6 Ciri Lelaki Yang Tak Layak Jadi Calon Suami

Share

Kalau nak cari suami, biarlah dengan seseorang yang bukan hanya menjaga dan menyayangi kita, malah boleh menerima keluarga seadanya.

Selalunya, perempuan ni cukup hebat dalam menentukan kriteria suami idaman. Beriman, penyayang dan jujur antaranya ‘pilihan cliche’ untuk mencari calon suami.

Tapi, asyik berangan je tentang ciri-ciri suami soleh, anda juga perlu tahu antara ciri lelaki-lelaki yang tidak oleh dijadikan suami menurut Islam.

Ini 6 ciri yang disenaraikan oleh laman web Islam Itu Indah.

1. Berani tinggal solat

Lelaki yang sanggup meninggalkan solat bermaksud dia berani mengingkari perintah Allah. Sedangkan suruhan Allah dikhianati, apatah lagi amanah manusia.

Rasulullah SAW bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, bererti dia telah kafir”. (HR At-Tirmidzi)

Macam mana nak percaya pada suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah SAW, padahal solat adalah tiang agama.

2. Suka lakukan dosa besar

Mabuk, zina dan berjudi adalah antara dosa-dosa besar yang perlu dielak. Kehidupan bersama suami seperti ini sama seperti anda hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada Allah dan diampuni dosanya.

3. Dayus

Tidak ada rasa cemburu kepada isteri dan membiarkan anak-anak terjerumus dalam lembah maksiat. Meminta anda untuk tidak berhijab kerana menganggapnya kuno dan membiarkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki dan bergelak dengan lelaki lain adalah antara ciri-ciri lelaki dayus.

4. Sombong dan bangga diri

Memiliki mentaliti seperti tidak mengenal perasaan cinta. Ego, hanya mencintai dirinya sendiri dan mengahwini anda bukan kerana cinta tetapi hanya kerana nafsu yang menginginkannya.

5. Derhaka kepada ibu bapa

Kalau ada lelaki yang tidak menghormati ibu bapa, macam mana agakya dia hendak menghormati diri anda? Adakah dia berharap isterinya akan berbakti dan menuruti segala perintahnya, sedangkan dia tak melakukan perkara yang sama kepada kedua orang tuanya?

Lihat saja bagaimana dia melayani keluarganya. Tak takut ke nak bersuamikan lelaki yang tidak berbuat baik kepada keluarganya sendiri?

6. Kedekut

Rasulullah SAW melarang kita untuk bersifat kedekut, sebagaimana beliau bersabda, “… Dan hindarilah sifat kedekut kerana kedekut telah menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh-membunuh dan melanggar kehormatan orang lain” (HR Muslim).

Mencari pasangan biarlah yang boleh membuat kita bahagia dunia dan akhirat. Jadi sebelum memilih lelaki untuk dijadikan suami, elok la jika melihat semua kriteria ini terlebih dulu. Bukan apa, tak mahu ada pula yang menyesal di kemudian hari.

IKLAN