Diam tak diam kita sudah pun berada di bulan Ogos bagi tahun 2021. Ada lebih kurang empat bulan lagi untuk kita mengakhiri tahun ‘berduka’ ini kerana terpaksa menghadkan pergerakan akibat pandemik COVID-19 yang masih menular.
Dek kerana banyak meluangkan masa di rumah, mesti dah banyak juga drama atau filem yang korang tonton kan?
Kali ini, kami nak senaraikan antara drama Korea yang bakal ditayangkan sepanjang Ogos ini. Bolehlah marathon lepas habis PdPR dan WFH nanti. Hiks!
1. The Tragedy of One
Drama ini menceritakan tentang ketamakan serta misteri dan rahsia di sebuah komuniti perumahan Royal The Hill, di mana hanya ada 1 peratus masyarakat kelas atasan yang tinggal di sana.
Baek Soo Hyun (Ji Jin Hee) adalah Pengacara TV negara, dan juga seorang wartawan berita yang sangat disanjungi dan dipercayai. Malahan segala kata-kata yang keluar dari mulutnya semua dianggap benar tanpa prejudis.
Namun, tidak ramai orang yang mengetahui bahawa dirinya sebenarnya adalah seorang yang dingin, dia sanggup menggunakan apa sahaja cara sekalipun untuk mendapatkan apa yang diingini.
Ads
2. Police University
Mengisahkan tentang Yoo Dang Man yang merupakan seorang bekas detektif yang berkhidmat selama 20 tahun dalam jabatan siasatan jenayah, termasuklah jenayah siber. Kang Sun Ho merupakan bekas hacker yang menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan segala-galanya.
Kini, Yoo Dong-Man merupakan seorang professor di Universiti Polis dan Kang Sun Ho, yang dulunya penjenayah siber menjadi pelajar tahun pertama di Universiti Polis.
3. The Seashore Village Chachacha
Ads
Shin Min Ah akan membawakan watak Yoon Hye-jin, seorang doktor gigi yang membuka klinik gigi di sebuah kampung tepi laut Gongjin. Kim Sun Ho berperanan sebagai Hong Doo Sik, seorang penganggur yang berjaya. Dia sebenarnya seorang pengaturcara perisian yang berbakat dan seorang yang serba boleh, dia menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk menolong penduduk kampung dengan tugas mereka.
4. Lovers of the Red Sky
Drama fantasi sejarah di era Joseon, siri ini mengisahkan tentang Hong Cheon Ki (Kim Yoo Jung) yang merupakan seorang pelukis dengan bakat yang luar biasa, terpilih sebagai pelukis perempuan pertama Dohwaseo (Akademi Lukisan Diraja Joseon).
Ha Ram pula seorang pegawai kerajaan di Seowoongwan yang bertanggungjawab menjalankan kegiatan kerja tentang astronomi, geografi, ramalan kaji cuaca dan meteorologi. Ketika kecil, Ha Ram ditimpa kemalangan yang mengakibatkannya buta. Hong Cheon Ki jatuh cinta kepadanya dan tidak kisah walaupun dia buta.
Ads
5. Please Check The Event
Drama ini berkisarkan tentang perjalanan penuh emosi, di mana dua bekas kekasih yang memenangi trip percutian pasangan yang mana mereka telah menyertainya sebelum putus. Untuk meneruskan perjalanan, mereka berpura-pura masih bersama ketika trip ke Pulau Jeju bersama beberapa pasangan lain.
6. Second Husband
Mengisahkan tentang sebuah percintaan yang penuh muslihat di mana seorang wanita yang kehilangan keluarganya secara tidak adil berusaha membalas dendam di mana dirinya kini berada di antara takdir dan cinta.
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Nora Danish meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran dalam tempoh 10 hari dan menyifatkan hal tersebut sebagai hadiah istimewa buat ulang tahun kelahirannya buat kali ke-43 yang disambut pada 7 Mac lalu.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif merasa bersyukur ke hadrat ilahi dengan rezeki itu selepas menyertai tadarus Al-Quran secara berkumpulan bersama 30 sahabatnya yang lain.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari”
Kredit: Instagram Nora Danish
“Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat Al-Quran. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya sekaligus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini,” katanya.
“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya,” jelasnya.
Menurut pelakon Polis Evo 3 itu, walaupun kini sudah memasuki 40-an, usia bukanlah penghalang dan masih belum terlambat buat dirinya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca Al-Quran”
Kredit: Instagram Nora Danish
“Dalam kes saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau juga mengaku bahawa sebelum ini mungkin agak jahil tetapi kini Nora berusaha untuk menjadi lebih baik kerana percaya Allah Maha Mendengar dan Maha Baik.
“Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa. Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini Nora Danish juga dilaporkan telah mendermakan semua baju-baju seksi miliknya kepada rakan-rakan bukan Islam selepas memilih untuk berhijrah dan tampil berhijab.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kata orang, ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat je yang boleh bertahan.
Iya la, tengah darah manis semua benda nak kena jaga. Dugaan dan cabaran yang datang perlu ditangani dengan baik oleh pasangan. Kalau tidak, putuslah di tengah jalan.
Biasanya, jika hal ini berlaku apa yang patut dilakukan dengan cincin pertunangan, kos majlis dan sebagainya?
Seorang peguam, Fahmi Ramli pernah berkongsi sekiranya putus tunang ada hak yang boleh korang tuntut di mahkamah.
1. Tuntut Ganti Rugi Putus Tunang Di Mahkamah Syariah
Dalam undang-undang keluarga Islam, setiap negeri ada diperuntukkan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan Ganti Rugi Perkahwinan.
Mana-mana pihak yang mungkir janji untuk berkahwin bertanggungjawab untuk memulangkan:
pemberian pertunangan (jika ada)
memulangkan nilainya
membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan tersebut
Jadi, pihak yang diputuskan pertunangan boleh melakukan tuntutan ganti rugi yang telah beliau tanggung untuk membuat sebarang persediaan ke arah perkahwinan termasuklah majlis pertunangan.
2. Saman Malu
Di Mahkamah Syariah hanya tuntutan ganti rugi perkahwinan yang berbentuk perbelanjaan termasuklah untuk majlis tunang sahaja boleh anda tuntut di mahkamah.
Sekiranya mahu melakukan saman malu (ganti rugi am) kerana aib atau malu, tohmahan masyarakat, penderitaan, tekanan jiwa dan perasaan akibat putus tunang boleh dibuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil (Tuntutan Sivil).
Contoh Tuntutan Mahkamah Syariah
belanja kenduri kecil-kecilan
baju pengantin termasuklah solekan
kad jemputan
bayaran katering
pengubahsuaian rumah (bilik tidur dan sebagainya)
bayaran jurugambar
Undang-Undang Sivil
Undang-undang sivil menyediakan peruntukan yang jelas terhadap hak-hak wanita di dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin.
Ianya meliputi hak wanita untuk mendapatkan gantirugi berbentuk kewangan dan bukan kewangan termasuk tuntutan pemilikan hak hadiah-hadiah pemberian semasa pertunangan.
Undang-undang sivil juga memberi peluang kepada pihak lelaki untuk membuat pembelaan bagi kes mungkir janj perkahwinan. Hujah pembelaan akan merangkumi salah nyataan fakta, ketakupayaan fizikal atau mental dan ketakupayaan sendiri.
Sekiranya pihak lelaki tidak berkeupayaan daripada segi fizikal dan mental, ianya boleh menjadi hujah pembelaan untuk membatalkan perkahwinan.
Korang pula macam mana? Ada experience putus tunang ke? Jom la share.
Pelakon kontroversi, Fathia Latiff menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang didakwa telah menyakitinya sehinggakan dia memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menjadi asbab dirinya keluar agama Islam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh sebuah akuan di laman TikTok, dia meluahkan rasa bengang apabila kerap menjadi bahan kutukan netizen sehingga menganggu keadaan mentalnya.
Ujar pelakon drama hit Ariana Rose itu, dia bertindak melakukan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak, memakai pakaian tidak sopan dan menjadi kafir adalah disebabkan perbuatan netizen sendiri.
“Satu benda yang aku nak cakap dekat korang, korang jangan sampai aku keluar agama sebab korang.
“Apa yang korang buat dekat aku ini… aku minum arak ke, pakai seluar pendek ke, aku jadi kafir ke sebab aku bengang dengan korang,” katanya.
Bukan itu sahaja, Fathia turut berpendapat tiada guna seseorang beribadah jika menzalimi saudara sesama Islam.
“Aku tak berdosa, korang yang masuk neraka sebab korang push aku. Jangan sampai korang beribadat 100 tahun pun tak ada guna.
“Sebab korang buat seorang saudara korang jadi macam ni, buat orang marah dan sakitkan hati. Allah boleh maafkan tapi kalau manusia belum tentu dia maafkan. Salam Ramadan,” tuturnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganer meluahkan rasa terkejut dengan kenyataan aktres berusia 36 tahun itu.
Dalam pada itu, ada juga yang menitipkan kata-kata semangat buat Fathia untuk terus kuat meneruskan kehidupannya dan berharap agar kesihatannya kembali sihat seperti sebelum ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.