Sempena ulang tahunnya ke-20 tahun, macam-macam jenis persembahan best yang disediakan oleh Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP)
Contohnya seperti kelmarin semasa cuti Hari Malaysia, DFP dan Malaysia Philharmonic Orchestra telah mempersembahkan acara ‘Semalam Di Malaya’. Macam-macam lagu nostalgia Melayu yang penulis sempat dengari dan tonton, seperti Jelingan Manja, Ibu, Hujan Di Tengahari dan banyak lagi.
Memang tak menyesal lah pergi, lagi-lagi bila ada kelibat penyanyi seperti Liza Hanim dan Aisyah.
Kalau korang tak sempat tengok kelmarin, jangan risau.
Banyak lagi persembahan special yang akan datang pada November depan, dan kebanyakannya melibatkan ahli muzik serta penyanyi ‘helok’! Yelah, bila pakejkan bakat dan rupa, barulah syok sikit nak datang hehe..
But in all honesty, mereka sememangnya berbakat dan berpengalaman dalam persembahan pentas. Tak rugi kalau korang luangkan masa untuk ke DFP November ini. Jom tengok siapa yang ada.
Ads
Ray Chen
Pemain violin berbakat, Ray Chen dan MPO akan memainkan Symphonie Espagnole. Muzik-muzik ciptaan dari negara Eropah seperti Perancis dan Bohemia akan membuatkan korang kagum dengan bakat Ray.
Bila: 3 November (8.30 malam) & 4 November (3.00 petang)
Leonard Jacome
Sekali lagi, pemain harp kelahiran Venezuela ini kembali semula ke DFP untuk persembahan Viva Venezuela yang akan diketuai oleh konduktor, Sasha Makila. Kali terakhir Leonard ke Malaysia adalah pada tahun 2016 dan penulis masih tergiang lagi petikan tali harp akustik dan elektriknya.
Bila: 10 November (8.30 malam) & 11 November (3.00 petang)
Ads
Michael Cavanaugh
Mesti ramai yang meminati muzik piano daripada Billy Joel, kan? Kali ini, anak didiknya pula yang akan mengimbas kembali muzik ciptaan Billy Joel. Digelar sebagai suara American Rock & Roll baru, mesti korang akan tercengang menonton Michael di belakang piano sambil menyanyi.
Bila: 17 November (8.30 malam) & 18 November (3.00 petang)
Mathias Rexroth & Roberto Abbado
Lebih berpengalaman, lebih hot kan? Hehe..
Ads
Roberto Abbado merupakan antara maestro veteran yang akan berkolaborasi dengan DFP. Melalui persembahan berjudul ‘Choral Spectacular : Carmina Burana’ ini. Roberto akan mengetuai orkestra untuk memainkan masterpiece daripada Orff dan Hadyn. Ia juga akan melibatkan baritone, Wang Yunpeng dan tenor, Mathias Rexroth.
Bila: 24 November (8.30 malam) & 25 November (3.00 petang)
Tomok & Black
Bulan November akan diakhiri dengan persembahan istimewa daripada penyanyi berbakat, Tomok dan Black. Bukan senang untuk penyanyi tempatan diberikan peluang untuk membuat persembahan di DFP.
Walaupun dinamakan ‘Tomok vs Black – In The Spotlight’, namun penulis percaya masing-masing ada keistimewaan vokal sendiri. Tak sabarnya!
Bila: 28 November (8.30 malam)
So mana satu yang paling korang nak tengok? Yang penting enjoy okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibarat mengambil keberkatan penghulu segala hari, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama. Menerusi muat naik di Instagram Ernie dan juga Syamil sebentar tadi, pasangan penyanyi bersuara lunak itu telahpun berkongsi gambar memegang buku ‘pink’ rekod ibu dan bayi.
Keduanya pasangan ini, menulis kapsyen ringkas dengan mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepada mereka. Pasangan ini juga memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Untuk info pasangan ini selamat diijabkabul pada Mac lepas, ramai yang membuat spekulasi bahawa Erni Zakri sedang berbadan dua kerana makin nampak berseri-seri seperti seri ibu hamil.
Selepas beberapa ketika bermain teka-teki, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi menerusi perkongsian ini.
Seperti dijangka, muat naik tersebut mendapat ucapan tahniah dan doa yang baik-baik daripada para peminat dan rakan artis.
Apa yang pasti, pasangan ini cukup sweet di mata kami dan tahniah kami ucapkan buat Ernie Zakri dan Syamel!
Tidak terlepas untuk menzahirkan ucapan ucapan tahniah buat suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, pelakon Puteri Sarah bagaimanapun memberi bayangan bakal membongkarkan sesuatu dalam video yang akan dimuat naiknya dalam masa terdekat.
Menerusi satu hantaran di Instastory miliknya, pelakon cantik itu juga tertanya-tanya mengapa setiap yang berlaku diletakkan kepada dirinya selain mendakwa pernikahan itu sudah berlangsung beberapa bulan lalu.
“Semua yang berlaku adalah kesilapan saya? Sekejap ya, saya tengah lakukan sesi pengambaran. Sebentar lagi saya buat video. Tunggu ya.
“Apapun, tahniah sebab akhirnya mengaku dan berdaftar. Selepas sudah berbulan nikah di Thailand kan ,” tulisnya ringkas.
Sempat REMAJA menjengah pada perkongsian terbaharunya, Sarah turut mencoretkan kenyataan lain berkaitan polemik rumah tangga yang berlaku.
“Jika Syaikul dan Sumayyah boleh beri keterangan kepada mahkamah, mereka akan kata ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik. Bukan kami’.
“@syamsulyusoffilm do not turn your stupidity towards me. Jangan gunakan nama Allah untuk menjadikan kamu malaikat di mata manusia,” tulisnya.
Pengarah, Syamsul Yusof akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini. Pengakuan itu dibuat Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya, sebentar tadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bermula dengan sukan pushbike, akhirnya telah membawa tuah buat seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mikayla, apabila kini bergelar pelakon cilik.
Penglibatan dalam sukan tersebut juga telah membuka ruang dan peluang besar buat adik Mikayla sehingga ditawarkan menjadi pelakon utama menerusi drama bersiri Budak-Budak Pushbike, yang bakal ditayangkan di saluran TV1.
Menurut bapa kepada Mikayla, Datuk Seri Wan Muzri mengakui tidak sangka bahawa anak perempuannya itu akhirnya dapat mencapai impiannya untuk menceburi bidang hiburan.
“Mikayla memang minat dalam dunia hiburan. Tak sangka, litar sukan membuka peluang untuk dia menggapai impiannya.
“Mula-mula dia gugup juga tapi lama-lama dia sudah biasa dan semangat. Ini adalah langkah besar untuk Mikayla, dari pushbike ke lakonan,” kata bapanya.
Selain itu, Wan Azri turut memaklumkan selain Mikayla, dua lagi cahaya mata kesayangannya iaitu Mikael dan Maleeq turut berkecimpung dalam sukan pushbike bermula tahun 2019.
“Saya melihat Mikael mempunyai potensi terbaik ketika menyertai perlumbaan pertamanya. Tak sangka dia juga berjaya berjaya mendapat tajaan basikal Bike8, jenama terkenal dari China dan terus mengharumkan nama keluarga dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.
“Malah, Maleeq, adik bongsu juga menerima tajaan basikal daripada syarikat Rockfish yang kagum dengan kehebatannya di litar. Mereka bertiga memang giat berlatih dan sentiasa bersemangat,” ujarnya lagi.
Naskhah yang mengisarkan kehidupan kanak-kanak dalam sukan Pushbike ini turut menampilakn pelakon hebat lain antaranya Ashraf Muslim, Isyariana, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.