Kredit foto: Netflix

 

Fenomena K-Drama sentiasa mendapat sambutan hangat oleh peminat hiburan tanah air, bahkan penonton di seluruh dunia.

Buktinya, selain pengaruh tarian dan lagu, sudah banyak projek lakonan yang diadaptasi daripada drama bersiri Korea. Salah satu adalah drama Full House yang pernah popular 16 tahun lalu.

Full House mengisahkan pertemuan yang tak disangka antara Ji-Eun (Song Hye Kyo) dan Young-Jae (Rain). Disebabkan oleh pembelian sebuah rumah mereka terpaksa bersetuju untuk kahwin kontrak.

Full House kerap menjadi ikutan di banyak negara dan sekaligus diadaptasi dalam pelbagai versi. Berikut merupakan 7 buah drama adaptasi Full House yang telah disiarkan di negara-negara lain.

 

1. Full House Philippines (2009)

Watak Lee Young Jae dan Han Ji Eun dilakonkan oleh pelakon Filipina, Richard Gutierrez dan Heart Evangelista. Nama karakternya juga ditukar kepada Jessie dan Justin.

7 Adaptasi Drama Full House Korea Seluruh Dunia, Versi Mana Paling Best?

.

IKLAN

.

2. Ngoi Nha Hanh Phuc, Vietnam (2009)

Drama 26 episod ini dibintangi Minh Hang dan Luong Manh Hai.

.

.

3. Woon Nuk Ruk Tem Barn, Thailand (2014)

Versi Thailand ini sedikit berbeza dengan drama Full House original. Watak kasar yang dibawa oleh Rain tidak ditunjukkan dalam versi ini dan heroinnya juga lebih feminin jika hendak dibandingkan dengan Han Ji Eun.

Tapi ramai berkata, lakonan Mike dan Aom dalam drama ni memang sweet juga. Ada sesiapa sudah tengok?

IKLAN

.

.

4. İlişki Durumu: Karışık, Turki (2015)

Jalan cerita yang lebih kurang sama dengan Full House Korea, versi ini menampilkan watak Aysegul (Siren Sirince) dan Can (Berk Okay). Yang pasti, plot ceritanya ditambah sedikit kerana drama bersiri ini mempunyai 40 episod.

.

.

IKLAN

5. Full House, China (2018)

Dibintangi oleh Kim Eli dan Zheng Qiu Hong, drama ini keudara pada Disember 2018 lalu. Macam best!

.

.

6. Alamatnya Cinta, Malaysia (2018)

Pelakon Singapura, Hannah Delisha bergandingan bersama Hisham Hamid dalam adaptasi Full House. Namun, tajuk dan jalan ceritanya diubah suai demi kesesuaian tontonan di Malaysia.

*

Ada yang berpendapat drama original dari Korea paling terbaik dan tak ada yang boleh menandinginya. Tapi, tak kurang juga yang memberi respon, adaptasi Thailand paling best.

Korang rasa?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI