktor, lipas masuk telinga saya!”
Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat? Nak tahu? Jom baca!
Tanda-tanda serangga masuk telinga:
– Berdengung
– Bunyi keritik
– Pergerakan
– Sakit
– Kurang dengar
– Keluar air/nanah
– Berdarah
Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?
- BERTENANG
Memanglah ngeri dan geli geleman bila serangga masuk dalam telinga tapi cuba untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam. - GUNA GRAVITI
Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga. - ELAK GUNA PUTIK KAPAS
Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga. - ELAK GUNA PENGEPIT
Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit (twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga. - GUNA MINYAK ZAITUN
Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati. - CUCI DENGAN AIR
Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti. - JUMPA DOKTOR
Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.
HATI-HATI!
Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.
Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.
Itu sahaja! Moga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan kita, tanggungjawab kita
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenali 4 Simptom Jangkitan Kuman Ke Paru-Paru Yang Sebabkan Kematian! #1 Demam Yang Tinggi

Pemergian selebriti chef, Adamdidam atau nama sebenarnya Muhammad Adam Mahamed Ismail, 29 tahun akibat jangkitan kuman ke paru-paru tika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan sememangnya amat mengejutkan orang ramai. Dalam usia agak muda, ditambah sikapnya yang menyenangkan dan pemergian di bulan Ramadan membuatkan ramai bersimpati.
Di sebalik punca kematiannya iaitu jangkitan kuman di paru-paru tentu ramai ingin tahu bagaimana penyakit ini berlaku, simptom dan sebagainya yang dikongsikan oleh Dr Latif Saad dari TheDiagnosa yang berkongsi artikel ini di page tersebut.

Baca penulisan Doktor Latif ini.
Sebelum itu saya nak ucapkan takziah kepada keluarga Chef Adamdidam yang baru sahaja telah pergi meninggalkan kita.
Post ini dibuat untuk menjelaskan beberapa perkara berkenaan dengan jangkitan kuman paru-paru sebab ada yang pelik dan bertanya kepada saya ketika kes Adamdidam ni berlaku. Soalannya “Jangkitan kuman paru-paru boleh menyebabkan kematian ke?”
Jawapannya Ya. Ia boleh menyebabkan kematian.
Ada dua cara dimana ia boleh meragut nyawa.
1. Jangkitan paru-paru yang teruk
Jangkitan paru-paru yang teruk boleh berlaku apabila tidak dirawat dengan cepat ataupun jangkitan kuman tersebut berpunca daripada kuman yang berbahaya seperti Streptococcus pneumoniae.
Jangkitan kuman seperti ini boleh berlaku sehingga menyebabkan paru-paru anda dipenuhi dengan air jika tidak dirawat dengan cepat.
Disebabkan itulah, terdapat vaksin pneumococcal untuk mengelakkan jangkitan paru-paru disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae. Boleh pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan suntikan vaksin ini.
2. Septic shock
Septic shock ataupun ‘renjatan sepsis’ ini bermaksud satu keadaan dimana jangkitan kuman daripada paru-paru telah merebak ke dalam darah dan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Ketika mana tekanan darah menjadi rendah, bekalan darah kepada organ seperti buah pinggang dan hati akan berkurangan. Ini menyebabkan organ tersebut mengalami kegagalan dan badan tidak mampu lagi mengawal tekanan darah.


Ia akan berakhir dengan kurangnya darah yang boleh dipam pergi ke otak atau ke jantung. Akhirnya, jantung akan berhenti dengan sendirinya dan pesakit akan meninggal dunia.
Pesakit-pesakit yang menghadapi septic shock ini selalunya akan diberikan ubat untuk mengekalkan tekanan darah tersebut pada tahap yang normal. Ubat itu akan disuntik secara berterusan melalui satu mesin supaya tekanan darah sentiasa berada pada tahap yang normal.
Punca lain yang menyebabkan jangkitan kuman yang teruk
Ada juga lagi satu punca yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk iaitu ia boleh disebabkan jangkitan measles (demam campak).
Apabila seseorang itu dijangkiti demam campak, sistem imun badannya akan menjadi lemah untuk beberapa bulan.
Pada masa inilah kuman daripada luar mudah untuk masuk ke dalam paru-paru menyebabkan jangkitan paru-paru yang sukar untuk diubati. Sebab itu banyak kematian daripada demam campak measles ini adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Oleh itu, dinasihati kepada ibu bapa diluar sana untuk mengikut jadual vaksin yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah simptom jangkitan kuman paru-paru?
Selalunya pesakit akan mengadu beberapa simptom iaitu:
- Demamyang tinggi
- Batukyang teruk
- Sesak nafas
- Bernafas dengan laju.
Jika anda atau anak anda menghadapi perkara ini, maka cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan
Kesimpulan
Jangkitan kuman pada paru-paru memang mudah berlaku dalam masyarakat kita. Akan tetapi ia boleh menjadi teruk hingga boleh meragut nyawa. Oleh itu, jika anda mempunyai simptom yang teruk seperti di atas, sila terus berjumpa dengan doktor.
Mohon share supaya orang lain boleh membaca artikel ini dan jangan lupa like page TheDiagnosa untuk sebarang info kesihatan.
Sumber : TheDiagnosa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

