Berita

727 Barangan & Kereta Mewah Datuk Seri Vida Bakal Dilelong, Nilai Cecah Lebih RM1 Juta!

Share

Selepas hampir setahun tertangguh, proses lelongan Datuk Seri Vida yang melibatkan ratusan barangan peribadi dan kenderaan mewah akhirnya bakal diteruskan pada 30 Oktober ini. Kes ini menjadi tumpuan ramai kerana melibatkan lebih 727 barangan termasuk empat buah kereta mewah dengan nilai keseluruhan dianggarkan melebihi RM1 juta.

Menurut laporan Harian Metro

, tindakan lelongan itu dibuat oleh pemiutang AH Design Communication Sdn. Bhd., sebuah syarikat subkontraktor yang pernah dilantik oleh DSV untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian banglo mewahnya di Ipoh, Perak. Namun, hubungan perniagaan antara kedua-dua pihak mula tegang selepas berlaku pertikaian bayaran tertunggak yang dilaporkan berjumlah lebih RM1 juta sejak tahun 2018.
Vida

Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Lelongan Datuk Seri Vida

Sebelum ini, proses lelongan yang dijadualkan berlangsung pada Disember tahun lalu ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan DSV untuk menangguhkan acara tersebut. Namun, selepas hampir setahun, mahkamah menolak permohonan terbaharu beliau apabila gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan bahawa sebahagian barangan yang disita adalah barangan pinjaman.

Lelongan ini dijalankan berdasarkan notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Ia akan dilakukan secara terbuka dan dijangka menarik minat ramai pembeli serta peminat figura usahawan terkenal itu.

727 Barangan Termasuk Empat Kereta Mewah

Dalam operasi sitaan yang dijalankan pada 25 November 2024, sebanyak 727 barangan telah diambil dari kediaman DSV. Antara yang tersenarai termasuk pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk, dan koleksi pakaian berjenama, selain empat buah kereta mewah yang sering menjadi simbol kemewahan beliau di media sosial.

Walaupun berita lelongan Datuk Seri Vida ini mengejutkan ramai pihak, DSV sebelum ini dikenali sebagai individu yang cekal dan tidak mudah mengalah. Sepanjang bergelar usahawan dan selebriti, beliau sering tampil dengan aura positif, selain terus aktif dalam dunia hiburan dan perniagaan kosmetik.

Realiti Dunia Glamor & Pengajaran Di Sebalik Lelongan

Kisah Datuk Seri Vida ini menjadi pengajaran bahawa dunia kemewahan tidak selamanya indah seperti yang dilihat di media sosial. Di sebalik imej glamor dan kejayaan besar, terselit cabaran yang memerlukan kekuatan mental dan emosi luar biasa untuk dihadapi oleh seseorang figura awam.

Majalah Remaja akan terus mengikuti perkembangan lelongan Datuk Seri Vida ini dan membawa senarai penuh barangan serta nilai lelongan rasmi sebaik maklumat diumumkan hujung bulan ini. Nantikan laporan lanjut hanya di platform kami!

BACA LAGI : Bapa Suspek Kes Bunuh Pelajar Bandar Utama Luah Penyesalan Mendalam

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana