7 Pesona Si Comel Kim Sejeong! Heroin KDrama ‘A Business Proposal’

Share

Siapa jangka “A Business Proposal” bakal menerima sambutan yang hangat selepas beberapa tayangan.

ARTIKEL BERKAITAN : 8 K-Drama Terbaharu Yang Akan Ditayangkan Sepanjang Mac 2022

Bahkan drama yang dibintangi Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong ini berjaya duduk seiring dengan naskhah yang dibarisi pelakon popular seperti “Thirty-Nine” dan “Forecasting Love & Weather”.

Walaupun baru 4 episod namun “A Business Proposal” telah berjaya mencuri perhatian ramai dan mencipta rekod di pelbagai platform. Paling mencuri perhatian ialah heroin drama Korea A Business Proposal. Lihat gambar dan beberapa fakta ringkasnya.

1. Kim Sejeong dilahirkan pada 28 Ogos 1996 dan kini berusia 26 tahun.

2. Kim Sejeong memulakan kerjayanya pada usia 16 tahun dengan menyertai satu program yang berjudul KPop Star 2

Foto Via koreaboo.com

3. Namanya semakin popular menerusi Survival Show Produce 101 pada tahun 2016

4. Kim Sejeong pernah menyertai Girl Grup Gugudan namun kini telahpun dibubarkan

5. Tidak hanya pandai menyanyi, Kim Sejeong juga berbakat dalam dunia lakonan

Foto Via Jellyfish Entertainment

6. Drama sulung lakonan Kim Sejeong yang berjudul ‘The Sound Of Your Heart’.

7. Kim Sejeong dikenali sebagai seorang yang peramah

“A Business Proposal” berkisarkan tentang drama komedi romantis tentang seorang pekerja pejabat yang pergi ke ‘blind date’ dengan CEO syarikatnya, menggantikan rakannya sambil menyembunyikan identiti sebenar.

Memang popular kan “A Business Proposal” sekarang? Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

BACA LAGI : Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Ini 5 Fakta Tentang Drama Layangan Putus

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN