Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya banyak jenama terkenal mempunyai produk lain selain daripada produk asas mereka. Kalau kita sebut Maggi, mesti orang akan ingat mi segera dan kalau kita sebut Colgate, mestilah orang akan ingat ubat gigi.

Namun begitu, ada juga jenama terkenal mengeluarkan produk yang agak pelik dek kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Malang sekali, ia tidak mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai.

Jom kita lihat antara jenama-jenama terkenal yang yang pernah mengeluarkan produk pelik ini yang pasti membuatkan korang tidak sangka.

1. Kereta Levi’s

7 Produk Pelik Yang Pernah Dihasilkan Oleh Jenama Terkenal, Namun Tiada Sambutan
Foto: Pinterest

Syarikat kereta AMC telah bekerjasama dengan jenama Gremlin Levi’s pada sekitar 1970-an untuk menghasilkan kereta Levi’s. Kereta ini tidak hanya berwarna biru seakan jeans Levi’s, malah tempat duduk kereta itu juga diperbuat daripada bahan denim.

2. Sunscreen KFC

7 Produk Pelik Yang Pernah Dihasilkan Oleh Jenama Terkenal, Namun Tiada Sambutan
Foto: Time Magazine

Jangan takt ahu KFC pernah mengeluarkan Sunscreen Kentucky Fried Chicken SPF 30 pada tahun 2016. Ia bukan hanya dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari, malah produk ini juga turut berbau ayam goreng KFC.

IKLAN

Motif?

3. Lilin KFC

7 Produk Pelik Yang Pernah Dihasilkan Oleh Jenama Terkenal, Namun Tiada Sambutan
Foto: Eater

Nampaknya KFC selalu juga menghasilkan produk-produk yang pelik ya. Mereka juga pernah menghasilkan lilin wangian dengan aroma ayam goreng KFC. Namun, ia hanya dijual di New Zealand sahaja dalam kuantiti terhad.

4. Pakaian keluaran McDonalds

7 Produk Pelik Yang Pernah Dihasilkan Oleh Jenama Terkenal, Namun Tiada Sambutan
Foto: Sooper Boy

Jenama restoran makanan segera ini pernah melancarkan tema burger Big Mac yang terdapat pada fesyen pakaian di Sweden. Bukan hanya t-shirt, ia ilustarasi corak Big Mac itu juga turut dicetak pada seluar, jaket hujan, cadar dan kasut.

IKLAN

5. Makanan sejuk beku Colgate

7 Produk Pelik Yang Pernah Dihasilkan Oleh Jenama Terkenal, Namun Tiada Sambutan
Foto: Pinterest

Jenama ubat gigi terkenal, Colgate pernah menghasilkan produk makanan sejuk beku dan ia merupakan kegagalan terbesar syarikat mereka kerana ramai yang takut untuk mencubanya.

Mungkin takut rasa pudina. Hiks!

IKLAN

6. Minyak wangi Zippo

7 Produk Pelik Yang Pernah Dihasilkan Oleh Jenama Terkenal, Namun Tiada Sambutan
Foto: Carousell

Jenama terkenal untuk produk lighter ini pernah mengeluarkan produk minyak wangi untuk kaum wanita. Walaupun berbau harum, rupa botolnya tidak memberi keselesaan kepada pengguna kerana bentuknya yang sama seperti lighter Zippo.

7. Ubat gigi Pond’s

7 Produk Pelik Yang Pernah Dihasilkan Oleh Jenama Terkenal, Namun Tiada Sambutan
Foto: LinkedIn

Jenama skincare ini telah mengeluarkan produk ubat gigi dan tidak ada yang berminat kerana Pond’s lebih dikenali sebagai produk kecantikan.

Ha, amacam? Pelik tapi benar kan. Ada yang rasa nak cuba ke?

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI