Saat ‘datang bulan’ memang membuatkan kita rasa tidak selesa. Bukan itu sahaja, adakalanya ia agak menyakiti kerana kadang kala terasa cramp di kawasan perut.
Keadaan ini terjadi kerana adanya kontraksi otot di bahagian rahim. Namun, setiap orang mempunyai rasa sakit yang berbeza. Ada yang terlampau sakit dan ada juga yang langsung tidak terkesan dengan situasi begitu.
Jangan risau, sebenarnya ia normal. Pekara seperti ini memang biasa terjadi pada para gadis tetapi tak menjadi masalah, ada pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk atasi sakit senggugut itu.
Jom kita sama-sama ikuti beberapa tip mudah ini.
1. Gerakan
Bersenam atau berolahraga mampu membantu tubuh untuk melepaskan hormon endorphins dalam tubuh yang dapat mengurangkan gejala krem perut. Gerakan seperti yoga, jalan kaki serta jogging boleh membuatkan gerakan otot di bahagian otot. Jadi ia akan mengurangkan masalah krem yang teruk.
2. Minum air suam
Ads
Kita kehilangan banyak kandungan air dalam badan saat ‘datang bulan’, kekurangan air juga boleh menyebabkan perut kejang dan kembung. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Lebih baik jika minuman itu suam dan bukannya sejuk.
3. Aroma terapi
Pilihan wangian seperti lavender dan sweet marjoram yang mempunyai efek menenangkan mampu membuatkan minda kamu lebih tenang dan relak. Cara ini dapat mengalihkan perhatian pemikiran kamu yang asyik tertumpu pada kesakitan.
Ads
4. Hindari kopi dan minum bergas
Kopi dapat meningkatkan kadar tekanan darah. Malah kafien yang ada dalam kopi juga mampu menjadi punca krem di bahagian perut. Begitu juga dengan minuman yang mengandungi gas. Ia akan mengeruhkan lagi keadaan kerana minuman seperti ini sangat tajam dan takut usus perut anda semakin menipis.
5. Makan dark chocolate
Ads
Mungkin ramai yang tidak tahu, dark chocolate mampu membuat otot-otot di tubuh terutamanya di bahagian perut lebih relak. Jadi, pilihlah coklat yang mengandungi 70% koko ya!
6. Salmon
Ikan salmon adalah salah satu makanan protien yang mampu mengurangkan masalah krem perut. Kandungan omega3 yang tinggi boleh membantu mengurangkan rasa panas dalam perut. Jadi rajinkan diri makan isi salmon ketika sedang ‘datang bulan’.
Selamat mencuba.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.
Sumber Gambar : Pexels.com
Sedekah atau pun derma bukan sekadar wang mahupun harta, malah darah juga boleh didermakan. Ia merupaka satu sumbangan yang paling berharga yang boleh diberikan oleh sesiapa pun kepada yang memerlukan.
Keputusan korang untuk menderma darah boleh menyelamatkan satu kehidupan, atau bahkan beberapa nyawa sekaligus. Tapi, apa kata dunia perubatan soal menderma darah semasa berpuasa? Adakah dibenarkan menderma darah dalam keadaan perut kosong?
Menderma darah di bulan Ramadan tidak membatalkan puasa.
Namun, umat Islam digalak menderma selepas berbuka jika menderma darah di siang hari memudaratkan kesihatan sehingga menjejaskan ibadah puasa.
Terbaru, Pusat Darah Negara (PDN) menyeru kepada orang ramai untuk menghadirkan diri menderma darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.
Menerusi ciapan di Twitter, penderma darah yang beragama Islam boleh menderma selepas berbuka puasa dan penderma bukan Islam diseru untuk hadir menderma sepanjang bulan Ramadan ini.
“Makanan berbuka disediakan untuk penderma darah utuh yang menderma,” kata PDN menerusi ciapan itu.
Tidak cuma itu, anda juga membawa kelengkapan sendiri seperti sejadah dan telekung.
Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menderma darah, anda boleh ke PDN Jalan Tun Razak pada setiap Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi hingga 9 malam) dan pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum (8 pagi hingga 4 petang).
Jika korang memenuhi syarat-syarat untuk menderma darah dan berada dalam keadaan yang sihat, mungkin ini adalah sumbangan yang boleh dibuat kepada golongan yang memerlukan di bulan puasa ini.
Hari ini kita tolong orang, esok lusa mungkin ada yang tolong kita pula.
Sumber: Pusat Darah Negara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak amatur Carabat FC yang bakal beraksi dalam Liga Selangor.
Perkhabaran itu disahkan menerusi laman sosial rasmi Carabat FC yang memaklumkan pelakon filem Polis Evo 3 itu adalah pemilik pasukan itu yang ditunjangi pemain muda.
“Penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform untuk pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka.
“Dengan tumpuan kepada kedua-dua prestasi kompetitif dan pembangunan pemain, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia.
“Saya harap kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS,” kata kenyataan rasmi Sharnaaz.
Carabat FC baru beraksi dalam satu perlawanan dan mereka bakal menentang Bangi City untuk aksi persahabatan kedua pada 19 Oktober ini di KV Arena, Shah Alam.
Untuk rekod, aktres popular Rita Rudaini tampil sebagai selebriti wanita pertama negara ini menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC pada 2018.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Carabat FC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujan lebat untuk tempoh beberapa hari ini berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk.
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada.
Menurut Astro Awani, antara negeri yang mengalami cuaca buruk hari ini ialah Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.
Johor : Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Pahang : Kuantan, Pekan dan Rompin. Amaran cuaca waspada itu turut dikeluarkan di Pahang (Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera)
Bagi amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku melibatkan keseluruhan negeri Kelantan dan Terengganu.
Sabah : Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
Take care semua!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!