Korang tau tak, 2019 merupakan ulangtahun ke 30 untuk filem animasi asal The Little Mermaid?!
Wow, dah dewasa Ariel rupanya. Hehe..
Tiup lilin 30th birthday ke tiup awning rambut, Ariel?
Impak daripada filem tersebut kepada fesyen, barangan harian, warna pelangi di merata-rata tempat malah persembahan air secara live oleh ‘mermaid’ masih dapat dirasakan pada hari ini.
Jadi, REMAJA nak cadangkan 8 barangan dan pengalaman menarik untuk korang cuba serta miliki.
01
Selimut
Untuk korang yang selalu complain sejuk bila sibuk melayan Netflix di sofa atau katil tu, ni adalah barangan paling perfect untuk korang dapati. Comel sangat warna yang ada, macam paddle-pop!
TYPO RM55 . Dimensi: 160sm
02
Beg
Boleh tak jangan nak cantik sangat beg tu! Jealous tengok bila ada kawan menggunakan beg plastik metalik ini. Saiz pun just nice iaitu sekitar 2 x 28 x 32sm.
H&M RM64.95
Ads
03
Skirt
Seriuslah ada long skirt mermaid macam ni, untuk DEWASA?
Skirt high waist berfabrik jersi ini lengkap dengan getah elastik pada pinggang dan kain chiffon di bawah. Apa salahnya jika korang nak mencuba sesuatu yang comel. Padankannya dengan Hi Cut Converse okay.
H&M RM157.95
04
Face Jewel
Semua orang nak tampil berbeza ketika mereka menghadiri majlis, event dan konsert. Selain daripada pakaian, korang pun boleh cuba menambah sedikit sparkle dengan aksesori wajah daripada Tarte ini.
Lekatkan saja pada kulit (ia tak bergerak, REMAJA dah cuba!) untuk membuat statement pada wajah.
Ads
Sephora RM51
05
Rantai
Rantai jenis charm adalah sesuatu yang biasa. But look at how cute this is! Setiap charm yang disediakan boleh dibuka sekiranya korang ingin mengubah posisinya.
Lovisa RM65
06
Buku Nota
Ads
Buku nota adalah item yang wajib korang ada jika menyukai konsep mermaid. Terutamanya jika ia hadir dengan cushion cover yang bertukar warna seperti ini.
Bagi yang sukakan corak grafik melucukan, buku nota Cat-Maid ni mungkin akan korang sukakan. Betul tak Ariel?
Sassy RM24.80 . Dimensi: A5
07
Stokin & Kotak Pensil
Tak berapa nak sukakan perhiasan mermaid besar dan on-your-face? Cuba barangan bercorak subtle seperti stokin dan kotak pensil ini.
Topshop RM20 & RM98 (setiap satu)
08
Mermaids Alive
Dah ada semua barangan mermaid, sekarang tiba masa untuk korang ambil peluang cuti sekolah akan datang dan ‘beraksi’ bersama mermaid!
Lets bergambar di cengkerang ini...dan makan aiskrim mermaid.Antara ‘mermaid’ yang ada untuk korang bergambar dan berenang sama.Spongebob & Patrick pun adalah!
Bermula dari 23 Mac hingga 31 Mac, kawasan Surf Beach Sunway Lagoon akan bertukar wajah dengan adanya karakter ikan duyung, Mermaid Makeover, berenang bersama mereka dan mendapatkan barangan seperti pool floats, makanan, minuman dan aksesori – kesemuanya bertemakan mermaid.
Jadi jangan lepaskan peluang okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang tahu kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.
Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. (sumber Utusan Malaysia).
Namun tentu ramai yang tertanya-tanya apa maksud di sebalik bunyi mengiau seekor kucing?. Binatang manja ini selain mahu mencari perhatian, ia biasanya lapar atau ingin bermanja.
Baca perkongsian seperti disyerkan oleh Amyatz di laman fbnya. Tak sangka, maksud di sebalik mengiau kucing membawa maksud Ya Rahim atau Allah maha mengasihani.
Tahukah anda…?
Kucing merupakan makhluk yang berkat. Mengapa? Kisah ini dipetik daripada kisah Badiuzzaman Said Nursi; seorang pejuang dan pemikir Islam Turki. Ketika beliau berseorangan di pondok, beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing.
Terlintas di hatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain, makan dan tidur tidak seperti makhluk lain yang melakukan pekerjaan.
Pada malam itu, Badiuzzaman Said Nursi ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya. Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Badiuzzaman Said Nursi lalu berzikir “YA RAHIM” berulang kali.
Pada awalnya beliau berkira ia hanya mimpi namun ia memang benar. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing-kucing ini mengiau dengan menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan. Kucing-kucing ini seperti sedang merayu kepada TuhanNya yang bersifat Ar-Rahim.
Ramai yang baik hati memberi kucing makan kerana mudah berasa belas kasihan melihat binatang ini
Allahuakbar. Tanpa kita sedar inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yang berkat di sisi Allah dan kucing tidak berzikir dengan nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dengan manusia. Kucing sangat memerlukan belas kasihan daripada manusia.
Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan daripada tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa untuk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya kerana tidak kedekut berkongsi rezeki dengan makhluk sepertinya. Dan adakah kita mengira doa daripada kucing ini tidak makbul? Ia pasti makbul kerana darjatnya tinggi di sisi Allah walau ia hanya seekor kucing.
Dan kucinglah haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Jadi kwn-kawan, sayangilah kucing dan jangan pernah sesekali menzaliminya. Ketahuilah bahawa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat untuk kita. Setidak- tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing, Allah SWT akan redha pada kita dan dapat menolong kita di akhirat kelak.
Hormat sapa yang sudi kongsi makanan dengan kucing.
#PatutlahRezekiTidakPutus
Wallahu a’lam…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yasss! Sebuah lagi filem Marvel Studio dari Marvel Cinematic Universe (MCU) menampilkan superhero terbaru kini bakal menemui penontonndi pawagam.
Filem ‘Black Panther’ merupakan satu lagi karya hebat MCU yang tidak pernah gagal menghiburkan kita dengan pelbagai jalan cerita, aksi, drama dan konflik berskala kecil, sederhana atau global. Diteraju oleh pengarah berbisa berketurunan African American, Ryan Coogler, Black Panther menampilkan kisah superhero yang sangat berbeza dari karya-karya MCU terdahulu.
Pertama kali watak Black Panther muncul dalam MCU ialah menerusi filem ‘Captain America: Civil War’. Dan pengenalannya walaupun tidaklah banyak tetapi sudah cukup untuk memberi kita idea tentang karakter, kekuatan serta personaliti yang dimiliki oleh T’challa atau Black Panther sebagai raja negara misteri di Afrika, Wakanda.
Penampilannya sebagai Raja Wakanda dan pahlawan tradisi temurun mereka dikenali dengan nama Black Panther memberikan dimensi supehero yang unik dan sangat berbeza; a new kinda cool breed superhero MCU! Dan paling penting dia merupakan watak adiwira kulit hitam yang awesome, bukannya bertindak sebagai sidekick semata tetapi sebagai watak utama.
Selepas kematian bapanya akibat serangan bom (kejadian berlaku di dalam Civil War), Black Panther pulang ke Wakanda untuk ditabalkan sebagai raja baru. Dengan tanggungjawab yang baru, dia bertekad menjadikan Wakanda sebagai sebuah negara yang aman tenteram. Namun, ia tidak semudah itu. Selepas mendapati ada kes rompakan di sebuah muzium melibatkan vibranium, Black Panther bertindak untuk menjejak pengganas, Ulysses Klaue.
T’Challa juga berdepan dengan ‘kisah silam’ yang kembali menghantui legasi keluarganya dan Wakanda dengan kemunculan jejaka misteri Erik ‘Killmonger’ Stevens. Kemunculan Killmonger bukan sahaja menggugat kestabilan Wakanda tetapi juga kredibiliti kepimpinan T’challa.
Black Panther bukanlah sebuah filem adiwira ‘tong kosong’. Is penuh dengan mesej politikal yang dirumuskan dengan penuh gaya. Struggle masyarakat kulit hitam menjadi tema utamanya dan bagaimana T’challa bertindak secara rasional terhadap isu ini menjadikan filem ini sebuah karya yang sangat hebat.
Jangan lupa saksikan Black Panther di pawagam bermula pada 13 Februari 2018.
Rating – 4.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...