69 Kes Baru COVID-19 Tidak Diketahui Punca, ‘Frontliner’ Diminta Berjaga-Jaga

Share

Saban hari bilangan pesakit positif Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa, kerajaan pula sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.

Semestinya, barisan frontliner petugas perubatan dan keselamatan antara individu yang bertungkus lumus memberikan khidmat bakti terbaik melawan Covid-19.

Terbaru, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta petugas kesihatan di hospital awam dan swasta untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika merawat pesakit Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection, SARI.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menasihatkan semua petugas kesihatan yang merawat pesakit ILI dan SARI agar memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Langkah tersebut perlu kerana sebanyak 69 kes COVID-19 tidak diketahui punca atau sporadik telah dikesan di selepas 8,000 orang disaring berdasarkan ILI dan SARI.

“Kebanyakan kes positif hasil saringan ILI/SARI adaah berkaitan dgn kluster lain selepas siasatan lanjut.

“Justeru, KKM menasihatkan petugas kesihatan awam dan swasta memakai PPE apabila merawat pesakit ILI/SARI di ICU atau membuat saringan di klinik atau hospital,” kata Dr. Noor Hisham.

Ya Allah, lindungilah semua ‘frontliner’ yang bergadai nyawa melindungi masyarakat semua.

Sumber : Astro Awani 

IKLAN